stealing the limelight…

Hari ini semua mat2 spanar menerima kad jemputan untuk menghadiri annual dinner 2011 yang akan berlangsung hari jumaat ini.

Ajk dinner telah memilih  ” nostalgia ” sebagai tema tahun ini. Saban tahun wa hadiri annual dinner kilang tak pernah wa pedulikan tema nye.

Tapi wa paham lah akan etika nye supaya kita berpakaian kemas. Memadai la wa berrkemeja dan tidak lah sampai memakai selipar pulak.

Dan dinner tahun ni adalah  sedikit istimewa kerana  wa dan beberape mat mat spanar yang lain akan menaiki pentas menerima  long service award untuk perkhidmatan selama 20 tahun!

Kalau di beri pilihan rasa nye,  ape saja yang kilang nak bagi, bagi saja lah kat bawah ni..tak payah naik2 pentas laaa.. Rata2 nye mat spanar ada lah spesis yang pemalu. Mereka elergik pada  limelight..hehe.

Kad jemputan yang wa terima membawa rekabentuk yang  memaparkan wajah2 semasa muda mereka2 yang akan menerima perkhidmatan yang ke 20 tahun. Alahiii…potret kecil wa ada  kat tengah2 tu. Nak senang cam lu orang klik pada gambar untuk enlarged view ..wa la yang pakai headband dan bermisai tu.

Dah berjaya  ke lu orang locate wa…hehe..hehe..

Sapu tangan yang wa jadikan headband lilit kepala wa tu… lu orang jangan salah anggap pulak wa tengah berreformasi . Itu wa dalam sampan panjang on the way dari kuala tenbeling ke kuala tahan pada tahun 1981 weii….wa kan explorer…hehe.

Selain tu suasana masih tenang dan ramai mengambil cuti sempana pembukaan semula sesi persekolahan.

Dan rasa nye takde event besar pada jabatan wa pada awal2 tahun ini memandangkan  para jurutera masih lagi melayan kerja2 untuk menyiapkan projek yang telah bermula sejak tahun lepas.

Di peringkat nasional pulak tidak boleh tidak , sama ada kita mat spanar ataupun tidak,  kita semua akan melayan PRU13 yang pasti berlaku pada sekitar penghujung 1st quater tahun ni..

Di alam maya wa perasan cybertroopers kedua2 pihak sudah pun membuat gerakan.

Wa pasti dunia blogging akan bertambah rancak pada permulaan bulan februari depan.

Sehari dua ni , saperti mana lu,  wa pun sikit2 ada gak lah mengikuti topik2 semasa dan tidak ketinggalan mengikuti cerita dua blogger berprofail tinggi  Aspan Alias dan Sakmongkol AK47 yang rancak di hebahkan di ruang bloggosphere.

Kedua2 mereka orang UMNO dan dikatakan akan menyertai dan bertanding atas tiket DAP ….hehe. Wa malas nak nak ulas dari segi politik nye dalam blog non sopo wa ni pasal wa rasa politik ni sesuatu yang heavy..beb.

Lagi pun dalam mengamalkan demokrasi , kebebasan memilih tu memang dah jadi hak kita masing2…ecewahhh…ekekeke.

Tapi ape pun rasa nye kalau terserempak , wa pasti akan  menghulurkan tangan berjabat dengan Dato’ sakmongkol AK47 dan mengucapkan selamat maju jaya sapertimana wa pernah berjabat tangan dengan beliau dulu mengucapkan tahniah kerana dapat menantu yang cantik….

Begitu juga lah pada saudara Aspan Alias yang wa sedikit  terpegun mendengar lagu Frank sinatra yang beliau dendangkan di lake club dulu.

Kalau berkesempatan berjabat tangan nanti wa akan tanye …

‘.. did you take the blow and still did it your way, sir? ”

Selamat maju jaya kepada kedua2 mereka juga kepada mat2 spanar yang akan melalui dua senario berbeza sepanjang tahun 2012.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

4 responses to “stealing the limelight…

  • dinrias

    gambo sapa sebelah gambo Datok Sri tu bang?

    Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Tuan,

    Telah beberapa kali saya berkeliaran di blog tuan. Namun, saya masih belum meninggalkan ulasan.

    Saya tertarik kpd gambar ke-2 dan ke-3. Saya merenung-renung,membelek-belek, membayang-bayang gambar-gambar yang menghiasi blog tuan kali ini…….

    Saya masih belum dapat jawapan yg tepat samada kita terpaksa bertanding di kawasan yg sama atau salah seorang antara kita terpaksa cari kawasan lain sebab bak kata orang N9 sama suku.

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: