perkahwinan kate dan willy…

Ini Kate Middleton.

Hujung bulan April nanti dia akan melansungkan perkahwinan nye dengan putera William. Perkahwinan yang bakal di nobat mungkin sebagai  wedding of the millennium.

Kalau benar maka dia akan menenggelamkan kemahsyuran perkahwinan diraja yang lepas2 termasuk perkahwin ibu dan bapa mertua nye Prince Charles dan mendiang Lady Diana. Sama2 lah kita saksikan nanti.

Di England sana persiapan perkahwinan diraja ini tengah rancak dan juga telah menjadi sedikit sebanyak polemik politik. Telah di umumkan bahawa hari perkawinan mereka adalah cuti umum seluruh England. Maka kedengaran juga mengenai ada nye syarikat yg tidak membenarkan pekerja mereka bercuti.

Di katakan juga bahawa sejarah nye si Kate ni belajar dan kebetulan dalam pengajian yang sama dengan Putera William di St Andrew University. Hubungan antara mereka bertukar dari santai2 biasa  menjadi hubungan  romance setelah Kate menarik perhatian Willy pada pertunjukan fesen amal anjuran university. Ini lah fesen see through yang di peraga oleh Kate ketika berjalan kucing atas pentas ketika itu. Willy pula dengan taraf nye sebagai kerabat diraja pasti lah dia di tempat duduk barisan hadapan berdekatan dengan pentas.

Di khabarkan juga bahawa seketika peritiwa Kate berjalan kucing itu willy menoleh kearah rakan sekolej lalu berbisik  dan kata nye…

kate’s hot! ”.

Lebih menarik jika kita dapat melihat ekspressi wajah Willy ketika itu. Mesti dia terlopong macam lu orang jugak.  Jangan nak buat2 innocent  haa.  Bagaimanapun peristiwa itu sudah pun berlalu lapan tahun yang lepas. Dan baju yang dipakai oleh Kate itu pun dikatakan sudah dilelong.

Saperti amalan nye orang putih tidak la di ketahui samada Putera England ini ketika mahu melamar Kate ada melutut depan Kate lalu berkata2..

” will you marry me? ”.

Atau pun dek kerana si Willy ni putera raja maka si Kate tu pulak yang melutut. Kalau di beri peluang jangankan Kate berlambak lambak lagi Kate di luar sana  akan datang melutut ayat  pun bertukar..

marry me , plizzzzz ”.

Lalu terfikir pula apakah cara kita sendiri bila dah lama berpacaran. Yang ada tu wa dengar .. si mamat ni asik je berkawan tak sentuh pun subjek nak melamar ke sehingga lah dipaksa..hehe.  Bukan ape tu sebenar nye kekadang dia takut tu. Dah bertahun masih tak ready2 lagi ahahhaha..

Wa sendiri dulu pun asik konar sana konar sini.  Satu hari terserempak bakal bapak mertua  tak sempat ngelak lalu  dia tanye ..

bila nak suruh bapak kamu datang meminang..”.

Muka jadi sedikit biru lalu wa  jawab…weii jawab tetap jawab…

…err cukup bulan pakcik…cukup bulan ”.

Kini dah bepuluh tahun kahwin wa dah cukup pengalaman. Kalau apa apa soalan panas ke pelik sikit ke yang takde jawapan segera ..standard wa sama je..hehe. Wa akan jawab begini…

cukup bulan arr ”…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: