coke vs facebook..

Tengah hari tadi cuaca betul betul panas.  Terik wooo.

Dah sekian lama maka hari ini lah antara hari yang aku terasa jugak padah nye memandu van tua yang takde air-cond ni.  Lama jugak dah aku kena sesah suruh repair. Degil.  Bukan degil …ada lah sebab nye. Tak payah nak explain.

Yang letih tu pantang  sampai simpang je lampu isyarat takde la kaler lain asik lah merah!  Apa simpang pun semua kereta berderet , lepas dua kali hijau baru boleh lepas.  Masa ni kalau dia bagi suggestion nak kemana mana .. tambah lagi menggatal gatal nak tengok kain ela ke.  Boleh bergaduh terus dalam van tua ni.. la ni jugak takde nye nak  tunggu sampai rumah dulu.

Tekak pun dah dahaga gile ni tapi rokok pancis jugak lagi.  Jangan tegur!

Punya la tak sabar aku nak sampai rumah.  Tapi aku buat cool je sepanjang memandu pulang.  Haa..sampai je aku terus bagi duit suruh anak beli coca cola dengan air batu.  Suka hati kamu la nak beli satu atau dua botol. Sebab aku bos besar kat rumah, tak payah nak arah ape ape lagi.

Air coke satu gelas aku sambut siap dalam nye ada ketul ketul air batu.  Aku minum.  Makkk datukkk…. lega nye.  Hmmm.. sedap air brand amerika ni ye macamana lah aku nak boikot.

Boikot..? Kenapa nak boikot haa… Tapi itu la aku dengar dan baca merata rata sejak sekian waktu.

Satu kata.. kerana kalau kita minum coke maka nye kita menyokong yahudi lah. Ye ke begitu ?  Kaitan terus dengan yahudi yang di berikan tak la jelas sangat selain mengaitkan  negara Amerika tu sekutu kuat dengan Israel.  Singapura, Ostolia , negara2 Eropah pun sekutu kuat juga tauu. Hehehe..

Kan ke The Coca Cola Company ni ada lah syarikat senarai awam yang tersenarai di NYSE.  Dia syarikat milik awam dan kita juga boleh beli saham nye lalu keutungan dari situ kita sumbang ke Pelestin pulak lah. Siapa pulak ada hak boleh menentukan bagaimana harus kita membelanjakan duit kita sendiri. Ataupun banyak duit, kita buy over sume saham lalu Coca Cola ni kita punye. Rasa air dia sama jugak la kan ahahahaha…

Weii.. kaitan ngan yahudi tu memang  ada..bukan  takde.  Kaitan secara langsung lagi. Dia punye chaiman dan CEO tu orang Amerika tapi berketurunan Turki. Nama dia Muhtar Kent.  Gaji tak usah cakap la ..berguni guni!  Ikut rekod nye tahun 2008 pendapatan dia tahun tu 19 juta beb..USD tu weii..bukan rupiah haa.

Yang kaitan kuat ngan yahudi tu bapak dia Necdet Kent. Bapak dia ni terkenal kerana sanggup bersabung nyawa menyelamatkan orang yahudi turki masa perang dunia kedua dulu. Korang tau kan peristiwa holocaust masa nazi nazi jerman tengah menggila menyembelih orang yahudi di seluruh German dan eropah dulu. Masa tu bapak dia ni Vice Consul-General kementerian hal ehwal luar Turki.  Ada la lebih kurang 80 mamat yahudi ni dah kena tangkap di gestapo dalam gerabak keretapi menuju ke jerman yang akan di campak dalam gas chambers. Lalu kent ni jumpa la komander gestapo ni mintak dibebaskan dan mengatakan mereka ni rakyat turki dan negara turki adalah berkecuali.

Pegawai Gestapo tak nak  lepas dia cakap..

”ahhh  mereka    ni bukan ape benda    pun  hanye  sekelompok  yahudi”.

Lalu kent naik  keretapi tu,  walaupun dia  disuruh turun  tapi masih  berdegil. Nak ikut  jugak..hehe.  Sampai kat  stesen seterus nye datang  pegawai lagi beso jumpa kent. Lalu kata kent mereka sudah salah tangkap. Yang di tangkap tu adalah orang islam turki. Adalah dalam soal jawab tu kent ade tanye bagaimana mereka mengatakan itu orang yang yahudi.  Senang je jawab mereka ” tengok saja benda dalam seluar mereka, misti ada potong punye”. Kan ke orang yahudi ni bersunat macam kita..keh..keh.keh..

Hmmm…senang je lalu kent jawab..

” saya orang islam pun ada potong jugak kalau tak percaya saya bukak seluar kita sama sama tengok nak..? ”.

Memang kent ni berugama islam tapi status anak dia si muhtar chairman dan CEO coca cola tu aku tak pasti status nye tapi nama nye muhtar tu keislaman sangat dah tu..

Begitu begini selamat la  semua mamat2 yahudi tadi.  Kemudian mereka peluk dia  bergenang  airmata. Sampai  sekarang  yahudi respek  bapak dia  siap bagi medal lagi. Itu kaitan nye.

Weii…ada ramai jugak yang suruh boikot coca cola ni.  Tapi bila kat facebook dia punya hadap tak boleh lekang.  Kalau nak di ikutkan Mark Zuckerberg tu lagi bapak punye yahudi ..ahahahahaha…lagi direct sokongan tu!

Kita challenge nak.  Aku stop minum coke ko pulak tutup account facebook. Ade berani..?

Wei…wei..jangan marah lah.  Aku gurau gurau je la.  Ape2 pun mesej nye supaya kita jangan la jadi ekstrim sudah lah.  Minum coke sikit 2 selagi tak bawak mudarat cantik la tu. Begitu la jugak dengan facebook sikit2 la jangan sampai telanjang. Paham kan?.. kan kan….

Van aku tu kan biasa biasa tak la sepanas tengah hari tadi sebab ruang dalam dia luas tak macam kereta salun biasa kalau tak air cond.  Kadang aku tanye jugak ..

” van ni ke atau aku yang dah tua ni ”.


Ada jugak yang suggest aku jual van amerika aku tu pastu beli toyota camry pulak.  Hmmm.. lagi la malas aku nak explain..

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: