aku suka la mesyuarat …

PM kita siang tadi berada di singapura. Di sana dia menghadiri mesyuarat keselamatan serantau. Turut hadir dua kuasa besar china dan amerika.

PM kita dalam ucaptama nye berkata negara2 asia tidak perlu memilih di antara amerika atau china tapi sebaik2 nye bekerjasama dengan kedua negara tersebut.

China kawan, Amerika pun kawan ..’‘ weiii… this is  not about taking sides arr..”.  PM kita cakap lagi kita perlu ubah dari hubungan dua hala semasa perang dingin dulu kepada hubungan pelbagai hala yang boleh menyelesai masaalah dimasa hadapan.

Mendengar ini amerika diwakili defense secretary robert gates…senyum. China yg di wakili rakan sejawat Gen. Liang Guanglie pun …senyum jugak.  Ini cakap2 nada negara kecil. Kalau dia berpihak di sana ..ada payah nye disini …kalau di pihak  sini …nanti yang disana cakap oooo…ko jaga ko ye..! ” 

Dulu kuasa ketenteraan paling power dalam dunia adalah NATO dan warsaw pact. Sejak kejatuhan banyak negara komunis di terajui oleh kesatuan soviet..kemudian nye warsaw pact terbubar.  Masa zaman gemilang kedua2 kuasa ni mereka pun tidak lah cuba cari pasal antara satu dengan yg lain. Kini negara2 dalam NATO main pondok2  lepas tu suka2 pi hentam libya…sapa nak larang lagi.

China pulak masa tu dia dok diam jer takde nak sign ape2 pact. Tapi negara asia yg bukan pro demokrasi akan memandang nye sebagai taiko. Dia pun suka jugak gelaran tu. Tapi dia malas nak sibuk hal hal yg jauh seberang benua macam dah hobi amerika.

Kalau Amerika pi dekat acah2 kat negara2 sempadan nye..dia berdehem lah..

” ehhhemm ..”.

Makna nye dehem tu…

” aku dok terjegat kat sini ko tak nampak ke . ko ingat aku ni tunggul  kayu ke..?”

Amerika undur balik.  Itu pasal dulu bila korea utara walaupun dah mengaku …

ye .. ye.. kami bangunkan kuasa nuclear !..ko nak serang …serang lah!.”

Sampai la ni amerika senyap. Kemudian dia pi menyakat  Iran pulak walau pun ahmeddinijad cakap  …

” eh..ehh kami nuclear ni bukan buat senjata kami bangunkan untuk jana tenaga untuk pembangunan ”

Amerika mana nak percaya ..pasal ada yahudi dekat2 Iran tu masih rasa macam  tak selamat. Ada saja benda di apikan nye.

Pada am nye mesyuarat itu tertumpu pada perkara yang di persetujui dan perkara2 yang tidak di persetujui.

Perkara macam menghapus lanun di kawasan serantau kira senang lah….setujuu.

Perkara macam Amerika jual dan lengkapkan sistem pertahanan Taiwan mana China setuju. Ini tidak adil….

Ini lah tadi aku cakap macam lebih kurang makna nye begini…

” amerika ko ni macam sengaja nak cari pasal ngan aku ye “

Amerika ni kadang atau memang selalu dia tak tau cara diplomasi asia dia sengaja provoke…

” ehh..ehh..taiwan yg nak beli kami jual lah…apa pasal tak boleh….bisness maaa..? ”

Haa..bila kes2 macam ni …isu ni akan di carry forward. Lepas tu masing2  jabat tangan. Kedua dua wakil tak berani nak decide…kang balik kang …” nak mampos kena taji dek bos ”.

Main Image

ecewahhh  …salam lagi….

Bulan depan… ke ….tahun depan kita meeting lagi ye. Seronok pulak  lah meeting ni. Ada kopi , karipap, kueh kasui…..sedap sedap.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

3 responses to “aku suka la mesyuarat …

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: