aku bukan aku…?

salam,

Keutamaan dan nilai dalam kehidupan kita ini akan sentiasa berubah..
 
Walaupun pada zahir nye buat sekian waktu kita telah mempamirkan imej..
 sebagai seorang individu yang konsisten pendirian nya.
Namun hakikat nye prioriti dalam kehidupan kita tu  pasti berubah mengikut peredaran masa dan waktu..
 
Pada am nye …
semasa kita muda ..
Keutamaan  semasa itu mahu mengumpul wang sebanyak boleh..
Macam macam kita usahakan.. buat part time itu dan  buat ini , MLM sana  MLM sini..
Kita nak pakai kerete sport, nak beli rumah besar,
nak hidup senang se segera mungkin ….haha..
Kalau boleh nak goyang kaki,  tak payah susah bangun pagi pergi kerja.
 
 Kemudian ..
Berkerja punye berkerja…usaha punye usaha
tak perasan, tetiba umur dah meningkat..
anak anak dah masuk sekolah..
 
 
 tak perasan wa..masa berlalu
Satu hari ketika bersendirian , dek tak tercapai benda yang kita sasarkan tu..  maka keutamaan kita tadi jadi sedikit humble..
 Kita pun beri alasan..
” ahh.. ape2  hal pun, keperluan membesarkan anak mesti lah didahulukan ”
 
…tak pakai mercedez  pun …bukan satu masaalah…
haa  tuu… prioriti asal dah berubah..
tanpa kita sedari..  kita sendiri  anjakan tiang gol tu sedikit jauh..
 
 
 
Masa  pun berlalu..
..lalu satu  hari ketika jalan jalan  terserempak pulak kawan lama yang sebaya..
 
 
 
Perkara pertama dia akan tanye kita adalah ..
 
” ko ape khabar…sihat ke ?..”
 
 alhamdulillah sihat.. jawab kita pula.
 lepas dia cerita bahawa anak anak nya dah besar panjang
kita pulak secara otomatik akan bertanya ..
 
 
” cucu dah berapa orang ya? ”
 
….itu  mukadimah sterotaip menjawab dan menyoal pada pembuka perbualan pada kawan lama..
Tambah lagi semasa kita masih belum pasti apakah  prioriti kehidupan nya dan era apa yang kawan kita tu  masih melalui ketika kita menemui nye semula.
 
 
 
Kemudian, kalau dia dah ada title haji… dia  akan tanya kita pulak..
 
” dah haji belum ”…
 
Borak punye borak …
akhir nya dia pecah rahsia kesihatan pula… bahawa dia baru saja lepas operation… ade la wayar yg tersumbat kat mana mana…
 
Kita  pun cerita jugak lah mengikut tajuk yang dia sudah mulai…
kita cerita mengenai ubat darah tinggi, kolesterol  yang hari hari kita dok telan..
walhal , awalan tadi dua dua dia dan kita dok ngaku …sihattt.
kemudian dia pasti bagi rekomen  ..yang  herba itu, herba ini baik untuk itu dan baik untuk ini.. …ekekekekek..
 
Di pengakhiran perbualan kita tu,  kita akan tunjuk persetujuan sangat lah akan saranan dia..
 
” ..jaga kesihatan baik2… duit takde pun takpe ..janji kesihatan mau baik…tip top ”
 alahaiii..
Masa kita sama bergelak akan kebenaran kata kata kawan kita itu tadi..
Tiang gol yg kita telah anjakan jauh sedikit dulu tu .. sebenar nya sudah lama tercabut..hilang tah kemana..
kah kah kah kah…
 
 
ye la ada masa nye…
aku pun kadang  tak perasaan
aku ni.. kadang bukan  aku.
 
klik

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: