malaysia meriah…

Maka 9 julai 2011 berlalu sudah. Bergantung kepada di sebelah mana pagar kita berdiri pasti masing2 mempunyai persepsi tersendiri.

Dan dalam persepsi kita tu kita biasa nye berkeyakinan yang kita di pihak yang benar. Lalu kita luahkan pendapat  kita itu dengan kawan2 seharian selain jaringan kita yang berbagai2 di cyberspace dan pada penghujung nye kita akan berasa sedikit tekejut kerana mereka tidak sependapat dengan kita dan begitu juga mereka..hehe.

Kita tekejut kerana pendapat  yang kita  rasa amat yakin akan kebenaran nye  jelas dan nyata masih ada pendapat yang bertentangan. Lalu seringkali ini akan mengusik rasa dan boleh merenggangkan persahabatan dan jaringan yang telah kita jalinkan buat sekian waktu. Kita berkemampuan membina persahabatan dengan begitu mudah kerana kita semua ada lah individu2 yang amat civilised dan friendly tetapi semudah itu jugak lah ia akan renggang bila masuk bab politik…alahaii..

Lalu kita katakan..ehh itu kan pendapat dia …masing boleh ada pendapat sendiri, ape nak gaduh2..kan demokrasi..

Kadang tu aku rasa dalam politik ni kita macam..” choosing between two evils ”..la pulak.

Mana satu antara dua setan yang lebih baik. kah kah kah..

Lalu atas hakikat ini lah ramai yang memilih untuk mendiamkan diri. Mereka ini lah yang kita panggil the silent majority. Dan the silent majority ini lah yang telah meletakan bentuk kerajaan kita hari ini. Mereka dengar , mereka memerhati lalu tanpa banyak kebisingan mereka  terjemahkan dalam bentuk undian semasa  pilihanraya.

Lalu  saperti yang kita dah tahu amalan ” the end justify the means ” dalam berpolitik itu menpengaruhi pertimbangan kita. Banyak perkara yang kita tidak pasti tapi kita biarkan saja dan kita bertindak pulak atas perkara yang belum tentu. Paling extreme apabila keputusan makhamah juga sebahagian kita tidak dapat menerima nye. Apa tah lagi keputusan dan proses pilihanraya.

Adakah proses pilihanraya kita itu tidak adil ?..ekekeke..ini lah soalan nye..ini soalan cepumas. Soalan ini juga berada di dalam minda2 mereka yg di dalam kategori silent majority.

Aku tak pasti pendapat orang lain. Tapi kalau ada pilihan aku suka lagi kalau ada ” live debate ” di tv saperti mana satu ketika dulu ada dua kali di adakan debat secara live antara ketua pembangkang dan seorang menteri dari kerajaan.

Lalu kalau dalam debat ini pengerusi SPR perlu menjawab soalan dan tuduhan mengenai segala keraguan kita itu. Kita sedia kopi ‘o’ muar dan ubi rebus dan dengan keselesaan kita dari atas sofa di rumah kita dengar dan perhatikan ape jawapan dia. Pastu sampai time nye..kita pangkah yang kita suka diatas kertas tu. Weiii…ada jugak tu cakap bedegar tapi tak berdaftar sebagai pengundi….kata nye malas nak layan…

Tapi ape pun kita patut beri penghargaan kat pasukan polis. Kata lah ape pun, di maki di herdik ..pada mereka tugas tetap tugas . PM Najib kata OK buat kat stadium ..,tapi mereka masih kata tidak sah, pasal permit tidak boleh di keluarkan pada pertubuhan yang tidak sah.

PM orang politik ada unsur politik dalam keputusan nye. Tapi polis kena ikut undang2 sedia ada. Jika di keluarkan  juga permit pasti la kemudian hari akan ada orang atau pun pertubuhan politik yang mendakwa polis telah tidak mengikut undang2 sedia ada.

Keselamatan awam adalah jadi tanggung jawab mereka. Agak nye itu lah ada kala mereka kena jadi lurus bendul. Tidak nanti ada pulak sebahagian dari kita yang lain akan menyalahkan mereka. Kita pulak cam biasa, bila borak kat kedai kopi sentiasa betul je laa…ekekeke…

Lalu tamat lah 9hb julai 2011 dan aku petik gambar  mengikut turutan peranan yang telah pasukan polis lakukan dalam  menghadapi salah satu lagi ‘ drama ‘ politik negara kita.

Mereka hadap. Mereka tangkap. Mereka bagi makan. Mereka lepaskan. Mereka ikut undang2.

Meriah sungguh kehidupan kita di Malaysia. Esok keje weiii…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

10 responses to “malaysia meriah…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: