cuti sekolah..

hari ini cuti sekolah bermula.

jalan raya nampak tenang.  pagi ini di simpang2 di mana biasa nye perlu ada kawalan juga lancar tanpa kehadiran polis.  cuaca kat atas langit juga cerah kebiruan.  awan2 kecil yg bukan jenis kumulus berada tinggi di langit. mood pun ok walaupun gaji hanye akan keluar pada 32hb.

sempena cuti sekolah ni aku ada sedikit pesanan kepada para ibu bapa. pesanan ni pun semua orang dah tau dan berulang kali. tapi takpe la aku hanye luahkan perasaan social obligation aku pada negara tercinta…

  • kalau memandu jarak jauh jaga jangan mengantuk. ini punca banyak keta terbabas atas divider dan sebagai nye. mengantuk ni dia muncul perlahan.. man man je. yang sampai  tahap tinggi tu bila  kelopak mata kita mula berkelip perlahan saja.. slow motion.  dia kelip tutup pastu bukak balik.  pastu dia kelip tutup lagi. pada masa ni kita masih sedar lagi  ..pastu terkelip bukak balik. kemudian  dia kelip tutup ada sikit terlama nak bukak balik….hahh!!.. yg ni ..yang kena jaga betul2. baru tadi aku baca berita kemalangan tragik di melaka.

 

  • kalau pi mandi sungai..kena cemburu gak kat cuaca tu. kadang sebelah gunung sana kita tak nampak. mula air tu cetek je. banyak gak dah jadi kes tetiba air turun melimpah. satu lagi ..walaupun air tu cetek bawah pada lutut jangan take for granted. anak2 yg kecik2 ni kena di awasi tak boleh lepa. air tahap buku lali pun mereka boleh lemas. jaga tu.

 

  • kalau berkelah tepi pantai mandi laut.  juga tak boleh leka, kita kena sentiasa peratikan pergerakan anak2.  sebab mula2 dia mandi paras pusat. sat kang dia pi paras dada pula.  kadang tu kita nak jerit2 payah. bawak wisel gantungkan kat leher.  dia mula berkuak makin jauh je..tu tiup wisel tu suh kedepan balik. tau lah ombak ni kan mana kita tau karektor nye. tu la dia.

 

minggu lepas aku terbaca pasal hero filem tamil rajinikanth terbang ke singapura untuk mendapatkan rawatan lanjut. ada sorang kawan aku tu dia lebih minat filem tamil dari hindi. aku terkejut tengok hero  sivaji the boss ni ..lain betul dah muka dia.

dulu

sekarang

khabar nye si hero ni tengah dalam pembikinan filem baru ” rana ”.   masa filem sivaji the boss  dulu… expatriate  india kat kilang aku ni kata dia tengok filem tu lapan kali. kata nye  lagi..

” this is the best film i have ever seen ”

kemudian dalam akbar the star hari ini kebetulan ada jugak berita trajik dari india…

Woman gets life sentence for killing hubby

 A WOMAN was sentenced to life imprisonment by a New Delhi court for battering her 35-year-old husband to death and slicing off his genitals.

The man, who lived in a village in Uttar Pradesh’s Jhanshi district, was murdered at his house some time last year, Malaysia Nanban reported.

His body was found wrapped in a plastic mat. His genitals had been cut off with a sickle and there was no sign of his wife Guddi Manku.

She was later arrested by police at her village in Datia district in Madhya Pradesh, where she had fled after committing the crime. The police also recovered a knife and the sickle, besides her blood-stained clothes.

The court, however, spared the woman the death sentence, saying that it was not a planned murder and she was not involved in any previous crime.

During the trial, the court was unable to ascertain the woman’s motive for killing her husband.

berita tu memetik  semasa perbicaraan, pihak makhamah tidak dapat memastikan motif sebenar kenapa wanita itu membunuh suami nye. tapi dari tindakan wanita itu yg mengerat2 brutal anu laki dia tu … semacam kita boleh andaikan  atau narow down ke satu rumusan lebih kurang mungkin…

” mesti dia kena tangkap menggatal ni ”..

….so berhati2 la di jalan raya …. pandu cermat jiwa selamat…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

9 responses to “cuti sekolah..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: