pantun mu pantun ku…

.

Teringat  peristiwa Disember lepas di Jasin. Lalu aku karyakan pantun berikut.

Menjulang si juara biar berpada
Jangan jatuh tak dapat berdiri
Malang sungguh si miskin budaya
Pantun di jual tak mampu di beli.

Di jemput untuk menyertai rombongan pinangan bukan la satu perkara besar.

Namun apabila di beritahu bahawa pinangan itu akan di lakukan di Melaka maka spontan lah soalan berikut muncul di benak hati aku.

  1. Siapa kah dia ketua rombongan ?
  2. Pandai kah  tidak dia berpantun ?

Menyedari soalan tersebut muncul di benak setiap mereka yang di jemput maka tanpa di pinta terus di beritahu sekali bahawa pihak perempuan telah bersetuju bahawa acara  menerima pinangan itu nanti akan di buat secara ringkas.

Paling penting kata nye tidak akan ada lontaran lontaran pantun yang harus di balas apatah lagi pinangan nye pun bukan jauh hanye ke rumah sebelah. Selain itu pekara perkara saperti wang hantaran dan tarikh tarikh penting juga telah di persetujui bersama di sebalik tabir. Semua lega mendengar nye.

Sehari dua sebelum tiba hari nye maka  bertandang lah ahli ahli  keluarga. Sebelah ibu dari Perak dan kami sebelah papa dari Selangor. Paling melegakan apabila penginapan telah disediakan selain makan dan minum. Maka perjalanan itu dianggap satu percutian juga mentelah di musim cuti sekolah.

Di pendekan cerita maka tiba lah hari nye. Lebih kurang pukul 12 tengah hari segala hantaran telah berada di tangan.

Setelah menerima isyarat maka kami pun melangkah lah kerumah sebelah. Maka masing2 pun sudah mengetahui peranan. Setelah meletakkan hataran terus berada di khemah  luar. Yang berkenaan saja di dalam rumah. Acara pun bermula. Tuan rumah menyediakan PA system. Mikrofon di beri sorang satu pada juru runding kedua belah pihak.

Maka setelah selesai segala salam mukadimah tujuan kedatangan selesai di pihak lelaki maka tiba lah giliran pihak perempuan. Tak disangka2 dalam ucapan nye,  juru runding pihak perempuan  terasa ingin berpantun walaupun kata nye tidak menharapkan balasan. Maka di lontarkan nye pantun ucap selamat datang dan sebagai nye.

Di pengakhiran rundingan beliau menutupnye  dengan mengulangi sekali lagi  keinginan nye. Lalu berpantun  ucap terima kasih lah beliau walaupun pantun awal tadi  pun masih tidak terbalas.

Peristiwa itu sudah pun berlalu namun kalau difikirkan wa jadi sedikit terkilan. Terkilan kerana kami tidak membalas nye. Wa masih berasa bahawa  kami patut membalas nye walau pun dengan hanya berpantun dua kerat!

Berpantun pada acara acara sebegitu memang akan memeriahkan majlis disamping dapat memperkembangkan lagi salah satu budaya kita orang melayu.

Pada hari itu kalau lah di berikan dulu pantun yang akan di jual di belakang tabir saperti mana persetujuan akan  perkara2 lain, walau sesingkat dua jam awal pasti lah wa teringin sangat membeli nye. Pasti wa beli! . Malaysia boleh.!

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas…

 

 
 
 
 
 
dengar kan …
klik…
 
 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

3 responses to “pantun mu pantun ku…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: