jangan gaduh laa..

China dengan Vietnam almost dah nak begaduh kat laut tu…

Seminggu lebih selepas China menghadiri forum keselamatan serantau dan  belum pun kering air liur PM najib berucap tama , malah kueh kasui kat celah gigi Gen. Liang Guanglie pun masih ada lagi.

Mula mula navy China tangkap nelayan Vietnam.

Kata nye Vietnam  menceroboh kawasan. Mana tak ceroboh China suka suka claim kawasan perairan kemain luas..suka suka dia. Tu tengok peta, kawasan  line merah tu dia claim dia punye.

Ini tidak adil.VIETCHINA

Bukan Vietnam je cakap macam tu. Negara Brunei yg luas besor serepih karipap pun kata dia pun ada hak jugak.

Lalu Vietnam cakap minggu lepas nelayan China masuk perairan Vietnam di iringi dua bot peronda China. Lepas tu bot2 China tu di katakan memutuskan kabel bot explorasi milik syarikat galiminyak Vietnam.

Maka berlaku lah perang …perang mulut.  Bersembur air liur rakyat dua negara.

Kemuncak pada perang mulut yang masih berlansung Vietnam arahkan pulak angkatan laut dia buat latihan dan pakai peluru hidup. Hmmm..lagi cepat darah China naik..

Lalu semalam China pulak buat latihan.  Navy China bawak kapal perang  pi speeding antara pulau2 di negara Jepun dan lautan pasifik. Negara Jepun pulak dah kecuh. Menteri pertahan Jepun cakap…” weii..ini hal merempit di kepulauan kami ni..perlu di beri perhatian..”.

Robert Gates bukan tak tau ..pergerakan kapal2 perang china semua ni..dia tau. Tapi dia pun dekat nak pencen dah..dia malas lah nak sakit2 kepala. Idea yg ada dalam kepala dia….kalau meeting lagi sekali pun ok gak, dalam hati dia cakap cam ni…

” sedap la kueh kasui masa hi tea lepas meeting di singapura tempoh hari ”..

 

Map

.

Weii.. jangan la korang begaduh kat laut tu.

Wa ngan kawan wa nanti nak pi mancing ..susah. Ikan dah la susah nak  dapat. Pulak tu nak kena ngelak torpedo sesat korang lagi…jangan gaduh laa… ye…

plizzzz.

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

12 responses to “jangan gaduh laa..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: