jom join aku …nak?

Hari ini jumaat 8 hb julai 2011.

Di daerah di mana aku masih lagi menghembuskan nafas hujan turun sejak pagi dan mencurah2 ketika umat islam menunaikan fardu jumaat. Aku jangka suhu mungkin telah menurun hingga di sekitar 28 deg. selsius dengan tahap kelembapan di sekitar 80%. Di harap ini dapat menyejukan ramai manusia di lembah klang secara fizikal juga mental.

Aku tidak pasti bagaimana kah penyudah nye pada kemuncak isu perarakan bersih 2.0 esok tapi ketika pulang dari kerja petang tadi lebuhraya kesas menghala ke kuala lumpur sudah pun ada sekatan polis dan jalan begitu sesak sekali ketika masuk waktu magrib. Aku terbayangkan di antara ramai yang terperangkap itu pasti lah ada di antara mereka yang betul2 dalam kecemasan untuk sampai ke destinasi.

Begitu lah impak dan kesan nye dari keperluan politik. Bidang politik tidak sama dengan bidang2 yang lain. Kita boleh mengatakan yang kita tidak minat pada bidang lain saperti sukan, hiburan dan sebagainye. Lalu benar2 kita tidak mengambil peduli akan kedua2 bidang tadi. Maka kehidupan kita diteruskan, siapa peduli ape yang kita suka atau kita tidak suka hatta sahabat harian kita sekalipun.

Tetapi bidang politik ada lah berbeza. Politik mempunyai lebih kecondongan untuk memisahkan daripada menyatupadukan kita hatta pada sahabat seharian kita sekalipun. Ahli2 politik berlumba2  mengatakan mereka bukan rasis. Walhal politik itu semua nye mengenai perkauman dan semua ahli politik itu sebenar nye rasis. Aku rasis , kau pun rasis. Dalam politik  amalan matlamat menghalalkan cara mengatasi segala. Kadang tu rasa nye telus lagi kalau kita dalam permainan poker. Kita buat mimik muka yang kita dalam keadaan pasti akan menang walau pun daun terup kita langsung tidak bernilai...poker face lah. Sekurang2 nye  pada penghujung permainan tu kita akan menatapkan daun yang sebenar di tangan kita.

Weiii,

Rupe nye panjang juga lalutan aku ni..ekeke, ..wal hal mula tadi aku nak cakap pasal benda lain. Sambil2  baca news di internet ni.. aku sebenar nye sedang mengikuti satu perkembangan dalam dunia social media . Di beritakan akan ujud satu laman sosial yang mampu memberi saingan hebat malah akan menjadi killer kepada facebook yang sudah mempunyai pengguna  mencecah 750 juta orang .

Laman sosial itu di bangunkan oleh google. Laman sosial yang di beri nama google plus kini masih dalam ujian. Setakat ini mempunyai respons yang manakjubkan dari pengguna yang di daftar kan atas tiket ‘ jemputan’. Dan setakat ini jemputan itu di keluarkan kepada pakar2 profesional multimedia dan sebagai nye.

Google Plus ini ada beberapa segmen antara nye ‘circles‘ di mana kita boleh create circle mengikut jaringan kepentingan kita. Contoh..circle keris. circle ahli gunung, circle mancing ikan. Walaupun dalam facebook  pengguna boleh juga create group tersendiri tetapi dikatakan circles mempunyai ciri2 nye  tersendiri.

Selain itu ia juga mempunyai segmen hangout dan spark diantara yang biasa saperti photo uploading.

Tidak beberapa lama lagi ia akan di lancar kepada umum dan kita lihat sama ada betul dia jadi killer atau killed oleh facebook.

Agak agak nye nanti, mahu ke korang join the ol’ rascal dalam jaringan ~ cyberspace flirting dalam google plus kepunyaan nye..ekekeke..wa cakap luuu…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

5 responses to “jom join aku …nak?

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: