obama talipon najib…

Obama telefon Najib iktiraf keputusan PRU-13

KUALA LUMPUR 14 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perincian perbualan talipon mereka begini:

obama:  ..hallo encik najib ke tuu..

najib : …ya,  ya  mr. obama ini wa la najib..malaysia  ..malaysia.

obama: ..wahhh…lu menang pilihanraya haa…hehe

najib: ..aalahaiii adalah menang sikit sikit… kenapa lu tak pecaya ke?  ..haha

Dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu.

obama:   ..ehh..caya caya,  wa pecaya.. bila pulak wa kata tak pecaya..ngeeee.

najib:  … tenkiu, tenkiu..

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memberitahu, Obama turut diberi penerangan ringkas tentang usaha kerajaan memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

najib:  .. Ini kali lah kita orang pakai indelible ink tau.  Lain kali lah punye pilihanraya kami  tak pakai lagi unless lah rakyat masih mahu pakai lagi.

obama:  ..good …good.

“Obama mengucapkan tahniah kepada Najib di atas kejayaan beliau menerima mandat daripada rakyat untuk terus memimpin negara ini,” jelas kenyataan itu.

obama:  …tahniah arr..encik najib kerana masih power.

najib:   ..hehe.. adalah sikit sikit.. hahaha.

Dalam perbualan telefonnya dengan Najib, Obama telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di ibu negara pada 11 dan 12 Oktober ini.

obama: … encik najib bulan sepuluh nanti wa datang malaysia tauu..

najib:   …ehh.. datang lah..jangan tak datang. wa nak jemput pm thailand sekali  tak?

obama:   ..ngeeee.   kalau lu jemput bersemagat lah sikit kan.. ngeeee.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Malaysia dan AS akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa.

obama:  ..lu masih follower wa kat twitter kan..

najib: ..alahaii mana ada wa delete nama lu lagii..tak caya lu check arr. 

obama: …lu tak pernah tweet wa pun?..

najib: ….alahai,  mr. obama wa lebih suka  facebook lah.

Obama turut menyentuh perdagangan dua hala dan pelbagai hala manakala secara khusus beliau mengharapkan inisiatif Kerjasama Trans Pasifik (TPP) akan dimeterai dalam masa terdekat.

obama: …wa dengar lu power betul pasal  transformasi..

najib: …alahaii, mr. obama lu lagi power. Lu ada transfomer maa,. Sekarang dah transformer ke berape haaa?

Kedua-dua pemimpin tidak ketinggalan berbincang tentang isu pengawalan senjata nuklear.

obama: …ok lah encik najib jangan lupa kawal sikit itu nuclear weii..

najib:  mana ada, mana ada wa meniaga nuclear. Itu Lynas rare earth pun wa dah serik. Kalau nuclear betul betul misti lu lah yang nombor satu akan kecoh satu dunia kan..kan?

Sementara itu, Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi dan minat yang ditunjukkan oleh Obama terhadap Malaysia serta komitmen Presiden AS tersebut untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara.

 maybe lah: …selepas obama meletakan talipon. Najib senyum

” fuyooo…obama talipon wa..hehe”.

di washington pulak setelah najib meletakan talipon obama terfikir fikir

” nanti meeting kat KL nanti , wa nak bawak bini ke tidak ni ?..”

(perbualan ini wa agak agak saja lah. Nak confirm detail lu tanya lah mereka berdua.)


bangsawan tiga maulana..

Amat  jarang sekali wa saksikan pementasan teater  walaupun keinginan nye sering muncul dalam diri wa sejak beberapa tahun lepas.

Sabtu lepas wa ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan  pementasan bangsawan Tiga Maulana.

Di luar di hadapan sekitar panggung Dewan Bandaraya itu juga sedang berlangsung  karnival kesenian anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian & Sukan DBKL.

Tiket berharga RM5 dan wa senyum simpul membeli nye. Senyum tu pasal wa bandingkan nya dengan tiket bola RM15 yang wa beli dulu tu yang kemudian nya pasukan Selangor melepaskan sebiji gol untuk wa pulang tanpa modal untuk wa sorakan pada kawan yang negeri nye mengalahkan pasukan negeri wa.

Tiket yang wa bayar kali ini bukan untuk menentukan menang kalah..ekeke.

Beberapa minit sebelum wa di benarkan memasuki panggung wa berdiri diri di lobi panggung.

Wa menyamar nyamar lah macam wa ni orang seni… ngeeee.

Ada lah mamat mamat yang ngangguk nganggukan kepala mereka pada wa.  Cuma selepas tu kepala mereka mungkin pening lah sedikit cuba mengingatkan  siapa pulak  dia insan seni yang seorang ni…huuaaahahaha.

Seketika kemudian muncul lah khadam berlari lari dengan loceng berbunyi..

”..haa sudah boleh masuk yaa sudah boleh masuk.. talipon bimbit jangan lupa tolong silence kan yaa…”

Pementasan bangsawan Tiga Maulana ni di petik dari filem P.Ramlee Tiga Abdul. Walaupun wa saperti sudah boleh mengagak sinopsis nye namun wa tetap berharap ia akan di pentaskan bertentangan jalan dan plot yang wa harapkan bahawa pada kemuncaknye maulana abdul wahub dengan kebijaksanaan nye menyelamatkan kedua dua kekanda nye yang dah tak sabar sabar nak berbini..

Setelah selesai babak 1, tirai di turunkan dan sementara crew pentas menyiapkan pentas untuk babak seterusnye mereka adakan selingan tarian dan nyanyian dan pertunjukan silap mata!

Weii…wa tak reti lah nak komen lebih lebih pasal wa bukan orang teater. Tapi kalau mereka offer wa berlakun rasa nye mau gak wa cuba cuba..hehe.

Yang di bawah ni bukan .. si Hamidah, Rafidah mahun pun Ghasidah,  yaa..anak anak nye si Sadiq Sigaraga.

Sungguhpun begitu mereka ni sentiasa saja mengikut kemana saja wa akan pergi. Mereka ni sengaja tidak mahu membenarkan wa keluar sebagai orang bujang..lah

Alahaii…


moving on..

Hari minggu wa berjaga sampai pagi menantikan keputusan pilihanraya.

Keputusan nye yang lu orang semua pun sudah tahu adalah bahawa Barisan Nasional berjaya menubuhkan semula kerajaan persekutuan manakala Pakatan Rakyat masih lagi kekal sebagai barisan pembangkang yang kekuatan nya kini telah juga bertambah .

Negeri Kedah telah bertukar kerajaan sungguh pun begitu di negeri Selangor Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan sokongan nya sehingga bermajoriti 2/3.  Perak kekal tipis dengan nisbah 31: 28.

Parlimen Gelang Patah, Permatang Pauh , Lembah Pantai yang wa anggap akan menjadi perhatian kerana menyangkakan akan berlaku saingan sengit juga terjawab sudah. Tidak saperti yang wa jangkakan wa lihat pemenang nye telah memenangi nya dengan agak mudah dan selesa.

Ada sedikit sedikit kejutan di kedua kedua belah pihak namun status-quo dari PRU12 tidak begitu ketara. Namun kita  juga dapat rasakan bahawa  kedua dua pemimpin besar bagi kedua belah pihak tidak ‘ happy ‘.  Di satu pihak menyangkakan  akan mandat yang lebih besar manakala di satu pihak lagi  mengharapkan akan dapat mengambil alih kerajaan.

Selain itu satu perkembangan menarik perhatian pada wa yang akan berlaku di parlimen nanti adalah pertemuan nye antara Rembau dan Pandan. Mereka pasti akan ‘menyambung‘ semula debat yang telah mereka mulakan  di London yang kemudian nye di sambung  di Kuala Lumpur dan kini akan lebih menarik lagi di anjak  pula ke dalam dewan parlimen!

Seminggu sebelum pilihanraya umum ke-13 wa pergi  memandu di sepanjang pantai barat Negeri Selangor. Lama dah wa tak bawak van tua wa tu pergi bersiar siar, kesian dia…ekeke.

Banyak juga lokasi sepanjang jalan yang wa ambil kesempatan untuk singgah. Antara nya adalah di Simpang Lima.

Di pekan kecil itu wa  kembalikan laluan memori, serta merta pulang dari sekolah lepas makan tengahari dan kemudian nye diam diam wa terus belari ke arah parit ditepi sawah itu untuk berkubang.  Seketika kemudian ibu wa akan terpacul di tepi parit itu dengan batang ubi yang di patahkan semasa dalam perjalanan nye menuruti wa. Sudah tentu larian wa lebih pantas dari nye  namun selama mana sangat lah yang boleh wa bertahan jika tidak pulang ke rumah.

Gambar di bawah ini wa rakamkan di pengkalan nelayan Sg. Haji Dorani.

Pilihanraya seterus nya akan akan diadakan pada 2018. Meneliti tahun dan jarak nye, secara  spontan wa tambahkan  angka nya akan umur wa ketika itu.   Bukan umur wa seorang sahaja yang akan bertambah, umur ketua parti yang memerintah akan bertambah, umur ketua parti yang membangkang juga akan bertambah. Umur lu orang juga.

Sepanjang laluan pergi dan balik itu bendera biru tua, biru muda , hijau, merah putih berkibar kibar seakan melambai dan meraikan kemeriahan memilih warna pilihan kita setiap 5 tahun sekali.

Wa tiba di rumah dengan selamat. Van tua wa masih bertenaga tidak termengah mengah dan macam mencabar cabar pulak wa untuk bersiar siaran seterusnya.

Gambar paling atas tu wa rakamkan di Sg. Besar.

 

Move on…  shall we?


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 66 other followers

%d bloggers like this: