help me fly….tony

Tony Fernandes kata dia pernah tinggal beberapa tahun di Uxbridge Road, lalu dia pernah membesar di kawasan barat London itu di mana berdekatan dengan nye juga terletak stadium rasmi bagi pasukan QPR di Loftus Road.

Kata nye lagi semua orang tahu sepanjang hidup nye dia ada lah pengikut setia pasukan West Ham. Sungguh pun begitu di hati nye sentiasa  ada ”soft spot” buat Queens Park Rangers jelas nye lagi di hari dia menguasai kelab tersebut.

So..apakah sebenar nye kesan berita seorang ahli perniagaan Malaysia menguasai kelab yang bermain di dalam liga bolasepak paling terkenal di seluruh dunia kepada kita?.

Aku tetiba jadi sedikit terbelah antara kebanggaan dan pengharapan.

Aku tak pasti sama ada Tony juga mengikuti perkembangan bolasepak tempatan kita. Tapi rasa nye bila berita sebegini sampai kepada kita tidak boleh tidak kita macam terbayangkan akan ini lah peluang  menyaksikan pemain tempatan kita beraksi di EPL.

Boleh ke agak nye.. harapan  kita ini menjadi realiti dengan kuasa yang dimiliki oleh Tony seorang rakyat Malaysia ke atas QPR. Seingat aku satu ketika dulu bekas PM Thailand juga pernah menguasai kelab Manchester City tapi tidak juga kita dapat melihat pemain Thailand tersenarai walaupun hanye di bangku simpanan Manchester.

Apakah ada rules and regulations dan terms and conditions nye dalam EPL yang tidak boleh kita penuhi atau mengusik nye.

Pada am nye kita jugak tau bahawa takeover ini ada lah satu pelaburan jutaan ringgit. Dalam perniagaan demi keuntungan, sentimen ” kita kan.. sekampung ”  bukan la satu faktor utama perlu di ambil kira. Namun tidak kah ada seorang pun pemain terbaik kita yang kepandaian nye mungkin melebihi  salah sorang pemain sedia ada QPR sekarang ini.

Takpe lah senario berita ini pun masih di peringkat awalan. Mengenali Tony yang telah banyak melakukan kerja2 sukar barangkali ini hanye lah salah satu dari yang tidak begitu sukar pada nye…right Tony?

Bagaimanapun  perlu juga kita acknowledged bahawa rakan sekampung kita yang juga chairman kelab bolasepak Cardiff City Football Club, Wales ia itu Dato Tan Chien Ghee telah pun memulakan langkah mendahului.

Kepten pasukan kebangsaan kita Safiq Rahim akan menjalani latihan dan ujian dengan kelab itu sebaik saja pasukan Selangor menamatkan kempen nye dalam liga tempatan kita. Saya sedikit angkuh mengatakan mutu permainan Safiq ada lah lebih layak di liga EPL.

Kita  percaya di hati Tony juga masih banyak lagi ” soft spot ”, dan salah satu nye mungkin untuk melihat pemain tempatan kita also can fly di seantero dunia.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita Malaysia. Berhati2 lah di jalan raya. Biar lah kita sedikit lambat asal kita tiba ke destinasi dengan selamat.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

One response to “help me fly….tony

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: