a wet week…

Sepanjang minggu ini hujan kerap turun…dan wa perasan … when it rain, it pours.

Wa ingat ingat lah rasa nye kita dah mula menerima kesan kesan tak menentu dari climatic change yang berlaku pada planet bumi kita ni.

Perubahan cuaca yang ketara ini kata para saintis ada lah akibat dari global warming.

Dan kepanasan suhu muka bumi kita ini ada lah di sebabkan peningkatan greenhouse gas . Gas greenhouse ni weiii… ada lah gas yang berada di atmosfera bumi kita dan ia menyerap carbon dioxide juga akan mengeluarkan radiasi.  Sebut je radiasi semua  jadi histeria  haaa…kah kah kah…

Antara sebab peningkatan greenhouse gas ni,.. wa cakap luu.. adalah akibat dari pembakaran petrol, batu arang dan gas asli. Satu lagi antara sebab sebab nye adalah penebangan hutan.  Haa ..yang ini orang orang putih kat negara maju suka jadikan modal menyalahkan kita…

”…binawe lu orang  …dulu lu gondolkan hutan lu sampai licin  sekarang lu salah kan kami haaa….”

Weiii… minggu lepas masa wa pi Taman Negara dan ketika berada di hutan kita yang di kenali antara hutan tertua di dunia, …punye nak jaga alam sekitar sehelai daun pun wa tak petik weiii..  wa  petik kamera je ….ecewahhhh…

Weiii… jauh pulak wa termelalut haaa…keh keh keh…

Awal minggu ini Ketua Jabatan wa pi Germany urusan kilang. Semasa ketiadaan  dia,.. wa terserempak para jurutera jurutera jabatan wa berlonggok depan cubicle Ketua Jabatan. Mentang2 ..the cat is away…hehe berani lu orang haaa..

Wa tak tau ape yang  mereka bincangkan … tapi yang wa tau kalau  mereka berlonggok sampai mencangkung mesti ada ” hal ” yang mereka komplotkan.

Ape tidak nye …petang tu wa ingat wa keluar paling awal nak balik rumah. Rupe nye semasa wa masih dalam kawasan kilang lagi dari jauh wa dah nampak mereka berada seberang jalan. Siap gamit gamit wa lagi…

Rupe nye mereka pakat pakat melantak durian di gerai depan kilang…  Padan la sebelum  tu wa ada dengar dengar ada nye pertanyaan…

” …ape king..? ”  

Laa…mereka merujuk pada durian musang king!!.

Grrrrrr…wa buat u-turn  kilat like nobody’s business terus park sebelah gerai….wa pekena lah se ulas dua dan lalu mintak diri nak balik. Tak ada musang king kat gerai tu tapi yang wa jamah tu mungkin D24.

Buah durian wa rasa dah tak  ade main bermusim musim lagi dah. Berbuah sepanjang tahun weiii…ini pun mungkin akibat dari climatic changes jugak  kot….ahahahahhha…

Bulan disember semakin menuju ke penghujung nye . Di jabatan wa suasana cool disember masih terasa  dan wa macam ada 6th sense … yang mereka ni sedang menunggu dan menghitung  hari bonus dan  cuti cuti raya cina  bulan depan….ekekeke.

Dan hari ini ada lah hari terakhir untuk dua awek undergraduates fakulti Kejuruteraan Mekanikal UITM yang buat praktikal di jabatan wa.

Wa pasti  mereka berterima kasih pada jabatan kerana kemudahan latihan sepertimana juga jabatan  berterima kaseh pada mereka kerana melakukan kerja2 jabatan.

Wa perasan sepanjang berada dijabatan  ..mereka berdua ni.. macam belangkas!!…Selamat maju jaya, emi …ema…hehe.

Wa tak  berada bersama sama mereka ketika emi dan ema mengucapkan selamat tinggal pada petang tu. Tapi pada waktu pagi tu secara tak sengaja tetiba jadi friendly depan mereka berdua.  Wa umumkan pada rakan setugas wa Max akan hari terakhir mereka berdua. Namun Max lebih advance terus bagitau  wa depan mereka ni juga…..loud n clear…

”..mereka ni rakan Facebook aku tauuu..”

Lepas tu ada lah dua tiga kali max mengulangi statement nye.   Lalu wa terasa diri wa macam orang sedang dalam kekalahan…  apasal haaa..?.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “a wet week…

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Berkaitan dua orang muda yg buat praktikal tu, saya teringat kepada anak kedua yg sedang buat elektronik. Dengan senario kilang yang makin berkurangan kerana dikatakan lari ke China,bagaimanakah agaknya peluang budak-budak ni mencari kerja selepas graduate?

    Seronoklah tunggu bonus. Swasta biasanya dapat lebih dpd.ktgn awam, mungkin 2-3 bulan.

    Like

    • theolrascal

      Tuan Ujang,

      Mereka berdua,.. juga para jurutera2 yg selalu saya coretkan disini adalah sebaya anak2 saya juga.

      Nasihat saya pada anak2 amat konsisten. Bila dah grad dan masuk alam pekerjaan nanti pada mula nye jangan lah ‘strict’ kan diri memilih pekerjaan terlalu ikut bidang yg di pelajari.

      Mereka perlu bekerja pada pekerjaan yg datang dulu dan secara semula jadi nye kemudian mereka pasti menjumpai bidang yang mereka pelajari melalui networks dan ‘circles’2 yang telah mereka cipta.

      Mereka perlu ada income untuk bergerak dan beraktiviti. Anak2 muda dunia mereka adalah kawan kawan.

      Negara China memang menawarkan tenaga buruh yang murah. Kita bagaimanapun perlu melengkapakan kepakaran pada high tech dan berinovatif tinggi untuk menyaingi. Tidak semua pelaburan
      di China itu membawa pulangan . Ada juga pelabur yang pulang sehelai sepinggang..hehe..

      Tuan Ujang

      Masa kini saya berpendapat Kerajaan ada lah a good paymaster.

      Like

  • anon

    untung undergraduate student sng dpt praktikal kat sane….tp biase keje umum biasenye ape diorg buat?adakah mereka ini diberikan tugasan sebagai seorang jurutera?

    Like

    • theolrascal

      anon,
      Apabila seorang undergraduate menjalani latihan praktikal perlu disedari bahawa dia nye bukan lagi seorang jurutera untuk memikul tanggung jawab atas ape yang akan dilakukan. Ini soal accountability.

      Contoh jika belaku kesilapan pada design dan tooling yang bernilai 200~300k adil kah kita menyalahkan pada seseorang yang bukan dalam payroll majikan.

      Bagaimanapun biasa nye cabang2 ape yang dilakukan oleh pelatih akan di gunapakai. Inisiatif sentiasa digalakan kepada pelatih untuk belajar atau mengatahui aspek2 lain dari yang sedang di lakukan.

      Jika anda juga seorang undergraduate ingin saya berpesan….” adakala kita tak perlu tunggu satu2 peluang itu datang tapi kita cuba lah cipta peluang itu untuk kita..”

      selamat maju jaya..terima kasih kerana singgah ke blog saya yang ‘syok sindri ini ‘ ….

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: