how to be rich…

Hari ni wa pergi kedai buku kat amcorp mall. Mem wa ada order buku resepi dan masakan.

Dia kata kalau order melalui online tambah lagi kalau kita ahli groupon diskaun  diperolehi lagi tinggi.

Macam biasa la…lu pun tau ..wa layan je laaa..

Buku hardcover tu wa tengok rupe nye oleh si naked chef  jamie oliver. Weiii…si mamat jamie oliver ni umur dia  36 tahun , mem wa jauh lebih tua (..ehh ..harramak ) dan lebih banyak  makan garam apa pasal pulak dia nak refer masakan si jamie.

Patut nye jamie lah yang patut refer hal2 masakan ni dari mem wa. Masakan omputih mana sedap weiii….kan.

Cuba lu suruh jamie masak asam pedas ikan pari pastu lu compare kan  ngan masakan mem wa..hehe. Hah!!..lu orang sindri ingat laa…yang mana lagi sedap.

Lagi pun wa tengok kat tv,  jamie ni masak ..kasar la cara dia…dia cop coppppp.. pastu dia lempar dalam kuali..

Dah ada jamie’s kitchen ni... wa tunggu je la bila mem wa akan hidangkan menu dari resepi selebriti chef omputih ni. Asal jangan dia goreng burger dah lah..ngeeee..

Dah berada di kedai tu wa pun browse lah buku2 kat rak2 tu. Kalau ada pilihan wa lagi suka nak belek2 kapal terbang di LIMA 2011 Langkawi tu.

Kata nye LIMA  kali ni paling berjaya dan mencatit 125,000 pengunjung awam dan beberapa ratus juta ringgit nilai perjanjian oleh pengunjung perdagangan sudah termeterai.

Banyak buku2 self motivational  wa perasan juga dipamirkan  dengan tawaran diskaun. Antara tajuk nye ia lah…

” How To Be Rich ”

Lalu wa teringat pada malam selasa lepas kawan sekolah wa ajak keluar lepak borak2 kosong. Wa sampai sama timing ngan salah sorang kawan wa tu lalu dia park mercedes CLK two seater dia sebelah van tua wa. Dia tanye wa tak kunci keta ke ?..

” ..dah tuu..  keta lu ada sebelah sape pulak nak curi van tua wa..”

Lalu dalam kepala.. wa buat perbandingan. Van tua wa 8 seater harga nye murah.

Dulu wa beli memang nak loading anak2. Kereta kawan wa ni ..2 seater  rega ratus2 ribu…naik dua orang je.

Wa conclude dalam kepala wa..kaya dia ni.

Weiii…sungguhpun gitu wa tak lah rasa humble tapi wa bawak perangai nerd wa..wa tanye dia soalan..

” kalau lu keluar sorang2 pakai keta ni, .. bini lu tak risau ke..? ”

Dia sengeh je..hehe..  soalan wa  dia tak jawab..abis begitu je..hahaha.

Berbalik pada tajuk buku “‘ how to be rich” tu tadi wa teringat akan satu ketika dulu wa tengah bersemangat sungguh nak jadi kaya.

Lalu wa baca lah buku yang seangkatan dengan buku nak jadi kaya ni tadi.

Wa baca…wa baca..kemudian antara pages2 tu…wei dia cabar wa..weii…dia kata…..

”..if you are a man of action..DO IT NOW!!..”

Do it now? terkebil kebil wa ngan cabaran tu…dia ingat wa ada magic stick ape ke..nak d0 it now..ahahahaha. Kalau Nike boleh laa cakap..just do it..hehe. Lalu wa campak buku tu kat satu sudut…

” Sampai la ni wa tak kaya kaya….ahahhahahahahaha..”

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “how to be rich…

  • PakMail

    Saudara olrascal,

    Kita mahu kaya ikut citarasa dan pandangan dari nabi kita Muhammad Rasulullah saw. Itu baru betul.

    Kaya yang dimaksudkan ialah KAYA HATI.

    Namun kalau kaya harta juga baik. Kerana kaya harta menurut Rasulullah saw ialah seperti seseorang yang mempunyai tulang belakang yang kuat. Dengan harta kita boleh berinfak ke jalan Allah. Dapat diberi manfaat kepada orang lain yang memerlukan. Itupun kalau tidak kedekut.

    Kalau dah kaya nanti jangan kedekut ya……

    Like

    • theolrascal

      Pak Mail,

      Betul lah saranan pak mail tu …sebaik nye kita akan terus ‘kaya’ semasa di akhirat nanti…

      Tapi kan ..pak mail..kaya ni sesuatu yg subjektif jugak kan..ehehe..
      ..esok saya declare saya dah kaya..sape nak larang ..ekeke..

      Terima kasih pak Mail…

      Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Saya pernah baca buku motivasi tulisan seorang pakar motivasi dan chef terkenal.Beliau menggariskan sekurang-kurangnya ada 3 cara untuk jadi kaya dengan senario di Malaysia:

    1. Masuk politik dan bergelumang dengan tokoh yang ‘kaw’.
    2. Tanah diambil oleh developer – i.e buat lebuh raya,lapangan terbang.
    3. Berusaha

    Beliau juga mempromesi kursus masakan yang dianjurkannya di Shah Alam. Dipendekkan cerita, isteri saya menghadiri kursus untuk satu menu – frozen food @ RM250.00 untuk sesi tidak sampai 2 jam.

    Ramai juga peserta yg ‘hendak jadi kaya’ menghadiri kursusnya termasuk isteri saya. Kursus dijalankan dengan tergesa-gesa kerana ada sesi lain selepas itu. Tiada kudapan jauh lagi makan tengah hari .

    Kursus juga agak pelik. Modul buat karipap tetapi peserta tidak diajar buat intinya kerana telah disediakan oleh penganjur. Buat kulit karipap juga tidak di ajar kerana katanya modul lain.

    Dalam perjalanan pulang saya berkata kepada isteri, ” Nampaknya dia yang kaya – RM250.00 x 20 @ satu sesi.x 3 sesi/hari”

    Selepas itu dia ada hantar SMS dan telefon memancing untuk kursus yang lain dengan diskaun tertentu. Tuan tentu tahu apa jawapan isteri saya.

    Dia bukan sindiket. Dia tokoh terkenal yang dikenali ramai. Dia kaya.

    Like

    • theolrascal

      ujang kutik,

      Waaaahahhaha …panjang komen Tuan..boleh buat satu blog entri dah ni..ekeke..

      Banyak juga saya perasan akan kes2 saperti mana yg Tuan pernah lalui ini.

      Ia berselindung di sebalik program konon untuk membantu ekonomi suri rumahtangga dan sebagai nye. Objektif sebenarnye untuk mengutip hasil dari program sebenar nye terselindung di sebalik nama besar penganjur…ahahhaha..

      Tuan

      Selalu gak saya dengar orang berperibahasa…

      ”…bukan senang nak senang, …bukan susah nak susah ..”

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: