ikrar kami…

izinkan sekali lagi aku petik berita  berkenaan masaalah yang melanda negara kita….

Kesan trend kahwin lewat

Oleh Syukri Shaari
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Mei – Trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi bukan sahaja membawa implikasi negatif kepada institusi kekeluargaan malah turut merencatkan pembangunan negara.

Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, trend negatif itu akan menyebabkan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara semakin lembap.

“Sekiranya trend ini berterusan, saya khuatir kadar kelahiran bayi di negara ini akan semakin menyusut dan kita tidak dapat menambah jumlah penduduk yang merupakan aset paling berharga.

“Negara kita tidak akan berkembang dengan jumlah penduduk sedia ada sekitar 26 juta orang sahaja. Kita perlu jumlah penduduk yang lebih ramai untuk membantu membangunkan negara.

“Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa akan datang kerana kita bakal kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa membawa masuk tenaga dari luar yang saya lihat merupakan satu pembaziran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

.

.

Dengan ini kami berikrar….

”  jika pihak kerajaan sanggup mendapatkan kelulusan dari isteri kami masing2. Maka dengan ini kami bersedia bermati matian membantu kerajaan dalam menyelesaikan masaalah kekurangan penduduk negara kita pada bila bila masa sahaja. ”

so bila….bila nak dapatkan kelulusan . Jangan tunggu lama2. Menteri berkenaan ..cer jawab…cer jawab.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

7 responses to “ikrar kami…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: