lapuran cuaca …

Pelabuhan Kelang sekali mendapat pengikhtirafan negara.

Kali ini ia mencatit pulak Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tidak sihat di bandingkan daerah2 lain seluruh negara. Aku petik laporan dari Utusan Malaysia yang asal nye di petik dari Bernama….

Jerebu: Pelabuhan Klang catat IPU tidak sihat

12/05/2011 4:39pm

KUALA LUMPUR 12 Mei — Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga pukul 11 pagi ini adalah di tahap sederhana kecuali Pelabuhan Klang yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya, Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 104, berbanding 97 pukul 5 petang semalam.

Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).

Keadaan berjerebu dalam negara dikatakan berpunca daripada pembakaran terbuka, termasuk di Sumatera.

Sementara itu 28 kawasan mencatatkan IPU sederhana — Banting (96), Kuala Selangor (85), Petaling Jaya (82), Shah Alam (86), Nilai (88), Batu Muda, Kuala Lumpur (84), Cheras (76), Putrajaya (71), Port Dickson (82), Seremban (74), Bandaraya Melaka (81) dan Bukit Rambai (85).

Kawasan lain yang turut merekodkan IPU sederhana ialah Muar (78), Larkin Lama (54), Pasir Gudang (52), Balok Baru (61), Indera Mahkota (54), Jerantut (57), Tanjung Malim (66), Keningau (54), Kota Kinabalu (57), Labuan (55), Bintulu (72), Limbang (53), Miri (52), Samarahan (56), Sibu (61) dan Tanah Merah (52).

Sementara itu antara kawasan yang merekodkan IPU bersih ialah Kota Tinggi (46), Jalan Tasek, Ipoh (35), Seri Manjung (37), Kangar (33), Perai (37), Universiti Sains Malaysia (USM) (25), Sandakan (35), Alor Setar (34), Tawau (42), Kuching (43) dan Kemaman (40). — Bernama

Selain itu kita juga sudah mengetahui bahawa harga gula naik sebanyak RM0.20 menjadikan nye Rm2.30/kg.  Kenaikan ini kata nye ada lah kerana penarikan subsidi dari pihak kerajaan. Dalam blog2 yang memaparkan berita akan kenaikan gula ni aku perasan respons atau komen pembaca kebanyakan bersikap positif. Ada juga aku temui statement…

…gula itu ada lah racun….

Hehe..alahaii..ape punye statement daaa…itu. Ko melantak gula tak patut2 ..mana tak racun.  Buat teh ‘o’ segelas taruk gula sampai 3~4 sudu…racun la dia. Cer..ko taruk 1/2 hingga lebih2 sesudu je. Manis manis jambu macam …macam….macam jambu. Racun ke tuuu..?

Cakap pasal subsidi …ni aku nak bagi tau… ada satu barang yang banyak gak rakyat malaysia beli berbillion2, bertahun2…tak pernah dapat subsidi pun. Tiap kali bajet rega pasti naik. Pengeluar memang tak nak naikkan harga kerajaan pulak seronok nak kasi naik. Maka tambahkan cukai…tak boleh buat ape..harga terpaksa naik.

Korang tau kan barang ape yang aku maksudkan….mintak mintak belanjawan 2012 yang akan dibentangkan oktober nanti …jangan la naik…

Petang tadi hujan turun agak lebat namun tiba waktu untuk pulang kerja ia sudah jadi gerimis manis jambu. Aku tak perlu berlari2 menuju kearah van tua yang tetap setia menunggu tuan nye. Lalu aku selok poket keluarkan sebatang dari kotak nye pastu aku nyalakan  guna lighter brand cricket

…..aahhh….fussss…..

…ni la saja kemewahan untuk orang kebanyakan macam aku…..aku pun masuk gear dan terus pulang.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “lapuran cuaca …

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: