wa bajet…

PM bentang bajet 2012. Wa tak dapat ikuti secara live lalu wa baca lah teks ucapan nye. Wa baca juta juta PM sebut diperuntukan untuk itu dan ini.Wa cari lah di mana2 bahagian  juta juta   tu yang terkait dengan kehidupan sehari2 wa mahupun rakan2 sekerja kilang dengan wa.

Dalam ucapan nye PM, tidak ketinggalan ada sebut akan pekerja kilang juga sebahagian diantara yang  membina kejayan Malaysia..heheh. Tuuu…wa dah highlight in red.

 

Jelas termaktub dalam sisir masa, cerita kejayaan pembangunan Malaysia bukan semata-mata kisah yang dilakar di bilik-bilik Lembaga Pengarah bangunan-bangunan pencakar langit. Ia adalah citra yang dinukil pak tani di sawah, nelayan di laut, peneroka di ladang, penoreh getah di estet, penanam sayur di pinggir bandar, pekerja industri di kilang-kilang, usahawan-usahawan bertatih di juang niaga, barisan penjawat awam, guru dan pendidik di bilik-bilik darjah, para pensyarah di kuliah, anggota keselamatan di medan-medan, para profesional, budayawan, seniman, pendek kata seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, kepercayaan, gender mahupun status ekonomi.

So ..baca punye baca..wa jumpa satu…

Bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosioekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik maka kerajaan akan mempastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful.

Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan. Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Sesi persekolahan tahun depan dua yuran tu wa dah tak payah bayar lagi. Wa congak tiga anak yg bersekolah rendah dan menengah jumlah nye RM 91.50..

Wa baca lagi..wa jumpa lah senarai barang yang telah pun di subsidi saperti beras , gula , minyak masak dan sebagai nye. Ini wa tak nak kira, pasal ia ada lah perkara biasa sejak dulu kala…unless lah kalau PM umumkan petrol ada lah percuma! Wa kalau boleh nak cari yang direct benefit pada jawatan pekerja kilang. So wa baca lagi…

Wa terjumpa pulak yang ni. Belanja sarapan pagi  …menu rakyat RM2 dan RM 4 bagi makan tengah hari. Takde beza pada wa sebab sarapan pagi kat kantin kilang wa..RM1.50 makan tengah hari pulak RM3. Hanye kalau wa lunch kat gerai 3 dara je kos biasa nye RM5.50. Tapi nanti tahun 2012 ada kah mereka akan dirikan gerai 1 malaysia ni berdekatan dengan kilang wa..?

 

Ketiga: Memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari. Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telah mengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir 2012. Untuk mengembangkan lagi langkah ini, Kerajaan menggalakkan semua pengusaha kafeteria di pejabat kerajaan dan swasta melaksanakan inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia.

 

Wa baca lagi…hah! persaraan swasta..interesting ni..

Dalam Bajet 2011, bagi memastikan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri mempunyai simpanan mencukupi semasa bersara, saya telah mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM6,000 untuk caruman kepada KWSP dan insurans hayat diperluaskan bagi meliputi caruman kepada Dana Pencen Swasta, kini dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta. Bagi terus menjamin kesejahteraan rakyat di usia persaraan di samping mempromosi skim persaraan swasta yang dijangka dapat merancakkan pembangunan pasaran modal, saya mencadangkan:

Pertama: Pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun. Dengan ini, pelepasan cukai sedia ada ke atas Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans dirasionalkan;

Kedua: Potongan cukai ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim Persaraan Swasta; dan

Ketiga: Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana Skim Persaraan Swasta.

Kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup setelah bersara. Kajian menunjukkan hampir 70 peratus menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara. Bagi meningkatkan simpanan untuk hari tua, Kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaran swasta..ape benda ni ..EPF contribution tu ke..? Panjang meleret2..susah wa nak figure out kan. Wa kira mungkin ini hanye akan terasa jelas  masa kita sume submit borang B1 income tax. Sementara tu wa masih tak nampak poket wa akan jadi gemok…hehe..

Wa baca lagi….ada lah wa jumpa imbuhan2 one-off payment untuk itu ini..wa pulak tak terkategori.

Wa baca lagi….

 

Justeru, bagi membolehkan bakal jemaah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, Kerajaan dengan ini membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal melalui penghadangan atau ring-fencing Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300. Melalui kaedah ini, wang pencarum sejumlah 1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.

 

Haa.. wa jumpa pulak ni, wa kira bagus ni …tapi …tapi kenape pencarum saja..patut nye include sekali lah itu spouse pada pencarum..Bini  tak yah naik haji ke..!

Weiii..nak senang cite..banyak2 juta tu ..ambik satu juta bagi kat wa laa. Esok jugak wa pencen pastu wa jadi citizen …paling obedient.. wa tau la bajet..ekeke.

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “wa bajet…

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: