andai lu tahu…

Baru saja wa terbaca berita bahawa Facebook akan di tutup pada 15 march akan datang . Kah.. kah.. kah macam ganjil jer bunyi nya. Macam mana la dunia tanpa Facebook kan..hehe.

Berita saperti ini memang  mengemparkan kerana ia boleh dikira peritiwa dunia. Mana tidak nye dengan pengguna yang sudah melebihi 500 juta ia bagai sebuah negara.

Kalau lah ia sebuah negara ia adalah negara ketiga yg mempunyai penduduk tertinggi di dunia. Bayangkan lah pada 15 march nanti apabila ia lenyap tiba tiba. Tak gempar ke..?

Lalu berita saperti ini perlu mendapat pengesahan dan kepastian. Mudah saja bagi wa untuk menyemak nye. Terus saja tanpa berlengah wa  search laman web dunia arus perdana .  Wa klik,  Yahoo News tak sebut ape pun. Klik pulak Google News pun tak jugak sebut apa apa . So makne nye tak valid la news tadi tu.

Lu orang baca la weeklyworldnews.com yang wa link kan di atas tadi  tu kelakar sungguh. Boleh ke dia kata si Zuckerberg cakap Facebook ni dah di luar kawalan… pengasas nya Mark Zuckerberg dah tak boleh nak kawal.

Lagi.., News tu  kata Zuckerberg dah tak peduli pasal wang dah, dia hanya mahu kan kehidupan lama nya. Lalu disebut lah lagi bahawa si mamat  pengasas facebook ni suruh kita pi lah cari kawan yang  ‘ real ‘ maksud dia yg betul betul ujud depan mata! Pelik tu..hehe..

Walau bagaimana pun  takpe lah . Positif nye dalam life kita ni sekali sekala kita perlu jugak satira satira atau kadang sandiwara sandiwara yang datang secara percuma.

Oh ya, teringat juga wa bahawa satu ketika dulu wa pernah menulis surat pada si Zuckerberg ni mintak dia delete kan segala game yang mengasyikan  saperti farmville itu. Hidup wa sudah jadi tak tentu arah pasal melayan isteri yang ada dua kebun sayur, satu di pasar yg memang ‘ real ‘ satu lagi di skrin komputer!  Dua dua sama penting. Tapi hingga kini mamat tu tak balas email wa.

Last sekali sebelum wa join mereka menonton AJL jangan sekali cari wadi Facebook haa… kerana hingga kini wa masih tidak mempunyai akaun Facebook.

Hmmmmm…..

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri


Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu untuk mendekati ku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Anugerah Juara Lagu sedang belangsung di TV. Dalam diam wa memilih lagu yang wa rasa patut memenangi nya walaupun semua yang disekeliling wa tahu wa ni bukan lah jenis yang akan menyanyi mahupun mengambil pusing akan perkembangan industri muzik tanahair.

Walaupun jika di akhir nanti ia tidak memenangi nye, lagu ini akan tetap juga menerima anugerah. Anugerah dari wa yang berada di dalam dunia ku sendiri. …ekekekek…

klik

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: