ummi hafilda…

Pada tahun 1998, umur nye barangkali sekitar 29  tahun  ketika gambar tipikal dirinye ini di rakamkan. Dia  menjadi perhatian dan mengisi berita utama seluruh    negara  ketika perbicaraan berprofail tinggi pada  tahun  itu.  Dia  ada lah saksi utama.

Persepsi mengenai diri nye terpecah dua mengikut arah  mana fahaman politik sesorang itu sehingga lah masa  kini, mungkin. Kedua dua fahaman mempunyai cerita  berbeza yang bertentangan mengenai diri nya. Rumit  nye dalam politik ni kadang kadang  kebenaran itu tidak menjadi sepenting lebih daripada beroleh kemenangan.

Blog ini bukan blog politik lalu aku tidak berminat untuk mencari ‘ kebenaran’  itu di sini. Aku hanye ingin rakamkan secebis peristiwa peristiwa seharian yang aku lalui dalam dunia kecil ku.

Semalam dia muncul di pentas politik untuk berceramah. Oleh kerana banyak cerita mengenai nye telah aku baca di dada akhbar satu waktu dulu maka menjadi tarikan bagi ku untuk melihat nye secara ‘ live ‘ dan meneliti personaliti nye dari dekat.  Umur nye  aku kira pada kemunculan nye semalam sudah sekitar 44 tahun. Muda ke tua tu….

Ya, semalam aku dengar ape yang ingin dikatakan dan bagaimana ia di perkatakan oleh nye.

Dia aku kira seorang pemidato agak baik juga. Berucap dengan lancar dan jelas. Membawa audien  dari satu suasana simpatetik ke satu suasana berbeza di selang seli dengan selitan2 lucu diantara ucapannye ketika  bernada serius. Vokabulari2 kasar politik semasa juga digunakan bersahaja lalu menarik respon dari audien lelaki walaupun yang perempuan hanye mampu tersipu.

Sesekali ketika berucap dia akan membetulkan kedudukan tudung nye dan mengelap sedikit peluh di pipi dengan tisu di tangan. Aku memerhatikan saja setiap pergerakan nye. Itu saja.

Lalu aku memandu pulang dengan aras minyak bertanda bawah dari garis E.

 

Selamat maju jaya, Ummi Hafilda.

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: