paris air show…

kak,

Semasa Paris Air Show berlangsung baru2 ini saya tak dapat pergi pasal ada anak sepupu kahwin. Rasa nye akak pun tak pergi jugak..kan , pasal dah janji ngan kawan nak pergi Nilai-3.

Di akhir event kat Paris tu, pembuat kapal terbang dari Eropah Airbus mendapat order 730 kapal terbang bernilai $72.2bn meninggalkan penbuat kapal terbang dari Amerika Boeng jauh terduduk diatas landasan dengan hanye menerima order sebanyak 142 unit kapal terbang bernilai $22.1bn

Model Airbus yg macam goreng pisang panas ia lah A320neo ini termasuk lah sejumlah 200 buah yang di tempah oleh AirAsia kita…ecewahh..kita!

A320neo di katakan boleh menjimatkan minyak sehingga 15%. Tu yang banyak syarikat penerbangam budget berebut buat tempahan tu.

Kemudian kita juga mendapat berita bahawa syarikat penerbangan belanda KLM akan menggunakan minyak masak kitar semula sebagai minyak biodiesel untuk  penerbangan nye antara Amsterdam dan Paris bertujuan mengurangkan pengeluaran karbon.

Kesatuan Eropah telah memberi notis awal tahun 2011 ..kalau nak terbang juga dalam benua eropah pada 2012 mereka kena lah mematuhi tahap pencemaran baru ia itu mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 3%.

Keatuan Eropah ni kak..  mereka ni strict giler ..penuh dengan peraturan. So ni apa makna nye pada kita ..ehh pada Air Asia. Pastilah  kalau tak comply dengan Standard Aviation benua Eropah ni maka bandaraya2 di sana tidak akan boleh menjadi destinasi AirAsia. So ..macam mana kita nak pi Paris dengan harga tiket RM23 ni!

Kawan Tony Fernendes si empunye Virgin Atlantic Airways pun dah pernah buat demonstrasi pakai biodiesel ni.

kak,

Biodiesel yang di maksud kan tu memang dari minyak yang akak buat menggoreng ikan gelama masin tu. Betul kak…saya tak tipu..itu lah yg mereka katakan.

Tapi takde la dia kumpul2 kan kemudian terus curah dalam tangki minyak kapal terbang tu…kak. Mampos laa sape berani nak naik… kalau serepeh kepala ikan masin masih ada ..nanti tersumbat pulak kat  karburetor kapal terbang tu.

Semua minyak2 tu mereka kumpulkan semula pastu mereka bagi  ‘ treatment ‘ balik dia punya properties sampai level biodiesel tahap fit untuk enjin penerbangan.

Alahai kak,…macam mat pet jual besi dulu tu laa. Segala besi , railings2 , besi2 tutup longkang semua mereka tibai pergi jual . Masa kini bukan mat pet je menjual ..dah jadi industri kecil dan sederhana pun..hehe.

So, ..samada akak nak start kumpulkan minyak2 lebihan masakan akak  tu, terpulang lah.

Tapi hari ini saya nak ajar akak satu perkara baru. Akak ..pernah bawak kapal terbang? …hehe tak pernah kan..?

Bawak kapal terbang ni senang je kak,..alahai.. macam akak bawak kereta waja otomatik akak  tu jugak. Tapi stereng kapal terbang dia tak bulat macam stereng kereta. Stereng kapal terbang ….dia macam handle motosikal …tau kak. Tapi dia menegak sedikit.

Kapal terbang ni, kak….dia tak pakai kunci. Pasal nanti sure ada  pilot yang kaki pelupa sekor tu akan terlupa bawak kunci. Lepas tu nanti satu kapal tak boleh berlepas.

So apabila akak duk je kat tempat drebar tu ..of course la …tali pinggang keledar jangan lupa pakai. Lepas tu ..akak tekan je la butang ignition kat dashboard tu…warna nya merah ye kak..

Ni.. saya assume akak seorang right hand drive ye….Immediately akak tekan je butang ignition tadi tu.. enjin pun hidup …vroomm..vrooomm

Lepas tu akak release handbreak.  Handbreak ada kat celah kerusi tu dan kemudian akak masuk pula gear. Kemudian ada  lever kat sebelah kiri akak tu …lever tu menggantikan  pedal minyak yg akak selalu tekan masa bawak kereta. So , … akak tarik la lever tu pelan pelan dulu. Kalau akak nak laju akak tarik pedal tu lagi ke belakang.

Masa dah cukup laju tu ..dan kemudian agak agak akak dah nak  nak take-off tu akak tarik handle yg macam handle motosikal tadi tu pelan2 ke belakang. Kapal terbang akak pun mendongak arah langit. Bila akak agak2 dah cukup ketinggian nye akak tolak balik stereng tu ke depan balik pelan pelan. Masa ni kapal terbang akak dah stabil. Penumpang dah boleh bukak tali pinggang keledar..hehe.

Haa.. masa ni lah akak boleh eksen sikit.. ambil microphone… dan akak cakap lah..

‘ thank you for flying with us..this is your captain speaking…and this plane is piloted by me …a female who has been into this cockpit for the first time.. today!….we are 2000 feet above sea level…and about to approach..bla..bla….

Senang kan…. tapi satu je la kak….

Nak landing kan kapal terbang ni …saya tak perasan pulak macam mana dorang buat hari tu. Tapi tak pe la…kalau akak ada problem nanti ..akak radio saja la…

” mayday…mayday..”

Akak cakap je ape problem akak ..nanti ada lah dia orang radio balik ..macam mana cara nye nak landing kan kapatebang yang akak bawak tu.

Selamat mencuba.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

7 responses to “paris air show…

  • idayualias

    Cehhhh…. taim landing kena call menara kawalan lakk… nie laa yang dinamakan ajaraan sesat rascal…

    Like

  • RHS17

    Salm dearest OR…
    🙂 Wakakaka….Damn!! maw keco0t pew0t 0wng yg naek kapal terbng tuh!!! pil0t x taw mcner nk landing!!! Kah3…haru…neway Airbus skg neh mmg ngah laku giler..0rder bnyk..hmmmmm i w0nder th0se aviati0ns pe0ple kt T0ulose France musti dpt b0nus kn? 0der bnyk ..masyukkkkk…nk ng0rat laa 0wng aviati0ns Airbus nih..hehehe…untung2 dpt adiah Lancer sbijik..
    j0m 0l’chap..mner nk taw leh dpt airbus sbijik leh akak test blaj0r nk fly..hikhikhik…

    Like

    • theolrascal

      wassallam RHS17…ehh kak,

      kalau akak berjaya ngorat all the mat2 french from the aviations industries..
      i’m sure you will end up ”living happily flying ever after ”

      good luck, kak

      Like

  • cinta605

    aikk!! macam senang aje bawak kapalterbang … mayday mayday … olrascal, blh pinjam kapalterbang tak? airbus mana yg nak terbang esok? boleh kita tolong terbangkan … kalau nak landing nanti, calling2 aje lah airport tower tu … alaaaa, mcm citer movie tu lah, stewardess blonde yg tak pernah bawa kapalterbang pun blh landingkan boeing 777 lagi … tak kan kita tak boleh, kan kan ….

    Like

    • theolrascal

      hi kak,

      akak ni macam biskut haa…

      kalau ikut prestasi akak,
      saya pinjamkan akak airbus 380..biggest in the fleet..nak?

      tapi ..hari yg akak nak flying tu ..saya tak dapat join haaa…
      ada kawan kahwinkan anak pulak..

      happy flying kak……

      Like

      • cinta605

        wahh best dpt fly airbus 380 … ramai lah nanti pengikut saya, yg sama2 sehidup semati …

        laaa olrascal, kan kita dah janji hari tu, kena cari hari yg kita berdua available, kan .. kan …

        Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: