shall we…dear?

Kita beralih  dari isu politik ke arena sukan…meh kita tengok video ni.

Video ini menunjukan bagaimana pasukan bolasepak wanita USA yang bermain dengan hanye 10 orang pemain, menjaringkan gol penting untuk menyamakan kedudukan 2 – 2 dan seterus nye menyingkirkan pasukan Brazil pada sepakan penalti penentuan untuk mara ke separuh akhir dalam FIFA Woman Soccer di Germany.

Perhatikan kualiti hantaran tu walaupun ada 5 pemain Brazil termasuk penjaga gol mengawal nye tapi dek precise dan accurate gile babi hantaran tu maka abby wambach dapat menanduk nye kedalam gawang dengan mudah.

Ini mengingatkan wa akan pasukan Malaysia wa sendiri ketika bermain menentang pasukan Chinese Taipei baru2 ini dalam siri kelayakan Piala Dunia. Apabila seorang pemain wa mendapat kad merah dan di buang padang lalu pasukan wa bermain seolah2  tiang gol  kita tu tetiba je jadi lebih lebar. Lalu seolah setengah mati mereka mempertahankan nye.

Cukup kesian wa tengok masa tu…lucu pun ada. Tapi wa ni weiii…kan seorang yang patriotik. Wa jadi terikut ikut dan tiap kali bola berada jauh dari kawasan penalti Malaysia wa pun turut berasa lega. Secara tak sedar wa jugak berdoa supaya game tu abis cepat ketika Malaysia  masih mendahului dalam mata aggreget.

Pikir2…last last nye wa cakap pada diri wa sendiri dalam hati..

we just can’t go on living like this,.. dear..”

Nanti rakyat Malaysia yang patriotik lagi fanatik berdebar2 dan terkezut2 lalu mendapat heart attack …ekeke..

Apabila kekurangan sorang pemain mereka macam dah kehilangan panduan wal hal kekuatan berpasukan masih kukuh jika tidak pun lebih kuat dari pasukan lawan. Tengok dua jaringan gol kita dari free kick tu. Weiiii…itu world class weii..jangan nafikan. Gol2 saperti itu lansung tidak relevan jika pun kita kehilangan 3 orang pemain. Ada betul ka apa wa cakap ni…..ekekeke..

Pada 23hb ni sekali lagi kita mungkin akan melalui debaran nye. Pasukan kita akan menentang pasukan Singapura. Rata rata mengikut prestasi semasa kita tidak ada masaalah ” nak makan ” Singapura. Kita juara di rantau ini. Jangan pulak  ukur pada perlawanan kita dengan Arsenal tu. Perlawanan persahabatan selalu nye mempunyai banyak objektif selain meraih kemenangan.

Balik pada cerite pasukan Malaysia beraksi 10 orang tadi ..ni wa nak ingat kan pasukan Malaysia. Kalau lu orang hilang sorang  pemain itu.. jangan la gabra. Dalam permainan bukan nye semua 22 orang akan  mengejar loose ball tu serentak pada satu masa . So be cool lah. Korang pretend je la macam korang masih saperti bermain dengan sebelas orang. Takleh ke…?

Weiii…kalau lah wa ada kemampuan wa ingat nak buat experiment begini lah… boleh tak agak2 nye:

  1. Juara FIFA Woman soccer ni wa suruh lawan menentang pasukan kebangsaan lelaki  Malaysia kita termasuk penyerang safee sali sekali dalam team Malaysia tu. Agak2 sapa yg akan menang haa…wa nak tengok.
  2. Untuk selama 3 bulan pasukan Malaysia wa suruh Alex Ferguson yang latih dan untuk selama itu jugak wa akan melatih pasukan Manchester United. Kita lawan. Agak2 lu..sapa yang boleh menang haa..wa nak tengok.

Bang,.. kalau abang pi tengok woman soccer lepas tu berharap harap masa dia celebrate jaringan gol terus berlari bukak baju macam player laki2 biasa buat tu..

..lepas tu berharap pulak sangat2 dia terlupa pakai sport bra tuu. Rentikan la bang…..

kakkkk…betul tak kak?

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “shall we…dear?

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: