diari mat spanar…

Setelah bercuti selama 9 hari, senin semalam wa mula keje. Begitu jugak dengan mat2 spanar yang lain. Pagi lagi wa dah sampai ke kilang. ‘ Awal wa sampai ‘… hehe..macam janggal lak  bunyi nye..ekeke.

First thing first..wa pekena nasi lemak kat kantin dulu. Wa balas dendam sebulan berpuasa. Lepas tegukan teh tarik yang terakhir wa pi kat sudut kilang untuk merokok. Seketika kemudian wa perasan muncung wa almost identical to.. serombong kapal di Selat Melaka.

Sambil wa berjalan kearah cubicle tempat wa lakukan keje, wa switch on kan kepala otak wa untuk recall balik keje2 yang tak siap sebelum kilang shut down seminggu yang lepas. Tapi tetiba kepala otak wa  ter switch off semula. Ape ke hal ni …nak kena sambung cuti lagi ke gamak nye..wa cakap dalam hati.

Betul la pesanan T. Matsunaga hari tu sebelum pi cuti write down dulu benda yang perlu di sambung  kalau tidak nanti boleh terlupa. Dia cukup menyampah terima jawapan ” aarr i forgot laa..”.  Pantang dia weiii…kalau kita bagi jawapan tak bertanggung jawab cam ni..hehe..

Kemudian wa perasan ramai2 mereka sume  berjalan arah Blok B.  Baru wa teringat Isnin pertama setiap bulan ada perhimpunan. Macam kat sekolah weiii…wa pun join the crowd bejalan menuju ke perhimpunan.

Sebelum perhimpunan wa toleh belakang , quietly wa snap gambar ni. Baru wa perasan ada jugak antara yang perasan lalu angkat tangan tunjuk tanda ‘V’ nak tarik perhatian.

Weiiii…mat spanar tu… dia tu dari  painting line. Wa dengar part time dia layan air- brush.  Sapa nak decorate tangki motor ke atau topi keledar ngan gambar2 api dan tengkorak ke …dia laaa.

Kemudian secara bergilir wakil dari pengurusan naik pentas bagi mesej atau info2 pada para2 spanar sume.

So ..kebetulan selepas cuti raya giliran ….tu haa dia kat atas tu. Dia bukak speech dengan ucapan selamat hari raya…complete dengan perkataan ..maaf    ‘ Jahir ‘ dan batin. Dia baca dari prepared text…haa?

Lepas tu dia  continue lagi  suh lah spanar2  sume.. keje rajin2 , keje berpasukan dan …dan macam.. ” dulu saya ada cakap..itu falasafah semut..

Bila dia sebut je semut  kami  spontan berpandangan sesama sendiri…terus senyum. Ini serangga yang telah kami jangkakan akan di sebut bila saja tiba giliran dia berucap.

Kalau satu hari nanti wa naik itu pentas  …wa ingat wa nak announce macam ni la…

” para spanar2 sume…hari ini wa nak ajar lu orang sume tarian poco poco..suka takkKK? ”

…ekekeke…

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

2 responses to “diari mat spanar…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: