sketsa ramadan wa…

Bahagian 1. Munafik.

Berikut ada lah excerpts dari satu blog . Wa copy n paste, kalau tuan nye claim nanti pasti wa akan ngaku dan mintak maaf. Tanye nye lagi adakah ini kisah lawak ?

Suatu hari semasa solat Jumaat yang dihadiri lebih kurang 1,000 jemaah…tiba-tiba masuk 2 lelaki berpakaian hitam yang menutupi seluruh tubuh. Apa pun tak nampak kecuali dua biji mata dan ditangan mereka terdapat mesin-gun. Salah seorang lelaki itu mula bertempik;

“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH terus berdiri di tempat kamu!”

Sementelah mendengar amaran lelaki itu, ramai jemaah telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Daripada jumlah asal 1,000 jemaah, kini hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya dan melihat ke arah Pak Imam lalu berkata;

” Ok Pak Imam!  Saya dah halau SEMUA yang munafik yang hipokrit. Sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat. “

Seterusnya kedua lelaki tersebut kemudiannya melarikan diri meninggalkan para jemaah yang masih terpinga-pinga.

*********

Adakah anda merasa lawak dengan kisah di atas? Fikirkan…

Lawakkah dari 1,000 orang yang mengaku Islam, TETAPI hanya 40 orang sahaja yang betul-betul BERIMAN?

Lawakkah betapa ramai manusia yang mudah lupakan ALLAH demi kepentingan diri dan dunia? Kedua lelaki itu hanya membawa mesin-gun. Tidak pula dikata mahu menembak. Baru kena ugut, terus jemaah lari lintang pukang. Terus lupa yang mereka belum pun solat Jumaat lagi.

Mesej dan persepsi nye pada wa ia lah kita ni kadang terlupa bahawa kita sedang melalui kehidupan yang mudah. Kita tidak di uji sebenarnye sehingga lah kita nampak kematian itu terlalu  jelas menuju kearah  kita. Masa tu mungkin kita terasa amat yang kita sebenar nye masih tidak lagi bersedia mengadap Nye.

Agak2 bila lah yang kita akan rasa betul2 bersedia…

Bahagian 2. Duri dan Api.

Umur wa 17 tahun ketika wa diperkenalkan dan tetiba minat pada dunia kesusasteraan . Sekolah baru wa , ACS , tak ajar subjek kesusasteraan melayu apalagi menyediakan guru mengajar nye. Cikgu tak bagi wa sit exam subjek ni dalam MCE tapi wa berkeras , ..wa nak jugak. So selama 3 bulan tiap hari sabtu wa pi sekolah STAR,  di sana GPMS ada hantar cikgu volunteer.  Ahmad Faiz nama nye. Ahmad Faiz tidak mengajar tapi dia transfer kan ‘roh’ kesusasteraan pada kami.

Wa kenal Usman Awang , wa study sajak nye dan wa hayati peristiwa nye.  Masa wa pi tiusen percuma kat sekolah STAR tu wa tak pernah la nak ngorat2 pelajar perempuan nye. Sebab masa tu wa amat naif..wa ingat sume  mereka tu pasti lah dah ada orang punye. Pada kemuncak nye wa score jugak a strong credit untuk subjek ni.

Berikut ada la sajak Usman Awang yang wa membesar bersama nye..

Duri dan Api

Kawan-kawanku yang dikasihi
semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.

Lagu kita telah mulai terpancar
ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar
di luar udara basah dalam matari bersinar
semua antara kita lagunya seluruh sedar.

Apakah ini derita diri dalam mimpi
atau kenyataan pahit menjepit
pada lena yang membunuh kehidupan manusia
sama-sama kita rangkul menguji diri.

Kawan-kawanku yang dikasihi
di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
di mana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

Oleh: Usman Awang.
(Catatan pertama Pemogokan Utusan Melayu)
1961

Bahagian 3. Ramadan terakhir.

Ketika wa pi kerja pada ramadan kedua hari selasa lepas wa teringat rupa nye ramadan tahun sebelum nye ada la ramadan terakhir buat arwah ketua jabatan kami. Cabaran ramadan kami bukan di perut tapi di mata.

Ketika meraikan syawal, arwah yang jarang buat rumah terbuka beria2 menjemput kami ke rumah nye. Ketika di hubungi ramai diantara kami berada jauh di luar kawasan tapi kedegilan nye mahu juga menunggu kedatangan kami walaupun sehingga jauh malam. Kata nye dia menyediakan kari kambing spesel.

Kami sampai ke rumah nye. Senyum nye hingga ke telinga. Kari kambing nye betul2 sedap.

Ada kah ramadan ini ramadan terakhir buat kita. Allah SWT saja maha mengetahui.

Selamat berpuasa.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

5 responses to “sketsa ramadan wa…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: