perdana menteri..

Ketika di sekolah menengah rendah aku tinggal di asrama di Kuala Lumpur. Walau pun semua murid tinggal di satu bangunan asrama tapi kami  tidak semua pergi ke sekolah yang sama. Sebahagian dari kami bersekolah di Victoria Institution (VI), sebahagian di St. John  institution (SJI) dan aku bersama sebahagian lain pulak di Methodist Boys school (MBS).

Lepas satu ketika terbentuk kelompok tersendiri antara kami dan kelompok2 ini seolah2 melambangkan perbezaan jurang taraf  latarbelakang ekonomi keluarga agak  jelas sekali.

Hujung minggu ibubapa mereka yang bersekolah VI atau SJI  jika datang melawat anak2 kebanyakan berkereta. Dan anak2 mereka ni kebanyakan berkulit cerah  dan ditambah berkaca mata lalu terserlah sangat dari segi penjagaan rapi oleh keluarga.

Berbeza dengan yang bersekolah di MBS, rata rata kebanyakan kami berkulit malap2 belaka melambangkan budak2 yg banyak sangat merayau. Kalau ada pun bapa2 yang datang kebanyakan menggunakan bas. Macam antara dua darjat laa..

Kalau outing hujung minggu mereka akan lebih mengunjungi kedai buku mencari buku2 sains selain  rujukan subjek tertentu. Kami gelarkan mereka ” member buku sains ”.

In contrary… murid2 MBS kalau balik dari outing dia bawak balik beg sangkut  ” hippies ”.  Ada saja benda mischievous yg mereka lakukan dan selalu ada saje happening dengan pengurusan asrama.

Pada salah satu pagi sabtu ketika latihan jasmani seorang dari kami telah di panggil kehadapan oleh penguasa asrama. Apabila dia di panggil kami semua sudah mengetahui akan kesalahan yang dilakukan sebelum nye. Dia kena libas dengan rotan kao kao. Selepas itu penguasa asrama bertanya apakah cita cita nye seakan mahu menilai masa depan seorang murid yang dia sudah ketahui sejauh mana  masa depan nye.

Lalu di jawab…

” ..cita cita saya nak nak jadi perdana menteri, cikgu ..”

Mendengar jawapan nye lami tidak pulak gelak atau bertepuk kerana rasa ketakutan akibat dari tersaksikan libasan brutal rotan awal2 tadi masih menebal.

Masa pun berlalu…

Sejak meninggalkan asrama aku tidak lagi pernah berjumpa dengan nye. Perdana menteri selepas Tun Razak adalah Tun hussein Onn lepas tu Tun Dr Mahathir , Pak Lah dan sekarang DS Najib. Tidak pulak aku nampak tanda2 nama dia akan muncul jadi perdana menteri…ekekeke..

Bercakap pasal perdana menteri ketika ni, PM kita berada di NYSE selasa lepas.

Di situ dia di beri penghormatan untuk mengetuk tukul kayu menandakan dagangan ditutup untuk hari itu. NYSE ada lah bursa saham terbesar di dunia. Dan rasa nye facebook juga mungkin sudah tersenarai di situ kalau tak silap mengikut ape yg di sebut  zuckerberg  beberape bulan yang lalu.

Dan aku tidak lah ada ape ape pelaburan2 atau saham2 walaupun RM1 sekalipun di NYSE.

.

Lalu di beritakan juga bahawa pelabur amerika akan melabur USD5~6 billion di tanah air kita.

Rasa nye tak mungkin ” the commercialization of cicak tokek ” akan menjadi salah satu item yg akan di consider oleh para pelabur amerika itu sungguhpun publisiti pada  cicak tokek amat luas sekali di malaysia, ..cicak yang di dakwa boleh mengubati penyakit aids dan hiv.

Aku kira sesiapa yang berjaya menarik para pelabur amerika  untuk komersialkan cicak tokek itu nanti maka layak lah dia digelar…

the cicakman ”.

Selain itu, PM kita berkata batch pertama american peace corps akan tiba dalam tahun ini jugak. Kalau ada yg tak tau… peace corps ni ada lah program sukarela yg di tubuhkan oleh kerajaan amerika. Objektif nye …korang baca lah ni….

” To promote world peace and friendship through a Peace Corps, which shall make available to interested countries and areas men and women of the United States qualified for service abroad and willing to serve, under conditions of hardship if necessary, to help the peoples of such countries and areas in meeting their needs for trained manpower.”

Kami, ketika di asrama dulu pernah gak menerima kehadhiran mamat peace corps ni.  Mat salleh ni diberikan salah satu bilik di asrama. Malam2 dia ajar tiusyen tapi bukan dikelas kami. Kami tak lah berape mesra nak layan volunteer peace corps  kerana dia pada pemerhatian kami selalu saja di kelilingi oleh budak2 member buku sains. 

Balik pada cerita pasal PM ni tadi, seronok gak jadi PM ni ye.  Ape yang kita lakukan atau tidak lakukan akan pasti memberi impak kepada rakyat dan negara.

Lalu aku  teringat akan keje aku sendiri di kilang….aku suruh suruh …tak nak gak dia buat …melawan lak lagi…

‘  ko nak aku tunjuk kuasa aku ke ape ke..”

Kalau lah kawan aku dulu tu berjaya jadi PM sure aku cari dia semula… hehe..pastu aku buat2 ungkitkan semula cerita lama…

” ko tak ingat ke time kita kena tangkap hisap rokok dulu tu…”

.

Nota kaki..

Selamat malam ye kak….ni nak pi jumpa first lady of the house ni…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “perdana menteri..

  • Den CDO

    Tanpo Bro dalam maso PRU tigobole ini Den nak masuk bertanding kerusi parlimen kat negori Den…doa-doakan Den monang, manola tahu lopeh muhidin nanti den lak jadi PM…Bro u n boleh tompang sonang …Den tak luo kawan..hahahahahaaaaa..

    Like

  • cinta

    saya masa kecik2 dulu, ada gak terfikir nak jadi perdana menteri … itu masa sekolah rendah lah …

    laa ni, terfikir gak .. kalau den cdo jadi PM, agak2nya ada tak peluang saya jadi 1st lady?

    kalau takde peluang, saya pun akan masuk bertanding lawan den cdo …

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: