perhimpunan 901..

Pada  9 Januari 2012  berlaku peristiwa besar dan bersejarah di Kuala Lumpur.

Peristiwa besar juga berlaku di kilang wa pada hari itu.

Sepertimana kebiasaan dalam mana2 perhimpunan pasti muncul seorang pemidato yang akan menyemarak kan semangat para pendengar.  Dengan semangat yang begitu meluap luap lalu jika di laungkan teriakan peperangan maka berperang lah mereka seketika itu juga…

Dia berkacamata , muncul di pentas tanpa di sangka. Dia yang selama ni membawa imej soft spoken telah bertukar nada….nada provokasi tu.. beb.

Mula nye dia hanye tanye soalan mudah tapi ada sikit  ” tricky ” lah….

” Siapa tau makna nye budaya..?”

Alahai….rasa wa macam nak angkat tangan je…..hehe.  Bila dia lontar soalan bertonasi sebegitu pasti la dia jugak lah yang kemudian nye  akan memberikan jawapan nye…wa tauu la.

Ini kes sindri soal, sindri  jawab punye…hehe. Ini bukan soalan2  dalam makhamah.

Kemudian  dia sebut2 akan perkataan sanskrit.  Kata nye lagi budaya itu ada lah diri ‘ kita ‘ sebenarye. Sikap kita, cara kita dan habit kita itu lah yang membentuk budaya.

Lalu explanation dia tu boleh lah kita rumuskan bahawa budaya itu sebagai keseluruhan cara hidup manusia. Betul ke tu atau wa yang dah membawa fitnah..ekekeke..

Lalu dia lontarkan soalan..

”..budaya ape yang kita ingini …  budaya  negatif   atau  budaya yang  positiff..? ”

Maka dalam konteks budaya kerja,  tak kira lah dimana2 sekalipun, lebih2 lagi  dalam kilang kita ini  kita mesti lah membina budaya yang positifff , tambah nye lagi.

Kemudian dia sambung soalan…

” apa budaya yang hendak kita serapkan di kilang kita ini..?

Ketika soalan ini di lontarkan.. wa tak tau samada mat vietnam , mat myanmar atau mat nepal atau mat bangla memahami nye. Tapi semua mat mat pun hanye diam macam menunggu.

Kemudian dia jawab…

”Pertama sekali…..”

dia menyambung ……

” kita kena tanamkan perasaan …..” love ”.  

Weiii…love..?…aikk.. wa ingat macam wa suka je ni..hehe…bukan ke..tagline wa….

” i’m a  lover …not a fighter..”

Lalu,.. to my amazement , wa ternampak ada orang angkat sepanduk tertulis perkataan   ” love ”…wallaweiii …cool nye.

Melihat kejadian ini wa jadi excited. Wa tunggu lagi ape yang akan di katakan selanjut.

” ..Selain perasan cinta kita perlu  ada rasa hormat.  Respect!!..”

Lepas tu wa nampak sepanduk  ” respect ”  pulak di julangkan.  Weiiii…wa betul2 respek wei..

Kemudian satu persatu dia laungkan  …

  • trust
  • quality
  • safety

dan yang terakhir tetapi tidak lah yang terkurang ..

  • innovative

…..selain dari love dan respect yang patut di serap dan di tanamkan oleh mat mat spanar semua.

Dan wa lihat semua sepanduk yang membawa kata2 kunci budaya tadi di julang…

Harramak kagum nye wa..baru je hari tu wa bertekad . Kalau la wa yang naik pentas tu..wa akan ajar mereka poco poco…lalu wa akan laungkan soalan pada mereka seolah2 wa artis popular gile…..

” lu orang …suka takkk..? ”

Seketika …wa toleh kebelakang barisan wa. Wa nampak ada sorang mamat ala ala special branch tengah berdiri atas pavement dengan tangannye  di belakang dan  dia asik je  memerhatikan wa. Ekspressi muka dia macam ada iras iras ugutan..

” weii..lu nak tangkap wa ke.. lu kan dah biasa tengok wa …wa blogger part time  ..wei..” 

Kemudian  wa toleh semula pada pemidato ‘ bintang ‘  baru kilang wa ni.  Lalu wa cakap dalam hati..a star is born.

Perhimpunan kilang wa ni rasa nye pasti akan bertukar corak. Pada kadar yang di lalui oleh kilang , perhimpunan ini akan menjadi  saperti perhimpunan bulanan di jabatan perdana menteri…bahkan lebih internasional.

Jika pada masa yang sama ketika itu,  Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap di Putrajaya maka ini la Muhyiddin kecil  kilang wa…ekeke..

Selepas ucapan muhyiddin kecil kami …maka berlumba2  lah wa dan yang lain balik ke kawasan parlimen masing2 kerana there is no time nak berlove ..love, ada banyak  lagi kerja …..

” ..yang belum selesei..”

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

2 responses to “perhimpunan 901..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Saya mencari mutiara kata yang sepadan dan ‘agar ulasan saya akan dilihat semartabat’ (he..hehe) dengan dengan catatan ini. Akhirnya saya berjumpa:

    1. ” Lebih baik peluru-peluru tajam daripada pidato-pidato tajam.”
    ( Bismarck)

    2. ” Syarat mutlak bagi mengadakan pidato yang baik, ialah: Pertama persiapan,kedua persiapan dan ketiga persiapan.”
    (Demokritos)

    3.”Kepimpinan adalah seni menyuruh orang lain melakukan perkara yang anda yakini perlu dilaksanakan.”

    Like

  • theolrascal

    Tuan Ujang,

    Komen Tuan memang ‘berdarjat ‘ dan amat relevan sekali dengan catatan ini.

    Bagaimana pun ketiga tiga intipati itu juga akan berguna pada kita apabila kita mengharungi kempen2 piliharaya kawasan masing2 nanti ..ahahhaha.

    Jangan sampai kita kehilangan wang pertaruhan haaa…..dah jenuh nyimpan duit ni ..ekekeke…

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: