cinta kolesterol…


Aku baru saja menonton siaran langsung perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Etoile FC. Perlawanan berkeputusan seri 1 – 1.

Etoile FC adalah pasukan profesional yg dianggotai oleh 100% pemain warga perancis yang ditubuhkan khas untuk menyertai S Leaque Singapura.

Sejak Malaysia menjadi juara Suzuki AFF Cup minat aku mengikuti semula  perkembangan pasukan Malaysia telah meningkat mendadak saperti mana meningkat nye kandungan kolesterol dalam badan aku ni.

Minat aku menambah kandungan kolesterol dalam badan ni pulak berpunca dari minat aku laki bini pi cari makan yang sedap2 pada tekak setiap kali aku keluar berdua. Kes tipikal pada sabtu tengah hari tadi. Lepas berpeluh2 masak lauk sambal tumis udang , sayur kangkung dan ikan goreng dia ajak aku keluar.

Lauk dah sedap keluar buat ape lagi?

”..hehe.. keluar la nak amik angin lagi pun mana boleh makan masakan sendiri. hehe..”

hehe ..aku pun ikut sengih gak..hmmm start enjin jalan.

Kata orang kat depan JJ tu ada kedai asam pedas femes bukan main. Pusing kali pertama tak jumpa …..weiii usaha pulak round lagi sekali..jumpaaa. Lepas tambah kolesterol tu dia komen..

” lebih kurang macam masakan saya je.. ”

Balik semula cerita bolasepak tadi arr, yang buat aku suka nak ikuti pasukan Malaysia tu pasal ada player kita sorang tu lah. Aku suka sangat la tengok cara dia main. Dia ni spesel tul la…dia suka main atas garisan. Macam Lim Chong Wei kita tu la main badminton. Kan ke dia suka otek2 bulutangkis kat atas net….haa macam tu laa. Dia ni pulak kat garisan tu la yg dia suka sangat. Aku pun suka.

Kalau setengah player dah give up…biar saja. Dia ni masa atas garisan tu la dia amik peluang mengacah ngacah. Paling kurang pun mesti Malaysia dapat tendangan sudut. Tapi dari perangai dia ligan bola hingga ke garisan akhir tu la selalu nye memucatkan pasukan lawan. Ada beberape gol di jaringkan pasukan Malaysia hasil dari usaha dia. Antara contoh yang signifikan ..klik

Player yang aku maksudkan ia lah Norsharul Idlan Talaha. Dasat wooo…dia. Korang kalau tak caya nanti kalau Malaysia main korang tengok lah sendiri.

Serupa gak lah kalau korang nak tambah kolesterol dalam badan… kat Bukit Tinggi, Klang ni pun boleh tahan gak …mee kari kat kopitiam tu pun …hmmm.

Tak caya boleh tanye bini aku…pasal tang kolesterol sedap2 ni depa selalu cite kat dia …..aku suka tambah je ….kah kah kah….

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: