ikan yg terlepas…

.

Masa dan keadaan tidak mengizinkan, lalu sudah agak setahun lebih wa tidak  menyertai para sahabat wa ke laut untuk aktiviti memancing. Sabtu lepas peluang itu muncul semula.

Berdasarkan kail yang terlucut ketika di tarik, berikut ada lah jenis jenis ikan yang terlepas dari tangkapan kami.

Ikan pari 18kg…… terlepas kerana kami guna mata kail terlalu kecil. Mata kail patah.

Dah plan…ikan ini akan di masak Asam Pedas Melaka.

ikan jenahak 9kg….. terlepas kerana tali pancing  terlalu halus. Tali putus.

Dah plan…ikan ni nak masak kari. Kepala dia simpan hari lain pulak… hari sabtu.

ikan kerapu 12kg……terlepas kerana mishandling. Dah pegang tapi terlepas. Ahli junior yang baru pertama kali ke laut terpegang pulak duri nye. Alahaii..

Dah plan dah…ikan ni nak masak Sweet n Sour.

ikan kurau 6 kg….terlepas kerana ikan ini tidak berada di spot kami lontar pancing . Kalau tidak… pasti dia tak boleh lepas punye…

Dah plan…ikan ni nak potong lapan atau sepuluh kemudian goreng begitu je… taruk kunyit tu tebal sikit la… (semua gambar di atas – ehsan google)

” Betul wa cakap lu…wa tak tipu.”

.

Berikut pula ada la ikan yang TIDAK  berjaya melepaskan diri dari tangkapan kami.

Ikan buntal 0.35kg….ikan yg chef jepun je berani masak bagi orang makan. Orang tempatan kalau makan….silap silap …meninggal.

Ikan gelama 0.20kg. …..ikan penyelamat maruah…

” ada dapat ikan ke ko pi  mancing? 


 ” ade…mana boleh takde ”

Kalau terlampau banyak bawak balik… orang rumah pasti bising pasal serik nak kena siang sisik nye.

Ikan duri 0.30kg. …ikan ni ada orang suka , ada orang tak suka.

Ikan tiga gigi 0.40kg… nama ikan ni budak cina yg bagi  sempena gigi ikan ni ada tiga gigi macam dracula.. rasa nye spesis gelama.

Wa tak tau la.. ikan ape dia ni dapat…. wa pun tak berapa sure ..ape yang sedang dia cuba buat tu.

.

Hardcore anglers cakap…

 ” work is for people who do not how to fish ”

Fishing is for people who do not know how to work.. kot? Sebenarnya..

.

Advertisements

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

7 responses to “ikan yg terlepas…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: