quality time ..?

Sepanjang minggu ini,  bermula dari cuti hari isnin gantian  tu ..wa spend real punye quality time beb…

Ini sup tulang lembu mereka letak semangkuk besar penuh betul2 depan muka wa. Wa melantak sorang2, tuu…tinggal sikit je lagi nak abis. Malam tu kepala wa ada sikit high, tapi wa buat diam. Kalau wa cakap pada mem, wa pasti dia padan kan  muka wa lepas tu desak pi check blood pressure.

So..hari bekerja untuk minggu ini jadi pendek, .. hanye 4 hari, tapi wa rasa macam 40 hari. Ketua jabatan wa asik histeria sepanjang minggu. Wa pun sedikit tertekan dek ujud nye isu2 disiplin dan  perkara2 yang  berkaitan dengan  ‘ conflict of interest ”.

Hari khamis, tengah wa kelam kabut nak settle kan isu semasa jabatan, wa terima panggilan dari mem dirumah. Macam ulangan dia bagitau yang kucing belaan kat umah wa beranak – 4 ekor…alahaii…

Petang  jumaat tu,  kami tak buat aktiviti favourite wa – house keeping. Tapi sesi saringan karaoke berjalan rancak. Wa perasan macam ada disko di sebelah ofis.

Ohh yes…wakil jabatan wa berjaya masuk audition  untuk peringkat seterus nye. Wa nampak mereka dah guna screen lagi besar weii…hehe.

Anyway quality time paling menonjol wa ada lah hari sabtu hari ini….

Weiii…lu orang nampak tuu…wa laa..tak perasan ke!!

Bertahun2 wa teroka bukit yang rendah2 akhir nye betul2 wa berjaya mendaki bukit yang real punye tinggi. Wa berada di puncak weiii..kali ni boleh la wa gelak besar ngan  jurutera2 lasak kat jabatan wa.

Pada pertengahan  pendakian tu wa almost nak give up. Nafas wa jadi pendek. Wa dah mula terfikir sepatut nye wa bawak oxygen tank sekali. Wa mula perasan kan akan perbezaaan ketara nye antara stamina orang muda dengan  orang tua. Orang muda sambil naik boleh bergurau2 bergelak2 lagi.

Mereka ni perli wa ,  ke niii..?

Ketibaan wa di puncak di sambut bagai selebriti oleh anak2 dan anak2 buah wa…ekeke. Sebelum tu dah beberapa kali mereka call nak monitor kamajuan wa. Wa tiba juga atas dasar ego wa yang tinggi tak mahu spoil kan kegembiraan mereka kemudian nanti.

Sungguh indah permandangan dari puncak broga..

..dan bertambah indah dengan terpampang nye muka wa kat puncak tuu…ekeke..

Kemudian wa risaukan macamana lah wa nak turun balik ni. Wa dah mula terfikir2.. nak hire helicopter service je. Dek kerana takde sorang pun boleh kasi wa contact no. syarikat perkhidmatan helicopter tu…wa kakicopter je laa…turun balik.

Bila turun wa banyak apply kan gravity pull, meluncur…tapi kerap kena tekan brek kat kaki di sebabkan laluan licin dan berlopak2 . Lalu wa perasan banyak tapak2 kasut pendaki tertinggal di sempanjang jalan turun..hehe..tergigil2 kaki wa weiii..

Kemudian tu …ia lah, dah orang kata jodoh pertemuan tu di tentukan tuhan maka bertemu la wa dengan En Mohd Noor Mat Amin , pendaki solo negara dan Duta Kinabalu yang memegang rekod mendaki Gunung Kinabalu 111 kali secara terus menerus.

Hehe…masa wa berbual singkat dengan dia tu wa control macho abis weii..bunyi nafas wa turun naik tu wa paksa silence kan serta merta.

Siap wa pesan kat dia lagi esok2 bila nak panjat everest ..

jemput2 lah saya ye …Bukit broga ni pun saya  anggap macam jogging petang2 je..saja nak maintain fitness..”.

Wallaweiii…hebat tu…nak mampus wa weii melayan broga ni…

Lu tengok tu…wa sorang je dah tak  leh nak buat lawak lagi….wa kena recover balik wa punye nafas..

Lepas daki bukit kami continue pi mandi sungai kat hutan lipur Sg.Tekala pulak. Sandwich sardin yang mem wa bekalkan ada separuh lagi dan wa tambah lagi pi beli nasi lemak bungkus.

Sambil ahli kumpulan wa ni tadi mandi2 kat sungai tu wa mula terpikir akan cuti sekolah yang semakin hampir. Ape macam punye quality time lah yang nak wa spend dengan mereka nanti…

Ahad esok baik wa check report kad mereka dulu..hehe..mungkin wa boleh cari pasal..

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

2 responses to “quality time ..?

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Untuk rekod, saya pun pernah sampai ke kemuncak Gunung Datuk (Gunung Rembau) .Jauh lebih tinggi dari Bkt.Broga.

    Di puncak gunung yang berbatu tersebut ada bekas kesan sebelah tapak kaki manusia.Kononnya sebelah lagi ada di Tanjung Tuan, P.Dickson.Kononnya itu adalah kesan tapak kaki Hang Tuah.

    Tapi tuan, ini cerita saya daki gunung masa sekolah dahulu. Apa kata, selepas Bkt Broga kita panjat pula Gunung Datuk.

    Like

    • theolrascal

      Tuan Ujang,

      Kesan tapak kaki yg di Tanjung Tuan tu sudah saya lihat. Nampak nye payah lah nak melihat yg sebelah lagi tu kerana ia berada di puncak ..Gunung Datuk.

      Bagaimana pun kalau ada desakan dari ahli kumpulan saya ni mungkin saya laratkan jugak ..hehe

      Apakata ..Tuan ujang yg panjat dulu..ekeke..

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: