malam jumaat 11.11.11.

Tarikh esok ada lah 11 Nov. 2011.Kalau kita ringkaskan ia  akan di tulis begini ..11.11.11.

Wallaweiii…fancy tuu.  Lepas tu kita jumpa lagi di mana2 mengatakan yang ia akan berlaku hanya sekali dalam seumur hidup dan macam2 lagi lah..hehe..

Esok ramai pasangan tionghua akan berkahwin sempena 11.11.11. mungkin nak bagi fancy lagi mereka akan mulakan acara pada pukul 11 pagi dan akan menghalau semua tetamu balik pada 11 malam….supaya mereka kemudian dapat melakukan sesuatu yang significant 1 lawan  1…ekeke…

Wa tanye lu laa..esok 11.11.11. lu orang nak buat ape haa..

Esok 11.11.11 wa akan lakukan sama saperti ape yang wa lakukan pada 10.10.10. dulu.  Ape yang wa lakukan pada 10.10.10.?

Lakukan ape lagi..esok wa pegi keje laa.. Blessing nye , esok ada lah  hari Jumaat. Hari Jumaat ni spesel sikit . Mood hari Jumaat tak sama mood pada hari senin.

Selain dari solat jumaat pada break tengahari tu ada macam2 perkara sunat lagi yang boleh kita lakukan bermula pada malam jumaat…contoh nye lepas solat isyak tu kita continue la bertahlil ke atau baca yassin ke..macam2 lah. Kemudian bila kita beradu dan err..macam2 lah….hehe.

Ini wa nak bagi tau lu orang laa. Ada kawan wa tu dia suka sangat2 akan malam Jumaat. Tiap2 malam pun dia akan katakan malam tu ada lah malam jumaat.

Pada hari senin maka dia akan kata senin malam Jumaat. Hari Selasa pun, nanti malam dia kata  ini hari Selasa malam Jumaat. Pendek kata ape malam pun, semua malam Jumaat lah…ekekeke..

Ape pun, lu orang buat lah ape yang terbaik untuk diri lu orang sendiri , keluarga , masyarakat dan seterusnye untuk agama dan negara. Usah di kira 11..22..33 .. 44 ..55..

Wa paparkan keadaan cuaca di persimpangan Jalan Kebun dan Lebuhraya KESAS ketika wa balik kerja pada petang dua jumaat yang lepas. Dan malam itu juga…Jumaat malam Jumaat..!

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

5 responses to “malam jumaat 11.11.11.

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Tuan,

    kalau dipanjangkan umur kita akan sampai 12 Discember 2012(12.12.12) dalam tempoh terdekat. Bagaimanakah suasana pada tarikh tersebut?

    Itu era selepas PRU 13. Mungkin setahun selepas PRU 13. Bagaimanakah keadaan negara kita yang dicintai ketika itu? Bagaimanakah keadaan negeri kita, Selangor? (Saya mengundi di Selangor tuan).

    Like

    • theolrascal

      ujang kutik,

      Tuan,
      Kita main nombor haa..hehe
      Pada 12.12.12. tu nanti keadaan cuaca nye boleh lah kita ramalkan ia tak banyak beza dengan 10.10.10.dan 11.11.11..ekeke..

      Lanskap politik ketika tu yang menarik untuk kita bayangkan. Di negeri Selangor tidak boleh tidak soalan cepumas nye adalah ” adakah PR akan dapat mengekalkan pemerintahan atau BN berjaya menawan nye semula ”.

      Jom lah kita bertanding di kawasan parlimen masing2. Ada rezeki lepas sidang rakyat boleh kita berbual2 di lobby parlimen …bukan begitu YB Ujang Kutik ?…ekekeke….

      Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Ok YB Theolrascal (nama tu glamour).

    Masa tu kita tak main blog lagi.Bolehlah kita ajak sahabat kita Pak Mail minum/berbual sama.

    Like

  • cik ayu coklat

    12.12.12 cik ayu coklat naik pelamin .. hehehhe

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: