back to school…

Dua minggu lepas wa pergi menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali pertama setelah sekian lama nya wa bekerja di kilang ini.

Bukan majikan berlaku kejam terhadap  wa tapi wa sendiri yang melakukan  ‘kekejaman’ itu pada diri wa sendiri. Saban tahun  wa asik mengelak dari menjalani medical check-up.

Kini dalam jabatan, makna nye sah ada seorang je yang memegang rekod tak pernah pergi buat medical check-up sehingga lah keakhir hayat nye . Beliau ada lah arwah nye ketua jabatan yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan March 2011 yang lepas.

Setelah pemergian arwah maka banyak  desakan yang wa terima dari rakan sekerja dan lebih lebih  lagi  dari mem wa sendiri untuk tidak mengabaikan medical check-up yang di sediakan percuma oleh syarikat. Dengar nye kalau wa tak nak pergi mereka akan  berpakat  ramai ramai mahu hangkat wa pi hospital untuk menjalani nya kali ni.

Maka di pendekan cerita wa pun pergi lah menjalani pemeriksaan kesihatan dan juga telah  menerima keputusan nya.

Mengikut laporan perubatan tu wa ada kadar uric acid yang tinggi. Doktor nasihatkan  wa jauhkan makanan laut kalau tak nak kena gaout. Selain tu laporan tu juga menunjukan wa ada tahap kolesteral yang agak tinggi. Kena exercise..!!

Lu orang tengok lah selepas wa pi check up ..macam macam pulak dah ada  ..alahaii..ekekek. Anyway…semua ni akan jadi perkara yang dah berlalu.

Wa cakap dah ‘ berlalu ‘ tu …. pasal esok lusa  nampak nye wa akan menambahbaikkan tahap kolesterol pada badan wa ni..hehe..

Begini… hari ni, selepas pulang ke rumah pada hari pertama bekerja untuk tahun 2012 ini, mem wa ajak pi pasar malam. Esok anak anak wa akan ke sekolah semula, kata nya.

Alahaiiii….back to school..jadi mem wa pun akan  kembali …back to dapur laa…nanti anak anak balik sekolah nak makan..hehe.

So …ronda punye ronda di pasar malam tu mem wa sudah ternampak ikan belanak. Weii…dia tau weiiii…erti ikan ni pada wa.

Ikan belanak ni kalau lu masak lemak, kasi  dia pekat pekat siki.  Dan jangan lupa taruk belimbing buluh yaa..

Paling sedap makan lauk ikan belanak masak lemak ni ialah pada tengahari lebih lebih lagi tengahari pada hari sabtu!  Kenapa hari sabtu? Kerana hari Sabtu  adalah hari wa tidak bekerja dan boleh rehat santai selepas makan tengahari.

Sedap weiii…masak lemak Ikan Belanak Belimbing Buluh. InsyaAllah makan bertambah..bertambah juga kolesterol kita nanti.

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

5 responses to “back to school…

  • PakMail

    ‘Doktor nasihatkan wa jauhkan makanan laut kalau tak nak kena gaut’.

    sekali2 makan udang, sotong atau ketam tak apa. Tak kan nak tengok orang lain makan aje…..

    Like

    • theolrascal

      Pak Mail,

      Bila di pinggan saya ada udang besar saya akan kuiskan ke pinggan mem saya.

      Adakah itu tanda nye akan kasih sayang saya yang menggunung atau saya sebenarnye berlaku kejam pada mem…ekekeke…

      ..alahaiii…..

      Like

      • PakMail

        Udang yang besar itu seharusnya dikerat dua. Baru adil. Sama2 merasai nikmat atau sebaliknya,

        Kalau saya tambahnilai kolestrol tu perkara ke2. Nikmati pemberian dari Allah dahulu.

        Hehehehehe……

        Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Tuan,

    Back to school ada 5 stages:

    1) Hantar anak masuk TADIKA
    2) Hantar anak masuk tahun 1
    3) Hantar anak masuk tingkatan 1
    4) Hantar anak masuk Matrikulasi/IPTA/IPTS
    dan,
    5) Hantar cucu masuk TADIKA.

    Kalaulah sampai stage 5, kena awas…….
    stage ke-6 menunggu. Ada orang akan ajar menjawab soalan.

    Bagaimanapun, di mana pun stage,kita perlu bersiap sedia.Stage orang ajar menjawab soalan tidak kira masa.

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: