wan rizam wan zain

Ini Wan Rizam bin Wan Zain.

Mengenali diri nya aku macam tak percaya dia akan menyanyi sampai begini punya ekspressi kyusuk.

Dulu kami berdua pi jepun dan korea . Meeting punya la hebat dari pagi sampai malam. Standard la, habis meeting pi makan. Mamat mamat jepun ni bawak la kami makan kat tempat spesel.

Nak kawal halal haram kami order tepanyaki seafood. Ingatkan habis disitu saja. Rupa nya lepas makan mereka ajak pulak berkaraoke. Harramak! ….aku manalah  seorang kaki menyanyi.  Nak tolak tak boleh . Kita kan wakil Malaysia. Tak kan sikit sikit bersosial pun tak reti. Mamat jepun mendahului, depa mintak lagu lalu menyanyi. Lepas tu ….

Lepas tu giliran kami!.  Mereka pandang pada Wan Rizam makna nye dia lah kena jawab.  Selamat aku. Wan Rizam selamba je mintak lagu orang putih macam macho je. Dia mintak lagu  ” hotel carlifornia ” weiii.   Amboii dasat tu Wan Rizam. Mamat mamat jepun punye la seronok. Mereka pun pi set lagu tu. Lepas tu….

Lepas tu dia toleh kat aku …

” jiz ko nyanyi , aku tak reti lah ” .

” Hah !! abis tu ko mintak lagu hotel carlifornia ni buat ape.. lagu orang melayu takde ke ?”

” lagu ni aku feveret , dulu kat UK selalu dengar ”

Nak menyelamatkan maruah Malaysia. Aku pun nyanyi lah. Ko bayangkan lah orang tak pernah menyanyi, boleh ke menyanyi lagu  ” hotel carlifornia ”?  Malas aku nak detail kan..

Setelah beberapa tahun mungkin dia dah improve kot. Tu yang nampak menyanyi macam  boleh buat lontaran suara  …hehe..ye ke?

Sampai hotel agak lambat. Sungguh  pun begitu salah sorang mamat jepun tadi ada yang balik rumah sejauh 200km naik keretapi.

Lepas tengok tv sumo jepun sebelum tidor dia keluarkan jam loceng dari beg. Ohh rupe nye dia bawak bekal jam loceng.  Hehe.. Bagus la besok depa nak jemput dari hotel pi stesen keretapi. Jangan terlepas , jepun kan punctual. Kalau tidak malu kita…

Tadi pun sembahyang dia yang set arah kiblat.  Ape methodology dia apply aku tak tanye dah. Just follow.

Subuh esok nye ” kring ..kring..” jam loceng berbunyi.  Memekak jam ni baru dering dua kali aku matikan.  Sambung tidor, lagi sepuluh minit kang aku bangun la. Ape ada hal..

Nak jadi hal… talipon bilik pulak berdering dering tak henti henti. Jawab punye jawab rupe nye mamat jepun sano san dah sampai nak jemput pi stesen keretapi. Ape lagi..menggelupur!  Jawap talipon tadi kemain canggih ..

” yes, yes coming down..coming ”…

Dalam  shinkanzen menuju ke tokyo dia bertanye sendiri.

” ape hal la jam loceng tak berbunyi ”

Sampai la ni aku simpan rahsia….ekekekek.

Wan Rizam Wan Zain bila masa santai macam ni lah rupa dia. Imej serious dia akan sikit kendur, asik buat lawak dan pasti nye sentiasa ada rokok di celah jari. Macam aku jugak lah.

Lama sudah aku kenal dia. Rasa nye dah almost 20 tahun sebelum dia join kilang ni lagi. Masa tu dia bersama R&D Proton aku pula selalu saja kena ‘mengadap’ dia. Meeting kalau dengan dia tak pernah pendek. Letih wooo….kalau ada meeting yang pendek tu makna nye bekalan rokok dia sudah putus lah tuu.

Selang beberape tahun Proton melancarkan Proton Wira di pasaran, satu hari tu dia call. Kata nye nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa ke selama kami menjalankan kerja berinteraksi antara customer dan supplier. Lalu aku tanye dia…

” ko apa hal lak ni mintak2 maaf ”

Kata nye dia dah nak benti keje proton dan menyambung pelajaran di UK.. Kata nye lagi ada orang  suruh dia jadi..

” jadi melayu baru ”

Ada lah dua tiga tahun dia hilang dari pandangan.  Kemudian satu hari dia muncul. Gedebak gedebuk nak pendek kan cerite sekembali dari UK dia kerja dengan kami. Maka bermula episod ” melayu baru ”  dia bersama kami sebagai vendor. Bergelumang siang malam menyiapkan projek yang sering kali ketinggalan masa. Berkali kali kami pulang pagi. Perangai semula jadi workaholic dia jadi igauan para staff yang di bawah. Meeting yang korum nye antara aku dengan dia saja pun boleh tamat 11 malam apa lagi kalau ada tooling trial.

Seingat aku ada la dalam beberape tahun tu kami asik keje je. Kerja kerja kerja macam tak ingat yg dunia punya dalam lain2 perkara pun penting jugak.

Kemudian dia kahwin. Kalau takde lah mak dia carikan pasangan alamat tak kahwin kahwin la mamat sekor ni.  Orang macam Wan Rizam mana reti ngorat. Ape dia nak cakap masa ngorat tu… hehe..geli hati aku. Silap silap dia tunjuk kan mana yang dia berkenan lepas tu suruh aku tolong ngoratkan…ngeeeee..

Dia ada cakap kalau masuk keje kat kilang ni baik cepat2 kahwin. Kalau tidak nanti serabut dek kerje muka dah tak boleh nak hensem. Kepala jadi botak sambil tunjuk kat atas kepala dia. Yang leceh tu nak justify kepala dia yang semakin botak dia tunjuk pulak kat kepala aku pastu dia cakap..

” ko tengok ajiz tuu”

Setelah berkahwin baru dia jumpa perkara2 lain selain kerja juga menarik dan ada cabaran nye tersendiri. Paling penting pada staff yg dah berkelamin Wan Rizam pasti menempuh episod cabaran memenuhi antara keperluan kerja dengan keperluan bini di rumah. Dua dua sama penting. Kamu rasa lah pulak..kah kah kah.

Hari minggu bini ajak jalan jalan kerana dah lama tak keluar, boring sakan. Muka bini dah macam cencorot.  Hari minggu tu jugak lah kerja kalau tak siap hari senin customer dan orang atas jadi histeria!

Ko jawab…Wan Rizam…jawab ..ekekekek.  Kami dah lama lalui asam garam rumah tangga.  Giliran kamu lah pulak. keh keh keh..

Tapi Wan Rizam sebagai mana dia dikenali memang bijak  melihat segala dilema dan kemas pulak tindakan susulan nye.  Sejak beberape tahun sudah dia organize family outing untuk jabatan. Dia cari dana dan keluarkan juga sejumlah duit sendiri.  Bagaimanapun aku hanye join pada tiga outing terakhir.

Kini family day jabatan kami menjadi acara yang di tunggu2. Meriah dan glamer…err dalam kilang je laa…

Masa berlalu begitu pantas umur pun bertambah begitu juga pada career path dia turut  meningkat.  Ketika  Wan Rizam mencecah 40 tahun staff  laki2 mana nak perasan kalau tidak staff2 pompuan pakat2  meraikan harijadi ketua jabatan.

Ye ..selain doa yang di bacakan oleh si wak jabatan,  kami celebrate stail international. Ramai ramai kami nyanyi lagu happy birthday dan aku pulak jadi conductor nye.

Three …Two….One!…..happy birthday to you…walau pun tawar je bunyi nye pitching celaru habis tapi tetap meriah.  Kemudian tak semena aku pulak bagi ucapan pendek..

” Semoga Wan Rizam panjang umur murah rezeki hendak nye. Pada umur sebegini orang  putih selalu bilang …life begin at 40…”

Ape maksud nye tu haa..Lalu aku pandai2 tafsirkan sendiri.

” Ini umur kritikal pada mental dan fizikal kita. Perubahan selalu terjadi pada kita setelah melepasi umur 40 tahun sama ada  menjadi lebih baik atau bertambah buruk. Kalau2  ada penyakit kronik pun biasa nye muncul selepas umur ini. Juga kalau nak dapat peluang  kahwin dua pun maka ia muncul selepas unur 40 ni lah..

..so welcome to the club Wan Rizam…”

Tak semena mena tiap kali sambut hari jadi dia aku pulak kena jadi MC nye. Pada sambutan ke 41 si wak pembaca doa jabatan kami tak datang kerja. Tolak tarik tolak tarik last2 aku sendiri baca doa…

Gambar atas tu ketika sambutan birthday dia ke 42. Tengok lah lilin tu mereka bagi warna pink…hmmm.


.
Korang tengok  gambar atas ni korang teka la. Wan Rizam bagi hadiah kat aku ke atau aku yang bagi hadiah tu kat dia. Tiap kali telematches dia mesti ambil bahagian sebelah aku. Mungkin dia ingat senang nak menang kot.

Sebelum acara bermula dia akan laung war cry dia kat aku …nak saiko aku konon.  Aku lawan tetap lawan all out…walau pun satu ketika dia mendabik dia lebih tough dari aku. Mulut senyap hati berkata

..” ye laa ko lagi tough dari aku ”.

Persaingan peribadi antara dia dan aku ini di jangka akan berlanjutan pada  bulan mei tahun 2011 ini di Rompin. In fact dia cabar aku suggest venue untuk kali ini.

Namun….

Namun kita hanye merancang Allah swt sahaja yang menentukan nye. Rasa nye sampai di situ saja persaingan peribadi antara aku dan dia.

Wan Rizam Wan Zain kini berada di pusat perubatan. Kesihatan nye semakin terjejas. Yang melihat pasti mengalirkan airmata akan keadaan fizikal nye kini.  Ketua jabatan kami sedang berjuang bersendirian.  Wan Rizam Wan Zain sedang bergelut dengan kanser. Kanser tahap 4.

Ahad lepas 4 pm aku melawat nye di wad 3B bilik 335.  Seketika kemudian dia membuka mata, masih perasan kan aku dia angkat tangan. Kami berjabat menggenggam ibu jari cara panglima. Dia berkata sesuatu tapi suara tidak jelas. Lama aku genggam tangan nye dan mata kami bertentangan. Isteri aku jadi sebak mengalir air mata lalu keluar .

Aku lepaskan tangan nya bila mata nye tertutup kerana keletihan. Taklimat yang aku terima kanser itu telah menyerap dari paru paru hingga kini sudah ke tulang.

Wan Rizam,  aku tidak akan  mengalirkan air mata di depan mu kerana aku jugak seorang yang tough tauu.

Mulut senyap namun hati tetap berkata …

 ..selagi aku tidak menatap wajah isteri dan anak2 mu .

Aku tinggalkan pusat perubatan bersama sejuta doa kepada Allah swt.  Sejuta doa agar keajaiban akan berlaku ke atas nya. Namun aku juga redha akan kehendak Nye.

Innalillahiwainnalilahirojiun. Itu lah pertemuan terakhir kami. Wan Rizam wan zain menghembuskan nafas nye yang terakhir pada 9.15 malam itu.

Lalu aku menerewang   seribu kenangan  selama 20 tahun besama nya.


.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

14 responses to “wan rizam wan zain

  • arizal juhaida abd razak (jue)

    semoga arwah dtempatkn bersama2 org yg briman…
    trasa sgt kehilangannye n RnD delloyd pasti sunyi dgn lawak jenakanya…sama2 kte doakan arwah wan rizam bhagia disana…amin ya ALLAH…

    Like

  • max

    Al Fatihah buat Allahyarham n takziah buat waris Allahyarham.
    Indeed he’s a good boss & best friend 1 could have.
    Delloyd R&D will never ever be the same without him.
    The one n only Wan Rizam.
    There’s not enough words to describe him.
    Semoga roh Allahyarham bersemadi dengan aman di sana n ditempatkan di kalangan para solihin. Amin…..

    Like

  • bob

    semoga rohnye di cucuri rahmat & di tempatkan di golongan org2 beriman….alfatihah….

    Like

  • norlizamuhammad

    semoga Allah mencucuri rahmat ke atas wan rizam dan takziah ke atas keluarganya. As jackie mentioned, he is truly a friend, full of humour but serious at times!

    Like

  • theolrascal

    Liza,
    I remember you as a workaholic just like the arwah.
    You were in many occasion all alone in the huge empty office working till it was almost midnight.
    We called your tag together with hasbullah and ‘arwah’ – as the ” tiga serangkai ”.

    You were also tagged with the dynamic women in jackie and sarah. My regards to both of them.

    Thanks liza…sama2 kita mendoakan agar roh nye di tempatkan dikalangan mereka yg soleh di sisi Nye.

    Like

  • Jackie Chew

    Dynamic woman???? I am honoured. Wan Rizam was a fun guy and I remembered when we have to “create” documents for ISO audit purpose. He never run away from his responsibities. He don’t have an evil bone too in his body. A truly cuckoo nice guy.

    Like

  • theolrascal

    jackie,

    aahh jackie. yes ma’am… dynamic. how can we forget you.
    a pint-size but powerful. You did not move the mountains of course.

    But you moved the men and moving them around is a great feat enough to earn my respect, ma’am. Bukan sinang wooo…haha..you know la..some men are not moveable type.

    Thanks jackie ..
    WR was a very responsible person. We dearly missed him.

    Like

  • zulkphlee

    Terima kasih, terubat jugak rindu kat arwah nie walaupun tak dapat bersua dgnya. saya cuba mencarinya sejak tahun 2005 tapi keluarganya telah berpindah dari kg. batu muda, empat tin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Amin.

    Like

  • theolrascal

    zulkphlee,
    saya berbesar hati blog ini sedikit sebanyak telah mengubat rindu kamu kepada nye.

    Ye..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Amin.

    Like

  • menjelang ramadhan… « the ol' rascal

    […] Bulan Ramadhan pasti mengembalikan kenangan kami  kepada arwah ketua jabatan kami yang telah pergi mendahului kami setahun lebih yang lepas. Arwah mempunyai karektor berlainan setiap kali di bulan Ramadhan. Al- Fatihah buat Allahyarham Wan Rizam B. Wan Zain. […]

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: