ada aku kisah..

Lepas jumaat tu bila  para jurutera2  kilang sume berada di cubicle masing2, wa pun meleser leser  lah dekat penyanyi karaoke jabatan wa. Dia wa tengok asik bersin je. Wa tanye.. lu ok ke…dia sengeh ..kata nye..

” sakit tekak lah..bang ”.

Telahan  wa dalam hati ..

merendah diri mat kelate ni..

Semasa salah sorang  juri, si pengurus kanan  jabatan koporat tiba kat dewan, ..wa tarik dia berbual2 sambil buat lawak cucuk2 perut .

Wa sengeh ..hehe…, dia pun sengeh..hehe. Wa tau dia belum paham sengeh wa tu..hehe..

Pada peringkat separuh akhir audition karaoke petang Jumaat tu wakil jabatan wa tu rupe nye telah memilih lagu awie!!..sejati..bebb..Dia peserta keempat..bila tiba giliran,  ketua jabatan wa pun muncul jugak..nak tengok.

Lagu tu bermula dengan low note..ok ngam je wa dengar..kalau juri terpandang wa karang ..wa ingat nak tunjuk thumb up kat dia.

Masa lagu tu sampai ke high note …wallaweii…suara dia tak sampai pulak!!!….wa macam dengor lagu dari cd yang dah bercalar..weiiii.

Sume orang perasan jelas dan berpandang sama sendiri. Wa slow2 kuar dewan ….dalam hati wa cakap…

alahai anti-climax tul la mamat kelate wa ni…

Semasa memandu pulang ,   wa teringat akan majlis makan malam anjuran Proton Vendor Association yang wa turut hadir selasa lepas di sunway resorts hotel.

Kilang wa ada cover dua table maka kami pulak berebut2 mengelak supaya tidak semeja ngan Dato Seri, tokay kilang.

Maka dalam jamuan tahunan makan malam itu berbagai2 lah anugerah di sampai kan pada vendor2 dan tidak satu pun kilang wa di sebut mahu pun dalam  pencalonan nye apelagi hendak menerima anugerah saperti mana satu ketika dulu.

Oleh kerana dah tidak duduk semeja dengan tokay kilang lalu di penghujung segala penyampaian anugerah2 itu salah seorang di meja wa  pun berani lah nak buat  lawak…

” ..kilang kita tak menang ape2 anugerah pun…ada aku kisah..”

Lalu seketika nak sampai di rumah wa pun buat rumusan bahawa tidak mungkin wa akan menerangkan pada juri bekas satu sekolah ngan wa dulu tu akan maksud guruan awal wa dengan nye.

Mutu nyanyian wakil jabatan wa tu yang wa rasa boleh mengakibatkan protes beramai ramai seluruh kilang jika dia layak ke peringkat akhir.

Lalu wa juga.. bercakap sindirian..  

” ..ada aku kisah..”

.

Kita dengar kan lagu lama awie pada zaman arwah tok mat menteri penerangan  yang begitu kisah akan penampilan artis berambut panjang di tv.

klik

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “ada aku kisah..

  • PakMail

    Saudara olrascal,

    Pandai jugak tuan membezakan pitch tinggi atau rendah ya.

    sejujurnya saya tak tahu nak komen terhadap penyanyi2 karaoke. sama ada tinggi atau rendah ‘pitch’nya.

    Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Tuan,

    Saya sekarang di Segamat.Secara kebetulan entri tuan ini ada kaitan dengan pengalaman saya dengan kawan kaki karaoke di Segamat hampir setahun yang lalu.

    Ibarat masuk kandang kambing mengembek. Selepas makan malam kawan-kawan mencari tempat karaoke di seluruh bandar Segamat. Tidak jumpa.

    Akhirnya ada orang tempatan beritahu satu tempat di arah utara bandar Segamat. Akhirnya, setelah beberapa sesat dan beberapa kali tanya jumpa juga tempat itu. Di mana? Di kampung Normala Shamsudin dulu TV 3.

    Maka kawan-kawan pun control habis stage.Meleleh air liur budak-budak kampung tu nak menyanyi. Otai KL dah conquer.

    Agaknya kalau cari semula kampung itu tidak akan jumpa.

    Like

    • theolrascal

      Tuan Ujang,

      Normala Shamsudin TV3 tu …wanita melayu tercantik kan …ada terserempak tak?..ekeke..

      Sejak karaoke ujud, ia telah memberi peluang pada ramai orang merealisasikan angan dan impian menjadi seorang penyanyi.

      Ia juga salah satu cara untuk melepaskan stress dan bersantai bagaimanapun ramai yg dah jadi ketagih memegang micophone..hahahaha…

      Selamat menjalankan tugas di Segamat.

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: