somalia…wa tak kan pecaya..

Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor

Sedikit lapuran cuaca…jumaat semalam.

Suhu pada awal syawal sedikit panas dan melekit. Ku sangka panas hingga ke petang rupe nye betul2 panas hingga ke petang.

Bapak mertua wa dah bagitau akan sampai sebelum masuk waktu dan akan bersembahyang jumaat di masjid Kampung Pendamar di mana wa tinggal.

Bapak mertua wa akan datang so wa kena elert dan berdisiplin. Wa kena make sure dia confortable dan layan dia macam VVIP sebab kalau wa balik rumah dia, dia sendiri buat teh tarik untuk menantu dia sorang ni…hehe.

Pagi2 lagi wa dah pergi pasar.  Mem wa tau lah ape  taste dan favourite abah dia. Di pasar pagi tu macam biasa laa.. wa jadi trolley untuk barang2 yang mem wa beli.

Lepas sembahyang jumaat tu mata wa mengantuk gile tapi wa menyamar macam wa ni jenis tak kaki tidor siang ..macam wa bagus lah…ekeke.

Pendek kan cerita, jumaat semalam pada petang selepas  bapak mertua wa dah balik pun rupe nye wa continue  busy. Suku sakat, ipar duai, besan mesan datang berkunjung sampai malam lah wa jadi diplomat.

Selain itu semalam, kita juga menerima berita kematian jurukamera TV Bernama Noramfaizul Mohd Nor yang turut serta membuat liputan dalam misi kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia. Beliau  meninggal dunia akibat tembakan  di Somalia.

Peristiwa ini mengingatkan wa akan sahabat wa sendiri yang mati ditembak oleh 4 orang pengawal peribadi nye sendiri ketika menuju ke masjid untuk bersembahyang Magrib di Mogadishu pada tahun 1998 dulu.

Sahabat wa itu Allahyarham Mohd Rashid b. Musa ada lah bekas Komander RMN. Dia pernah di hantar bertugas bersama kontijen tentera Malaysia sebagai anggota UNOSOM dalam tahun 1994 ~ 1995 sebelum nye. Beberapa tahun kemudian beliau bersara.

Pada malam sebelum beliau terbang ke Mogadishu kami telah berjumpa dan berbual2 di gerai tomyam. Lalu katanye setelah bersara dari Navy beliau akan buat penerokaan perniagaan  dalam bidang telecomunication di Somalia. Se ingat wa beliau sememang nye mengetahui bagaimana keadaannye di sana. Maka sebab itu la kata nye beliau akan engaged pengawal peribadi ketika di Mogadishu nanti.

Beliau juga  menunjukan pada kami gambar2 beliau bersama Jeneral Mohamed Farrah Aidid. Kata nye mereka telah menjadi kawan maka rasa nye itu lah yang menjadi keyakinan beliau untuk berniaga di Somalia.

Kemudian kami menerima berita dia mati ditembak dengan senjata raifel AK-47 dam M16 serentak oleh keempat2 pengawal nye! Betul2 brutal dan tragik. Jenazah beliau telah di kebumikan di tanah perkuburan Lipat Kajang, Klang.

Allahyarham selepas LCE telah memasuki RMC dan wa pulak pindah sekolah baru di bandar Klang. Waktu zaman persekolahan dulu  agak selalu juga lah kami berkunjung ke rumah nye dan setiap kali ibu nye akan menghidangkan kopi o dan biskut kering untuk kami. Bapak beliau pulak mempunyai motor vespa.

Dan seingat wa lagi semasa kami tinggal di asrama, katil beliau memang tidak bolih di usik kerana sentiasa licin tampa ada sedikit pun kedutan. Balik dari weekend di rumah dia akan menjual kerepek ubi pedas di asrama. Masaalah nye dia…, dia tak pernah benarkan kami berhutang.

Lalu dengan kematian Allahyarham Noramfaizul ini  mengesahkan pendirian wa bahawa orang  Somalia memang tak boleh dipercayai walaupun wa amat bersimpati terhadap wabak kebuluran yang menimpa rakyat nye.

Memang gila di Somalia. Kadang wa rasa kebuluran yang mereka hadapi adalah ” man made ”. Pertimbangan logik ape ke..makanan pun kita tidak cukup mampu lagi ke kita nak berebut2 kuasa. Maafkan wa.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Noramfaizul juga Allahyarham sahabat wa Mohd Rashid b. Musa ex navy .

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

7 responses to “somalia…wa tak kan pecaya..

  • cik ayu coklat

    Alfatihah… sedihhhkan bila tengokk berita nie kat tv…

    Like

  • ahmad umar..

    Al-fatihah…itu bapak waa…

    Like

    • theolrascal

      ahmad umar,

      Bapa kamu tu Allahyarham Noramfaizul ke atau Allahyarham Rashid musa? Maafkan saya..ingin kepastian yang mana satu kerana kedua dua mereka diatas meninggal di somalia..

      Like

      • Anonymous

        sy mohamed ali rashid..anak ketiga kepada mohd rashid musa..

        Like

        • theolrascal

          Mohd Ali,

          Terima kasih kerana penjelasan. Kini saya berinteraksi dengan anak arwah sahabat saya di zaman persekolahan asrama penuh tahun 70’an dulu.

          Ya, sebelum arwah bapa kamu hendak terbang ke Mogadishu dulu kami telah bertemu dan berbual di kedai tom yam di Andalas tu. Selain saya hadir sama adalah Cikgu Kamarul Zafik yang juga telah keluar selepas setahun di RMC dan arwah Mohd Reza Shah yang tinggal di Kampung Raja Uda. ketika itu mungkin kamu berada di rumah.

          Kami ada banyak kenangan bersama nye. Peristiwa di Somalia itu sedikit sebanyak menyentap perasaan kemanusiaan saya. Saya saperti yang telah di sebut di atas tidak akan lagi mempercayai kejujuran orang somalia walaupun mereka begitu malang dengan segala bencana yang menimpa mereka, Bagaimana pun saya redha juga dengan takdir Illahi.

          Doa saya agar arwah di cucuri rahmat Nye dan harapan saya kamu menjaga lah diri kamu dan keluarga sepeninggalan arwah.

          Like

          • Anonymous

            sy dan pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan sudi menulis cerita mengenai arwah bapa sy di blog tuan..insallah sy akn menunaikan tangungjwb sy sebagai anak..al fatihah untk mohd rashid musa

            Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: