13 mei…

Tuan2 dan Puan2,

Pantas sunggguh masa berlalu.

Hari ini kita sudah pun berada di bulan mei 2011. Lebih tepat lagi, hari ini ada lah 13 mei. Tarikh ini nak tak nak…lebih2 lagi yg sudah berumur macam aku  atau lebih tua dari aku pasti mengaitkan nye kepada peritiwa 13 mei 1969.

” Apakah pulak signifikan nye tarikh 13 mei tu pada kebanyakan kita?.”

Maka ia bergantung la pulak pada berape  umur dan latar belakang nye kita. Lalu rasa nye mereka2 yang segenerasi dengan anak2 aku akan melalui hari ini sebagaimana hari2 yang lain. Kalau di beritahu pun dia akan menerima nye sebagai salah satu tarikh hari hari yg berlalu…kan ke banyak tarikh dan peristiwa mereka lalui ketika belajar subjek sejarah di sekolah.

Ketika tercetus nye rusuhan kaum 13 mei 1969, aku berada di sekolah rendah dalam darjah 5.  Mentelah umur baru 11 tahun aku tidak mengerti kenape bapak aku datang dengan teksi tergesa2 mengambil aku pulang.

Malam tu kerajaan istihar curfew seluruh negara sebab orang melayu dan orang cina begaduh. Baru la aku sedikit2 tahu kenapa. Malam itu juga  sebelum tentera tiba di pekan dari tingkap yang bapak aku buka sedikit untuk mengintai aku nampak orang2 cina2 bersenjata di jalan raya.. aku kira bersenjata kayu atau pun parang panjang. Bapak aku segera menutup semula tingkap.

Kalau nak dikira semua di pekan itu tahu di sekelompok kawasan kediaman kami tu ada lah 4~5 keluarga melayu. Kami hanye berdiam di dalam rumah. Aku tidak merasa takut kerana bapak aku di sisi. Tapi aku tidak pula tahu samada bapak aku ketika itu dalam ketakutan atau tidak. Sehingga tamat krisis aku tidak melalui peristiwa2 yang menyayat hati saperti yang aku dengar berlaku di setengah tempat di Kuala Lumpur.

Aku tidak la berasa selesa nak  mengulas sapa yang salah sapa yg betul dan yang menang dah yg kalah.

Kini setelah aku sendiri menjadi bapak dan mempunyai anak yang ramai aku hanye bayangkan perasaan seorang bapak ketika melalui peristiwa secemas 13 mei 1969. Aku tak boleh bayangkan kalau ketika anak2 aku berada di merata tempat dan meletus perkara saperti itu. Sebagai ibu bapa rasa nye kita semua pasti begitu tak kira ape bangsa kita.

Lalu melihat kepada setengah isu yang agak rumit dan melihat cara ia ditangani pulak oleh ahli politik kita… aku jadi sedih. Kadang tu, isu tu boleh di selesaikan antara sedikit kelompok orang yg dalam politik tapi mereka memilih juga untuk di sebarkan lalu ia seakan menimbulkan ketegangan. Ini amat mendukacitakan.

Dalam kehidupan seharian antara aku dan sahabat aku dari kaum cina kami tidak pernah nampak ada keperluan kecurigaan itu perlu timbul.  Aku, dalam banyak trip bersama memancing ke laut dalam… hanye aku seorang…..melayu dari tujuh orang yang lain dari kaum cina dan kadang2 sebalik nye. Tidak pernah pulak aku terbayang mereka akan campak aku ke laut….ekekkeke..

Satu ketika di tengah laut tu aku ada lontarkan soalan cepumas pada sahabat aku Lim…

” Lim…sama you punye bini …you ada takut ka?..”

Aku tak dapat jawapan segera dari Lim tapi di lontar pulak dengan soalan balik…jugak cepumas …..

” you jawab dulu …sama you punye bini you ada takut ka?..”

Ni… lah yang aku menyampah berkawan dengan si Lim ni….

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

10 responses to “13 mei…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: