cer bagi…cer bagi…

salam…

Donald Trump

Dulu masa kebanyakan kita2 belum lagi beli broadband atau pasang streamyx kat umah rajin jugak lah kita layan rancangan realiti di tv. Antara reality show impot dari Amerika yang dapat sambutan hebat …tu la dia…The Apprentice

Donald Trump billionaire hartanah tambah terkenal dan dua kali di calonkan untuk anugerah emmy kerana kerja2  francais nye untuk rancangan itu. Paling penting  The Apprentice  telah membawa pulangan berjuta juta untuk diri dia.  Mantra  dia di tv paling di ingati ada lah masa dia nak buang sesorang apprentis tu. Dia akan sedikit herdik..

‘ You Are Fired ”

Kemudian kita di pertontonkan peserta yg terkeluar tu terkedek2 lah berjalan keluar dengan sebuah teksi telah pun menunggu di luar bangunan. Lalu kita yang mengikuti saban minggu akan membuat tafsiran sendiri akan sape sepatut nye lebih layak dikeluarkan. Rancangan itu kalau kita amati selain dari mahu menonjolkan bakat peserta dalam menguruskan business terdapat juga elemen2 bahawa kepandaian berpolitik itu juga amat penting.

Donald Trump

Satelah sekian tahun, duit si Donald Trump ni pun dah bertambah bertan tan, selain itu bini dia juga telah bertukar ganti berkali kali, asal tambah tua sikit je, dia tukar pulak yang muda ,..cisss!

Tu… cuba korang teka ape lagi yang dia pikir kan  .

cer teka ..cer teka…

Weiii..ape lagi. Bila sume dah ada ….nak kuasa lebih besar pulak laaa…

Donald Trump tu korang jangan tak tauu…dia sedang meninbangkan kemungkinan nak jadi Presiden Amerika yang ke 45 !..

Orang berduit ni dia  akan buat macam2..pada mereka sume pun boleh. Betul2 dia bertindak…weiii..

Donald Trump

Tuhh…

Trump sedang berucap di Conservative Political Action Conference di Washington …weiii. Korang tau dia cakap ape tu….

Dia sedang mempersoalkan surat beranak si Barrack Obama dan kesahihan nye untuk memegang jawatan presiden Amerika sekarang ni…kemain tu. Dah jadi presiden pun ada lagi yang mengungkit surat beranak…ekekek…

Lagi dia cakap ape korang tau…? Dia cakap mereka 2 yang pergi sekolah sama ngan Obama ni kata mereka tak pernah nampak pun si Obama ni kat sekolah tu…Laa kelakar…dah macam main pondok2 pulak.

Tu la dia kan …manusia ni. Kita ni pun pasal dek miskin lagi ni, kalau dah kaya mungkin cara dan kemahuan kita pun juga ikut berubah agak nye.

Tapi aku kan…aku kalau kaya …aku tak lah nak kecoh kecoh..aku nak dok diiiiaammm je…aku akan buat hal aku je,…tak nak la nak kaco2 orang lain. Percaya lah..kalau tak caya….

..cer bagi …cer bagi…

cuba bagi aku RM 1 juta.  Kita tengok aku diam ke tak diam ..cer bagi ..cer bagi..

Aku tunggu ni…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “cer bagi…cer bagi…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: