mercun padi…nak?

Selamat Hari Raya. Kalau kita main mercun padi payah nak masuk hospital. Nak masuk hospital kita kena main mercun lagi besar. Tapi kalau nak semua orang dalam dunia masuk hospital ada mercun lagi besar…ekeke..

Pada hari ulangtahun antarabangsa Pertubuhan Bangsa2 Bersatu menentang ujian nuklear, isnin semalam Ban Ki-moon mengulangi gesaan nye pada negara yang masih belum mengesahkan perjanjian Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty (CTBT) .

Ini ada lah perjanjian untuk tidak mengadakan ujian nuklear demi mencapai muka bumi yang bebas dari ujian dan jugak senjata nuklear kedua2 nye sekali.

Kalau semua negara dah bagi  pengesahan makna nye 180 hari kemudian ia akan dijadikan akta. Lepas tu sume negara kena follow lah .. akta. Bagus lah bila bumi kita ini bebas dari nuklear. Kalau ada negara yang melatah main nuklear macam main mercun padi  nanti kita kat sini  nak pi keje pun tak senang.

Daripada 195 negara tersenarai dalam treaty tu ada 9 buah negara lagi yang masih  belum buat pengesahan sejak september 1996. Dah almost 15 tahun!

Ape yang degil sangat ni… Bila bercakap sume cam canggih, konon mau meninggalkan bumi yang selamat untuk generasi akan datang . Suruh sahkan perjanjian, dah bertahun …takk gak sign2.

Ban Ki-moon mamat diplomasi, dia tak jerit kan nama negara2 tu tapi dia suh refer list pada annex2. Dia tak jerit , almaklum lah budak baik….meh aku jeritkan.

Weiiii…negara2 berikut tolong la pi sahkan sebelum kawan2 wa naik hangin..! :

  1. Ban urged all countries that have not yet signed or ratified the treaty "to do so as a matter of priority" (Reuters)China
  2. Korea Utara
  3. Mesir
  4. India
  5. Indonesia
  6. Iran
  7. Israel
  8. Pakistan
  9. USA

Meh.. kita teka teki ape pasal lah payah bebenor dorang nak sign. Overall nye aku teka dan teki pasal sume nye ada kepentingan peribadi dengan Indonesia terkecuali. Indonesia , dia terlupa…

China memang main delay tactic…lagi sikit je lagi dunia akan sahkan dia ada lah taiko baru dunia ganti USSR dulu. Later kalau dah konfem nanti susah pulak dia nak main mercun.

Korea Utara memang laa …tak peduli ape pun. Dia ikut suka dia je. Tapi kalau nak sign pun dia tengok China dulu. Kalau China suruh mungkin dia sign. Benda2 macam ni China selalunye  tak suka paksa2 orang.

Mesir aku tak dapat nak teka tapi aku suspek Amerika cakap kat dia supaya ko jangan sign lagi. Dia follow je…tak kisah. Sape nak sentuh dia makna nye kena sentuh Amerika dulu. Alahai..ada  la muslihat nye..

India ni… pasal dia lebih suka glamor bollywood ‘adesyum adesyum‘. Mereka ni ada mamat nuclear scientist terkenal gile. Ada nye mamat ni profile technology mereka ada sikit tinggi laa. Kalau dia tak mengadap nuclear ..nanti India ada sikit bawah laa.

Iran biasa la…Israel kat sebelah. Dia tak sign apehal lak aku nak sign. Habis nanti dia tala aku ngan nuklear aku nak pandang je.

Israel pulak dia bukan risaukan Iran je. Almost sume jiran dia …dia risau. Kalau yg lain dah sign pun kemungkinan besar dia tak nak sign lagi.

Pakistan ni degil dalam diam. Kadang2 nampak ikut telunjuk Amerika, kadang2 nampak Amerika melenting naik hangin kat dia. Nak kata kaya tidak jugak..Ape pasal lah. Nak kata jaga kepentingan dunia Islam pun tak konfiden kita. Dalam negara bom meletup dalam masjid pun tak leh nak kawal. Wa tak tau wooo..

USA..? USA kan…macam biasa la..orang lain tak boleh..dia boleh. Kan demokrasi …hahaha…

Wooooiiiiii…pi  sign cepat lah !!

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: