Dia..

awal januari tahun 1976

ketika sesi penggal pertama persekolahan bermula..
kami masih menunggu keputusan MCE
kerap  aku mengayuh basikal ke rumah nye..
kalau tidak merayau, kami akan berbual di tembok hingga tengahari
lalu kami akan memerhatikan murid murid pulang dari sekolah….
.
pada satu hari tu dia berpesan supaya aku datang esok nye..
aku jadi sedikit musykil …..
kerana tak berpesan pun aku tetap akan datang …
.
keesokan nye kami tidak dudok di tembok
dia belanja minum di gerai bawah pokok jati tua yang amat rendang
kami bersembang lalu dia luah ape yang terbuku di hati ..
dia mahu aku temankan nye
tunggu rozie lalu ketika pulang dari sekolah..
.
hah…!!…. rozie..?!!
aku tak pasti sama ada rozi di tingkatan empat atau lima pada tahun itu
tapi yang pasti satu kampung perasan akan keujudan rozie
dan mengenali sahabat ku yang berkulit gelap..berambut negro afro
aku hanye mampu tersenyum pahit , sinis .. kesian pun ada….
.
kemudian
dari jauh kami perasan murid sekolah mula pulang..
dari kejauhan juga sahabat ku sudah perasan kelibat rozie..
lalu dia suruh aku duduk bersebelahan nye
duduk diatas akar pokok  jati yang melintang selari dengan jalan laluan rozie…
tidak lama selepas itu kelibat rozi tambah jelas..
sahabat aku jadi sedikit cemas tapi masih cuba mengawal macho..
debaran jantung ku pula sudah boleh kedengaran hingga ke gerai..
.
rozie lalu  dengan cool dan selamba
bila tiba didepan kami dia berhenti …
seolah dia tahu kami memang menunggu nye..
sementara menunggu tindakan selanjut nye dari sahabat ku ..
aku langsung tidak memandang keatas ..
mata aku hanye tinggi separas kasut rozi sahaja…
.
rupa rupanye sahabat ku juga begitu…
seketika kemudian rozie pun meneruskan perjalanan pulang…
.

.
keesokan  dan hari hari berikut nye…
kami tidak lagi kelihatan di laluan di mana rozie akan pulang dari sekolah
kami jumpa port baru untuk melepak…
.
selepas keputusan MCE
sahabat ku menyambung pelajaran ke england
aku pula meneruskan ape yg perlu aku lakukan di tanah air
.
sahabat ku telah lama pergi..
namun itu la…..dia
.

Dia….ada lah sahabat ku..

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: