mayday, mayday…

Lepas makan tengah hari tadi dari salah satu sudut di kilang,  aku mendongak arah langit…

Di sebelah sudut itu pekerja2 bangla tengah sibuk menyusun kotak. Di sudut itu jugak..  tempat aku merokok . Pekerja bangla tidak perdulikan aku kerana itu lah senario nye setiap hari. Aku taiko kat sudut tu.

Satu ketika dulu aku aku pernah sorang2 diri jerit bagi warning kat bangla2 tu…

” saya tangkap sapa hisap rokok..buang sepah2..dia punye jari saya kasi patah..”

Aku tak pasti samada sjn misai dalam siri pengalaman den komando pernah bagi amaran pada orang awam saperti mana aku. Pekerja bangla pun kita kategori sebagai orang awam lah…jugak kan..?…ekekeke..

Lalu aku  teringat akan pengalaman awal aku dalam dunia pekerjaan di kilang. Di kilang pertama,….kerja aku tiru komponen impot. Aku guna vernier caliper dan lain2 alat ukuran… ambil ukuran dan buat lukisan dan spesifikasi nye. Lepas tu kilang tu guna spesifikasi tu keluarkan pulak komponen yang sama.

Satu hari ada kekecohan berlaku di jabatan pengeluaran. Komponen reject melambak2 kerana lubang screw telalu besar. Nak di rework pun tak boleh. Production Manager selalu nye aku perasan,.. muka dia sebijik muka ghimau.

Diam diam aku siasat sendiri…aku buka drawing. Aku tengok ukuran yang aku bagi dan kemudian aku ukur pulak balik pada komponen impot. Harramakkk!!!….salah aku!! Muka aku serta merta bertukar kaler jadi biru pekat..

Aku tengok jam kat dinding …sudah hampir waktu pulang. So aku pi toilet dok dalam tu lama sikit ..keluar terus balik. Malam tu aku tak boleh tidur. Macam2 aku pikirkan. Aku muda, masih tidak kompeten dan skill taichi masih belum ada. Ketakutan menguasai  seluruh fikiran dan emosi….aku takut nak ngadap ghimau…

..” esok tak payah pi kerja …terus benti..kot …”

Mengenang kan keadaan hidup dan terbayang wajah harapan mak aku menerima duit dari aku pada hujung bulan nanti…aku gagah juga ke tempat kerja. Pagi tu aku kayuh juga basikal menuju ketempat kerja….

Dalam perjalanan itu aku semacam berdoa…

” mintak2.. ada la kapal terbang terhempas atas kilang sebelum aku sampai …kan senang..’


Weii….ma’afkan lah aku …tapi  itu tak la sekejam osama bin laden ..kan?  Lalu selepas sedutan yang terakhir tengah hari tadi  aku jentik puntung ….terus masuk ke longkang. Lalu aku dongak ke langit sekali lagi…ada kelompok2 awan hitam…

”..ahh mungkin hujan akan turun petang ni..”


About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “mayday, mayday…

  • Den CDO

    hahahhaaa…hahaaaa! Br0 lopeh tu tak kono “fire ” ko..?

    Like

    • theolrascal

      bro,
      saya ngadap jugak ghimau tu…tapi bukan sorang2..

      ..dalam drawing ada column ” drawn by: , checked by: , approved by:..”
      ..so superior saya jugak kena tanggung mistake tu…tapi bersoal jawab ngan dia tu yg leceh…dia reflect.. macam kita ni menyusahkan dia..so saiko nye macam kita ni..useless laa..tau kan feeling kalau kita ni seorang yg tak berguna…huhu..

      Like

  • cinta

    apa jadi lepas tu, PA? awat citer separuh jalan ni ..?

    Like

    • theolrascal

      masa flash back memory tu ..sampai had tu..rokok pun dah last puff.
      Tu..sampai takat tu la…kalau nak sambung kena pancis rokok lain ..mau kena 6~7 sticks ni..

      nafas jadi sesak.. haaa….cite setengah jalan…kah kah kah…

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: