pantang tersentuh….

Wa baca berita ni di Harian Metro beberapa hari yang lepas….

KOTA BHARU: Suami pantang ‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar ‘pasangan super’ apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu.

Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang ‘subur’ kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.

“Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.

“Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Si suami pantang tersentuh manakala isteri pulak tak pernah nak menolak. Kagum nye wa weiiii…..

Kalau wa ketua kerajaan kan…kalau anak  dah sampai 18 orang macam En. Isa Hassan kita ni. Wa suruh kerajaan tanggung makan minum persekolahan sehingga yang bongsu mencecah 18 tahun. Kerana pada wa pasangan ini adalah amat istimewa.

Kalau lu juga mau keistimewaan yang sama …lu beranak lah sampai 18…

Boleh…?

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

5 responses to “pantang tersentuh….

  • RHS17

    Dear 0l Chap…Amazing!! 18kids huh?? spark terus ignite flames huh??l0lz….kud0s t0 da family….
    i bet after this all the p0kok nipah will be g0ndol wthout f0wers…ekekeke…
    give it an0r round of try to prove it kn??🙂

    Cheers!!

    Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Inilah rahsia yang mungkin Dato’ Dr Fadzilah Kamsah pun tidak tahu.Wajib panjang-panjangkan tip ini kepada pasangan masing-masing.

    Betul, wajib muliakan dan bantu keluarga tersebut. Cuma masalahnya, senario cara orang kita berpolitik menyukarkan bantuan dilaksanakan. Lebih-lebih lagi di Kelantan. Atau mungkin lebih mudah kerana kedua-dua pihak berebut hendak membantu.

    Fixed deposit dapat 18 orang bakal pengundi kalau betul caranya!!

    Like

    • theolrascal

      Ujang Kutik,

      Kita ucapkan selamat maju jaya pada keluarga besar ini..

      Semoga En. Isa Hassan berjaya membesarkan ”amanah”2 nye sebaik dan sesempurna mungkin….dengan atau tanpa bantuan kerajaan.

      Like

  • Apai Den

    Macam sesuai sangat dengan lu Bro Ol’R…..kekekekekekeke

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: