thank god its friday..

Salam,

Sejak akhir2 ni hujan selalu turun. Walaupun ada kala nye hujan tidak turun tapi cuaca tetap juga mendung. Mungkin musim tengkujuh telah tiba.

Hari ini hari jumaat. Hari jumaat ada lah hari kerja yang paling wa suka kerana esok nye ada lah off day. Tambah wa suka lagi kalau hari jumaat tu hari gaji dan hari senin tu pulak public holiday. Mood sebelum balik kerja tu tinggi je al-maklum lah modal dah ada. Esok nye kalau mem wa mengade ngade create aktiviti pelik2 tak payah la wa cari sebab nak mengelak. Wa layan je lah.

Selalu nye kalau suasana sebegini muncul maka sebelah petang selepas jumaat tu wa akan ‘ racun ‘ jurutera2 kilang ni supaya kita  ‘take easy‘ lah sikit ..

meh2 kita buat aktiviti house keeping sambil tu kita dok lah wat2 lawak ke” .

Kemudian wa sure akan tambah lagi..

”  ..gaji dah masuk…kan?

Jumaat hari ini baru 3 suku bulan ..ada lah  poket2 yang makin susut,.. wa tau laa ..wa pun sama .  Anyway saperti biasa sebelum masuk ke cubicle wa selepas minum pagi tadi,wa lalu lah lauan belakang. Wa perasan sekumpulan pekerja2 bangladesh sedang menerima taklimat sebelum di benaarkan  masuk line untuk memulakan kerja.

Benar lah kata setengah2 supervisor ..”  jaga barang lebih mudah dari jaga orang ”. Barang kalau kita dah letak …dia tak gerak2 lagi… orang pulak, kita suruh  lain ,..lain pulak yang di buat nye. Wa rasa wa setuju lah pendapat supervisor tu..

Tengok tuu..di depan supervisor tengah bebuih mulut bagi taklimat,.. di belakang ada jugak yang degil masih main cuit2 lagi. Payah jugak keje supervisor ni ye..mereka  di pertanggung jawabkan dengan produktiviti pengeluaran. Pekerja pulak macam2 jenis dan karenah.

Kalau wa lah supervisor, naya mamat bangla yang main cuit2 ni….mencarut dah wa!!..hehe..

So..selepas buat house keeping petang tadi wa lalu lah sebelah training room. Wa toleh ke dalam lalu ternampak ada ramai mat2 spannar kat dalam, jurutera dari jabatan wa pun ada. Mula tu wa ingat ada meeting besar..tapi wa perasan kemudian korum nye cam tak kena gaya je..

So wa busybody masuk lah ke dalam…

Rupa nye ramai2 tu , mereka tengah menjalani audition karaoke!! Mereka tengah menjalani saringan untuk ke final pertandingan karaoke pada annual dinner kilang yang akan diadakan pada awal Januari nanti.

Ada gak yang terkezut dengan kehadiran wa. Wei….sori2 haa…wa mana pandai nyanyi weii..yang wa pandai ..layan kawan2 je. Nak ajak  mancing laut ..ok lah.

Ada gak contestent yang ter over excited..weii. Dia pegi pasang telinga kat dinding tu nak dengor macam mana performance para pesaing dia..ekekeke.. Seronok wa tengok peristiwa ni.

Kat pintu audition room tu ada bouncer berdiri sambil  pegang senarai  ” who’s next ”. Dia akan panggil nama  contestant baru lah mereka boleh masuk.

Lalu wa jadi teruja pulak nak tengok, terbayangkan  peluang menyaksikan AF audition secara live …Oleh kerana wa lagi taiko  , masa wa tolak pintu audition tu, bouncer tu sengeh je…hehe..

Wa pun masuk….

Woooohhh…tengok tuu ada perserta duet tengah menyanyi buat persembahan untuk di nilai. Walaupun wa rasa mereka tu memang dah hafal lirik tapi masih pegang2 kertas nak cover malu2..ahahahahaha..

 

Tinggal satu je masaalah wa pada petang jumaat tadi….

Sekarang macamana lah wa nak pastikan supaya peserta tunggal dari jabatan wa tu di pilih untuk ke pertandingan akhir. Bakat ke veto..bakat..veto…bakat …veto..veto ke bakat ( hmm..juri tu, dia suka tak makan nasi arab..?)

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “thank god its friday..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Hebat juga. Pertandingan Januari 2012, Okt.2011 dah buat audition.

    Jabatan saya pun pernah buat pertandingan karaoke kecil-kecilan.Semua yg tidak menyanyi kena jadi juri, termasuk saya.

    Akhirnya yang patut menang, tidak menang.

    Kriteria yg diambil kira, 1. Populariti/Perhubungan sesama staff 2. Bakat jatuh no.2. Dan, ramailah yg perasan mereka berbakat tetapi tidak menang kerana ‘Juri Bodoh’.

    Like

    • PakMail

      Saudara olrascal,

      “hmm..juri tu, dia suka tak makan nasi arab..?,”

      ini….boleh dikatakan rasuah untuk pastikan seseorang itu terpilih.

      Saudara UjangKutik,

      Minta saya nombor aduan SPRM. Saya nak buat aduan kerana ada unsur2 percubaan merasuah.

      Hahahahahaha…………

      Like

    • theolrascal

      Tuan Ujang,

      Kalau saya jadi juri..kriteria..ikut prioriti..

      1. nyanyi lagu yang saya suka.
      2. penyanyi itu kawan2..
      3. bakat..

      hancusss….ahahahaha…

      Like

  • theolrascal

    Pak Mail,

    Masa tengah makan nasi arab dengan para juri tuu..
    saya tak nak lah request secara direct…
    saya bagi hint2 saja lah..
    kalau SPRM soal nanti…bukti tak jelas…kan beitu Tuan Ujang?
    kah..kah….kah

    Like

  • cik ayu coklat

    Bagusss bagusss… hehehhehehe…. nanti group cik ayu coklat pertandingan boleh laa tuan rascall jadik jurii

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: