port klang…

salam..

Sekejap tadi  aku baca tajuk berita terkini…

Prestasi Pelabuhan Klang atasi Pelabuhan Los Angeles


Aku baca lagi ..antara isi kandungan nye …

Katanya, berdasarkan prestasi pada tahun lepas, Pelabuhan Klang mengalami pertumbuhan pesat dalam kendalian kontena, melonjak 21.4 peratus iaitu meningkat daripada 7.3 juta TEU pada 2009 kepada 8.87 juta TEU kontena pada tahun lalu.

“Prestasi ini meletakkan Pelabuhan Klang pada tangga ke-13 pelabuhan kontena terbesar di dunia menewaskan Pelabuhan Eropah Antwerp dan Hamburg yang masing-msing berada pada tempat ke-14 dan ke-15 serta Pelabuhan Amerika Syarikat, iaitu Pelabuhan Los Angeles pada tempat ke-16.

Sebab dia buat perbandingan dengan LA tu lah yang menarik perhatian aku. Tau je kan bila di sebut je Los Angeles  maka otomatik kita terbayang akan Hollywood dan sekitar2 bandar yang penuh dengan tempat menarik yang ingin kita lawati. Lagi dalam berita tu di sebut Pelabuhan Kelang mengatasi Antwerp dan hamburg. 

Ia lah berita tu buat perbandingan kendalian kontena …aku tau laa. Itu aje ke ? Takde ke orang nak buat perbandingan pasal sudut2 lain antara dua bandar pelabuhan ni.

Kalau takde ni aku buat….

Orang LA bila time tak keje…dia pi ke Santa Monica Pier. Kalau dia tak mancing dia layan la theme park kat situ.

Orang Pelabuhan Kelang kalau time tak keje…kalau dia tak pi mancing kat bawah jambatan dia pi Giant …la ni dah up sikit depa pi Jusco.

Lama dulu sebelum jambatan Pulau Indah di bina aku tak tau nak bawak kemana kalau ada kawan2 yang nak melawat pekan port klang. Habis modal aku bawak ke jetty tengok la laut dan sampan2 yang tertambat kat situ. Kini rasa nye aku akan bawak mereka ke Laguna Pier dan sekitar Pulau Indah.
Tapi expectation aku sebenar nye tinggi terhadap sebuah bandar macam Port Klang ni. Ia la banyak benda lagi yang boleh di buat bermodalkan ” tepi laut ”.

Dan berikut pula kita buat perbandingan orang yang mewakili bandar masing2.  Aku google kedua2 bandar dan kedua2 pasangan ini muncul. Jadi andaian peribadi aku la pasangan2 berikut ada lah wakil bandar LA dan Port klang. …hehe..boleh kan..?

Ini orang Los Angeles…

..dan ini pula orang Port Kelang…

Kita kena adil dalam membuat perbandingan. LA di buka pada tahun 1781 manakala port kelang pulak sekitar 1880 macam tu la.  Masa LA di buka rasa nye pekan tu penuh koboi je..tentu pakai undang2 ” gun drawing ” cowboy…yeeehaaaaa……


Manakala Port Kelang pulak pada 1880 masih melayan  nyamok aedes…malaria.  So…conclusion nye LA memang lah sepatut nye lebih established dan maju.

Walaubagaimana pun pada pendapat aku ,  tahap mana pun kemajuan kita  orang2 port kelang  sepatut nye kena ceria jugak laa…kan ….kan….apasal nak masam je…cer senyum…cer senyum…

Esok cuti …kemana la mem aku akan  ajak  pi merayau ni…..aku tak nak pi giant!…tak nak!!

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

One response to “port klang…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: