HHH…

Salam..

Korang kenal kan.. mamat gambo kat bawah ni  .  Tu memang dia lah si tripple H.  Antara ahli gusti paling brutal. Aku bukan lah kaki wrestling tapi tiap kali mem aku ajak pi lepak kat gerai tomyam aku layan jugak lah. Aku asik nak peratikan masa dia tumbuk tu ….betul2 kena ke tumbukan dia tu.

Lately ni kalau kita perasan si HHH ni kalau atas gelanggang dia tak banyak begasak macam dulu.  Yang dia buat kat atas tu …bercakap …asik bercakap, last sekali iklan pun muncul. Kalau tomyam yg mem aku order tu sedap tak ape lah. Aku layan la tomyam tu. Kalau dapat tomyam yg macam dia gak asik becakap je..tu yang aku benci wrestling ni..

Takpe lah. Si HHH di luar gelanggang , maksud aku jauh dari senario dunia wrestling ada jugak iras2 budak baik. Kita jangan la fikir sume orang jahat je. Begusti tu kan keje dia. Tuu..dia bersama isteri dia tu…stephanie Mcmahon macam pasangan ideal je.

Hanye satu tu je lah yang kadang aku risaukan , kalau masa dia begaduh laki bini tu …mintak jangan dia slam bini dia macam dia hempas john cena tu…

Weii …korang ni laa haii..

Ni aku nak bagitau …. hari tu masa aku punye majlis memang aku tak lupa jemput si tripple H.  Weii..dia datang!! Aku punye la seronok almaklum lah selebriti datang ke majlis kita. Lagi pulak dia kata dia kemain la suka korma daging yang aku sediakan. Lagi tripple H kata kuih koci yang dia makan tu jenis fevret gile dia …pasal masa dia buka bungkus daun pisang tu santan2 kelapa ada tercolek2 kat dalam bungkusan tu.

Tapi….tapi kan…Tripple H yang aku jemput ni lagi baik walaupun iras brutality tu masih kuat, dia jauh lebih baik dari tripple H omputih tu.Dia tripple H versi orang melayu. Tu bini dia kat sebelah , ros nama nye. Dah nama pun tripple H..begasak tetap begasak tak kira la melayu ke omputih.

Aku selalu begasak ngan dia pasal keje!!…..huuuuuaaaaaaaaa…..

Nota ;  Tu kat background dalam gambar . Mem aku pakai tudung coklat, dan  yang pakai songkok kat sebelah  tu si ol’ rascal lah! kami tengah buat kelakar tu..ekekekeke……

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

5 responses to “HHH…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: