poker faces..

…bahgia nye masa meeting boleh hisap rokok….

Wa dan mat mat spannar kilang  dapat gaji hari ini.

Walau pun masih ada yang mengharap ia  sepatutnya di bayar pada jumaat lepas, tapi semua pun tahu itu tidak mungkin. Kalau esok  32hb. maka pasti la gaji itu esok.

Sungguhpun begitu tidak pernah pulak kilang bayar gaji  melewati hingga memasuki bulan seterusnye. Untuk itu kami amat  menghargai ketepatan yang amat konsisten ini.

Konsistensi ini amat membantu dalam merancang segala kegiatan wa dan mat spanar yang lain akan aktiviti aktiviti yang melibatkan wang ringgit.  So …off course la wa tak kan buat apa apa  janji dengan anak anak wa mahu pergi  ‘ merayau rayau ‘ pada sabtu lepas, sebab wa dah tau masa tu gaji belum keluar lagi sungguhpun ramai di sektor lain yang telah menerima  gaji pada 29hb lagi  ..hehe.

Sebelum wa pegi kerja pagi tadi wa dah tinggalkan kad atm wa pada secretary wa di rumah. Bila gaji masuk nanti dia boleh uruskan bil bil mana yang dah masuk kategori  ‘ terdesak ‘ .  Lagi pun hari ini wa dah tau wa dah tak boleh nak bertaici lagi. Wa kena attend meeting dengan customer.

Hari ini waktu pagi on the way pergi kerja  cuaca terang benderang sungguhpun begitu  tidak di sangka sangka  cuaca gerimis pada waktu wa dan Max memandu keluar dari kawasan kilang pada waktu yang sudah hampir ke pukul sebelas.

Meeting wa dengan customer tu  selepas lunch tapi dek kerana wa dah jangka soalan soalan cepumas  akan di lontarkan lalu wa kena lah prepare jawapan dan segala talian hayat. Wa tak nak lah ” beghe” muka bila  jawapan wa nanti tegagap gagap. Wa kalau hadir meeting wa nak kelihatan macho sentiasa. Paling best kalau wa boleh pulak balas dengan jawapan jawapan cepumas..ekeke..

So,  untuk itu, wa pergi melawat 2nd tier supplier di Puchong terlebih dahulu. Di office supplier tu wa ajukankan soalan soalan point blank. Tegagap dia jawab. Sungguhpun begitu wa  masih wa tak dapat jawapan balas yang wa harapkan. Lalu wa kena kuarkan statement yang ada brnada ” ugutan ”. Akhir nye dia kena juga beri commitment.  Masa kami melangkah keluar dari ofis supplier tu Max dah mengadu

…weii aku lapar laa..”.

Tengah hari nya Max yang belanja makan...thank you max.. . Dia kata, ada lagi orang  yang janji nak belanja wa makan. Dan sesudah tengah hari  baru gaji kami masuk…Alhamdulillah..

Pendekan cerita wa pun meeting laa.  Isu utama pun di lontarkan di sambut pulak dengan soalan dan jawapan, cadangan dan bangkangan. Seterus nye ada analisis juga  hipotesis, ada teka dan juga ada yang teki.

Kemudian tu ada lah kes di mana Persin-In-Charge pihak customer di panggil untuk  memberi keterangan akan status development yang dibawah kelolaan nye. Dia masuk bawak assistant wanita.. weii.

Sambil wa dengar explanation nya wa  ngeliat ngeliatkan kepala macam lembik tengkuk. Mamat tu sekejap meletakkan cermin mata nya atas dahi , sekejap sekejap kemudian, buat buat  bertanya tanya soalan pada si assisant, sekejap sekejapan  keluar masuk meeting room, kata nak ambil sample lah , nak itu lah nak ini lah.

Berbagai bagai jenis mimik muka dia tonjolkan masa beri explanation tapi sume cam tak relevan. Satu pun tak memberi hint untuk dirumuskan kepada penyelesaian masaalah…hehe.

Tengah dia buat konar baring sana,  kona baring sini sambil angkat spek taruk atas dahi semula  wa pun berbisik kat Max di sebelah…

” Max ko tengok mamat kita ni, dia tengah buat poker faces..

Lepas meeting sebelum balik ke kilang wa dan Max singgah kena teh tarik di kedai Pak Haji. Ngekek ngekek wa gelak semula teringatkan  si poker faces.

Hujan masih turun renyai renyai ketika kami memandu pulang semula ke kilang.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

12 responses to “poker faces..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: