mee kari..

Ada satu hari pada  minggu lepas time makan. Sekor kawan pun aku tak nampak nak ajak makan bersama. Lalu aku kuar makan sorang2. Nak makan nasi ayam…semalam dah sudah.

Nak makan di kedai tiga dara ..dah lambat pulak. Lagi pun kat kedai tiga dara kalau mai sorang2…tak meriah.

So aku pi gerai mee depan masjid. Aku order mee kari. Dalam mee kari selain kerang ada dua ekor udang sederhana besar. Aku sulam mee kari ngan air sirap. Sebelum mee kari tu tamat aku order pulak teh tarik. Teh tarik ni purpose dia untuk aku bersantai sambil pekena rokok sebatang dua. Baru kita boleh panggil ” a complete lunch for the rascals “.

Mee kari tu memang sedap. Mem aku kalau dia buat pun almost sama gak macam yang aku bayar RM 2.80 semangkuk ni. Betul…aku tak tipu, ..ada kengkawan yg dah rasa.

Mee kari ni pekat pun tidak cair pun tidak…alaa..nyonya style…

gambar ni yang mem wa buat haa..bukan kat kedai punye..

.

              RESIPI..

             1kg udang..

(mem wa… pakai yg size besar..wooo)

kopek kulit dan kepala udang dan rebus dengan air secukup nya

isi udang simpan untuk masuk dalam kuah

2 sudu besar udang kering

sedikit belacan

3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 bungkus rempah kari ikan babas
1 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan
8 biji buah keras
3 batang serai
4 biji cili merah
2 sudu cili kering mesin

SEMUA BAHAN BAHAN DI ATAS HENDAK LAH DI KISAR

sedikit air asam jawa

3 kotak santan kara

( ‘ kara ‘ tu jangan tanye..wa tak tau..)

1 paket tauhu kering..di belah dua

2 bungkus fish ball

CARA CARA NYA —- jeng jeng jeng ..

PANAS KAN MINYAK DALAM PERIUK DAN TUMIS KAN BAHAN KISAR HINGGA WANGI..MASUK KAN REMPAH KARI DAN MASUK KAN AIR ASAM JAWA…KACAU HINGGA REMPAH MASAK DAN TERBIT MINYAK.

MASUK STOK UDANG TADI HINGGA SECUKUP NYA..KALAU KURANG TAMBAH AIR..

BIAR KAN HINGGA MENDIDIH. MASUK KAN SANTAN , TAUHU KERING DAN FISH BALL.

MASUK KAN SEKALI SEIKAT DAUN KESUM ( TAK PAYAH ASING KAN BATANG NYA ) DAN BUNGA KANTAN YANG TELAH DI HIRIS

BILA MENDIDIH MASUK KAN ISI UDANG TADI. KUAH NYA MESTI PEKAT JANGAN CAIR TAU…

MASUK KAN GARAM GULA SESEDAP RASA ..KALAU NAK TAMBAH SERBUK PERASA PUN SUKA HATI LU LAA

BILA DAH MASAK, KELUAR KAN DAUN KESOM TU…

BOLEH LAH DI HIDANG KAN BERSAMA

MEE KUNING—3 ATAU 4 BUNGKUS

TAUGE—CELUR

SAWI—CELUR

CILI MERAH HIRIS

BAWANG GORENG

TELUR REBUS

TAUHU GORENG DI POTONG MEMANJANG
.

.
HIDANGAN INI UNTUK 10 ORANG….

TERMASUK  WA..jangan buat2 lupa tu.

.

.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “mee kari..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: