siti nurhaliza, tapir dan abang….

Dato Siti Nurhaliza menyertai askar wataniah.

Berpakaian seragam celorong celoreng, Dato Siti yang sememang sudah sedia cantik di lengkapi dengan beret dan kelihatan nye saperti askar wataniah ni, adalah sesuatu yang happening.

Dulu ketika aku kecik2, se ingat aku ada lah di antara dua minggu  atau pun sebulan sekali anggota tentera akan datang. Di padang sekolah, mereka melatih para sukarela dari kampung2 sekitar berkawad dan cara2 menembak.

Askar wataniah ketika  itu tidak pula berpakaian seragam celorong celoreng tapi berwarna hijau plain dan topi yang mereka pakai pula  berbentuk macam yang wak sugirto pakai tu ketika nak menebas di kebun, di pusing  lah  macamana pun …tak leh gak nak hensem!

Aku juga berkesempatan melihat askar2 wataniah ni menerima elaun. Meja bilik darjah di bawa keluar dan di letakan di padang. Seketika kemudian diatas meja terletak beberapa dokumen dan juga peti kecil berisi duit.

Di perhimpunan itu pegawai tentera akan meneriak satu persatu nama mereka. Apabila nama diteriak mereka akan menyahut ” Tuan! ” lalu akan berjalan kawad kearah meja. Kemudian aku nampak ketika menerima duit itu mereka melapiskan dua tapak tangan dan terus menggenggam. Aku observed segala protokol nye dengan penuh kekaguman ketika itu.

Tidak di ketahui samada siti juga perlu menjalani latihan kawad  dan sebagainye. Rasa nye sebagai seorang sukarela askar pasti lah walaupun sedikit, dia juga perlu melalui latihan dan penerangan ketenteraan.

Lalu,  aku seakan berharap  supaya den cdo yg akan di lantik untuk menjadi jurulatih pada sekumpulan anggota yang elit ini supaya mudah aku nak tawarkan diri sebagai pembantu jurulatih.

Aku tidak pernah melihat siti nurhaliza secara live. Dalam hidup aku dia hanya ujud secara maya , dalam tv, surat khabar , majallah2, radio dan sebagai nye. Selepas kahwin dengan Dato’ K,  baru dia cakap ” umpan ” untuk memikat nye hanye lah ..strawberry yang di saluti coklat….kalau lah aku tau dari awal lagi..ngeeeee..

Selamat Maju Jaya buat siti nurhaliza.

Kemudian selain itu,  hari ini kita dipaparkan berita bahawa se ekor tapir atau tenuk di jumpai terjatuh dalam longkang di kawasan perumahan di kuantan.

Pengarah Perhilitan negeri Khairiah Mohd Shariff memuji sikap penduduk yang prihatin kerana dengan segera telah menghubungi pihak Perhilitan.

Di katakan juga bahawa tapir jantan seberat 350kg itu berumur lebih kurang 15 tahun. Tapir mempunyai life span lebih kurang 30 tahun. Kemungkinan tapir ni tengah mengelami mid life crisis ..tuu yang tersesat sampai termasuk dalam kawasan perumahan.
Bagaimanapun ingin saya nasihatkan abang2 kita bahawa sebaik2 nye biar lah pihak perhilitan yang mengambil kredit dalam usha menyelamatkan tapir ni. Di takuti kalau kita berlebih2 rebutkan nama tu, nanti nama kita pulak dikenali dengan tambahan nama tapir atau tenuk apabila di rujuk pada diri kita.

Jangan memain perkara ni bang ye..apabila nama abang ada tambahan lagi dengan nama tenuk atau tapir tu nanti ia akan mengurangkan tahap machoness abang. Kang lari pulak gefren abang nanti…ekeke..

Lalu haiwan malang itu berjaya di selamatkan. Ironi nye ia diselamatkan bukan dengan penggunaan tali tetapi setelah di ” umpan ” kan dengan pucuk dan daun2 senduduk.

Serangkap pantun sejak dari dulu kala lagi…

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga.

.

.

dan

kita rasakan getaran yang pernah dilalui oleh siti satu ketika dulu

klik

.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

11 responses to “siti nurhaliza, tapir dan abang….

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: