age is just a number?..

salam..

Hari isnin lalu selepas cuti raya cina jabatan wa  mencatit kehadiran penuh.

Sudah menjadi tradisi mereka semua menerima sampul merah berisi RM 10.

Kalau makcik tu tak catit nama2 mereka yang sudah menerima, mau wa beratur lagi sekali.

Sapertimana wa,  mereka2  di jabatan wa juga bermata duitan, tiap2 bulan dah tahu time gaji belum sampai masih juga ada yang mendesak ” bila gaji nak masuk niii..”

Tapi yang melegakan wa selepas kembali dari cuti , semua masih hadir bertugas  in one piece . Dan mereka juga tidak membawa cerita2 tragik, saperti kemalangan2 yang mungkin mereka saksikan ketika dalam perjalanan ke destinasi masing2.

Hanye satu cerita sedih dan amat tragik yang wa rasa tak dapek la den nak menolong nye sekembali dari bercuti..ada yang..

” .. tinggal dua hengget je dalam poket!!..”

Dan pada tengahari itu sebelum memulakan aktiviti kerja dengan customer kilang …wa  set  lunch date ngan mereka dulu.

Mana boleh wa biarkan mereka makan tengahari berebut2 ngan mat2 bangla kat kantin kilang wa….hehe.

Macam rasa tak gentle la pulak…ecehcehceh…

So …tengahari tu wa ajak bintang AJL jabatan wa sekali. Pandai dia order weiii. Dia order kambing ..royal arabic mutton.

Silap nye bintang jabatan wa ni..hehe..dia kalah la pulak  dalam pertandingan karaoke kilang..ekeke.

Kemudian tu…pada hari kedua minggu ini wa muncul awal di kilang. Hehe…basikal anak wa pancit.

Weii..anak wa ni pengawas sekolah. Dia kena tunjuk contoh yang baik pada murid2 yang lain.

Harramak..nak tak nak dengan berkain gombang  wa drive kereta hantar dia pergi sekolah.

Tu pun nasib baik pagi2 buta tu wa tak bergaduh ngan mem….apasal tak nak bagi tau semalam basikal tu dah pancit!….

Petang tu, pulang kerja wa terus bawak la basikal tu pi kedai cina.

Tokay kedai tu nampak je wa …macam dia dah ternampak duit.

Dia sambut wa bukan main mesra. Dia suruh wa masuk duduk di meja dalam kedai.

Hehe..dia jamu wa laaa…mood raya dia tebal lagi. Dia hulur air kotak lychee..dan kat atas meja tu dah terhidang macam2 jenis kacang , kuaci dan jeruk …

”…haiyaaa..mali.. mali,…mali makan dulu..”

Wa dan mem wa …obliged je la…orang berbudi kita berbahasa..ecewahh..

” ..ok ..k ..k..thank you …thank you..”

Kemudian dia repair la basikal anak wa tu.

Asalkan wa sebut  pancit je …takde lah modal lain ..asik la kena tukar tube.

Rasa wa dah  nak capai sepuluh biji basikal wa beli  kat kedai dia.

Hantar repair  menukar tiub dah tak dapat nak kira.

Masa nak balik …dia tapau kacang dan limau bagi kat wa. Repair basikal tu tidak jugak free..haha.

Hari berikut nye ada acara di jabatan. Weii… mereka sambut birthday dia…the ol’ rascal ”.  

Pukul 9 mereka dah menyanyi happy birthday!!…

Terhenti pulak.. perbincangan ketua jabatan dengan jurutera , nak  menantikan habis nye lagu tu…alahaiii glamer gile ..mamat sekor tu haaa… hehe.

Petang tu ada surprise lagi. Selain kebiasaan kek dan menu…kfc , …rupa nye ada roti jala cicah dengan kuah durian!

Setelah di beritahu rupe nye roti jala tu di hantar ke kilang oleh mem dia…weiii.

Hehe pelik gak wa rasa …mem dia tu  ingat dia menghantar kek kat tadika ke…ape ke?

”..kongsi2.. ye ngan murid2 lain semua.. ”   huuaaahahaha..

Dengar nye banyak birthday wishes dia terima melalui sms selain melalui social media yg dia pernah sertai satu ketika dulu.

Dia wa rasa  tak balas wishes2 tu tapi wa pasti dia amat2 terharu…alahaiii.

Anyway,..dia yang susah sangat nak menyambut acara ni rumah terpaksa mengalah jugak di kilang ..hehe.

Siap potong kek lagi…weii..lu tengok sapa apit diaaa!!.

Betul2   ladies man punye character macam James Bond 007  lah…ekeke.

Berape umur tok sah tanye weiii…sebab dia ada sebut sebut ..

”..Age is an issue of mind over matter.  If you don’t mind…it doesn’t matter..”

Dan minggu depan wa pasti misti ada orang tanye…

” ..kak ..duit claim bila nak dapat ..”

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

12 responses to “age is just a number?..

  • jue

    happy belated bday abg ajiz..yg ke brape ek..hihihihi…still cm dlu lg kn if bday sape2 pn mt celebrate kt R&D tu…kek n kfc confirm wajib..huhuhuhu..u guys mmg sporting la….miss u allz…=)

    Like

  • RHS17

    Pheewiittttttt!!!
    Happy Belated Birhday 0l” Chaps… f0rever 27th rite? hiks!
    caya laah g0t cakes kfc n r0ti jala wth kuah d0yan..ekekeke…
    well at least the madame is s0 kind n caring b0ut her bie..hikhik..
    neway..may all ur dreams n wish will c0me true n many m0re happy returns dude.. 0wh.yeah age is juz a number..pe0ple d0nt ask s0 u d0nt tell..hakhakhak…

    Cheers!!
    RHS17

    Like

    • theolrascal

      RHS17,

      Off course age is just a number…but somehow i like number 27 or any other number within that range…hehe

      Wa ni macam chameleon tau…when i mix around dengan orang muda wa jadi macam sebaya mereka..bila wa mix ngan orang2 tua wa jadi lagi tua dari mereka.

      Masa bila yang wa ikut umur wa yang sebenarnye pun wa tak tau laa..ekekeke

      good day
      cheers..

      Like

  • PakMail

    Saudara olrascal,

    Age is just a number.

    Yeah…. who cares. But, I care. As the number gets bigger. The number towards the ‘small dooms day’ is getting smaller and smaller until we close our eyes forever.

    Apa pun Selamat Menyambut Hari Kelahiran….. Semuga Allah memberi saudara keberkatan hidup seisi keluarga.

    Amin……..

    Like

    • theolrascal

      Pak Mail,

      ” As the number gets bigger. The number towards the ‘small dooms day’ is getting smaller..”

      Exactly Pak Mail. Our days are numbered. Orang yang bijaksana itu itu ada lah orang yang sentiasa mengingati akan kematian nye.

      Thank You Pak Mail may Allah SWT blessed all of us. ..Amin

      Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    “Age is just a number”

    Suatu waktu dahulu, saya perhatikan pesara di usia 55 tahun balik kampung dan buat rumah selepas bersara.

    Pagi – subuh di surau, ke pasar,beli surat khabar,minum kopi, borak-borak & balik ke rumah.
    Zuhur – solat jumaah di masjid kampung, Asar- kalau sempat solat di masjid. Maghrib dan Isyak – confirm di masjid. Watak orang tua (55 tahun) yang baik dan sudah taubat. Itulah lebih kurang watak tipikal pesara @ orang tua dahulu.

    Sekarang – senario atau routine harian pesara @ 55 tahun ++ tidak sedemikian sepenuhnya. Ada yg seperti di atas. Ada juga – warnakan rambut, berkaraoke, boleh ‘join’ dengan tajuk perbualan orang muda, tangga surau tidak pernah dipijak……

    Ikhlasnya, di usia lebih 50 tahun, saya juga tidak merasakan sangat ‘ketuaan’ diri. Ini mungkin faktor persekitaran – di kelilingi kawan-kawan sebaya dan orang muda, media,internet………

    Apa pun, penilaian ‘ketuaan’ diri mungkin subjektif dan ‘flexi’. Namun, mati tempohnya tetap mutlak dan tiada kompromi.

    Tidak mengapa – rasa muda tetapi ingat mati!

    Like

  • theolrascal

    Ujang Kutik,

    Saya amat bersetuju dengan pemerhatian Tuan.

    Senario dan perasaan ketika mencecah umur persaraan itu amat berbeza kini. Saya harap bila sampai nye giliran saya nanti, …saya tidak perlu menumpukan sangat akan keperluan ekonomi sehingga mengalpakan kita bahawa kematian itu boleh muncul tanpa sesaat pun terlewat.

    Saya suka akan watak tipikal pesara orang dulu2 dengan sedikit adjustment..maklumlah kan…masa kita kecik2 mana ada blog..kan…ekeke

    Selamat Maju Jaya ..Tuan Ujang.

    Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Saya terpaksa ulas kali ke-2.

    Sedikit adjustment. Masa kecik-kecik dulu tiada blog. Selamat dan berbahagialah kita berblog….

    Ha..ha..

    Like

    • theolrascal

      Ujang Kutik,

      Saya pulak reply kali ke-2.

      Ulasan saya di entri ” kadir , i missed you ” tuan, mengelami technical error rasa nye..haha..

      ia tidak muncul walaupun komen itu seketika sudah di published. Agak nye wordpress dan blogspot dah tak compatible ….hehe

      Like

  • cik ayu coklat

    Tuan Theolrascal,

    Happy Belated Birthday . Semoga dipanjangkan umur , dipermudahkan rezeki dan disihatkan tubuh badan … insyaallahh. Amin

    Like

    • theolrascal

      cik ayu coklat,

      …amin..terima kasih..

      Apabila umur kita meningkat maka prioriti kita juga turut berubah..

      Kesihatan sudah jatuh no. 1. Selain kehidupan kita yang semakin singkat itu kita juga memohon keberkatan oleh Allah SWT.

      Duit pula sudah jatu no.2. Banyak perkara dalam kehidupan tua kita juga tidak lari dari keperluan nye berduit…hehe

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: