lu teka la..

Petang tadi wa pi merayau rayau ke Pengkalan Nelayan Simpang Telok.  Dah hobi wa….

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Di seberang sana itu ada lah Pulau Carey. Sungguhpun nama nye Pulau Carey kebanyakan penduduk tempatan tidak menganggap ia sebagai pulau sebenar, tidak sapertimana Pulau Indah ataupun Pulau Ketam  jarak nye yang terlalu dekat dengan tanah besar dan sebenarnya ia nya hanya di pisahkan oleh Sungai Langat.

Nun disana jambatan yang menghubungi Pulau Carey dan tanah besar sedang di bina. Ia mungkin sebahagian dari rancangan pembinaan lebuhraya yang akan menghubungi daerah Kuala Langat ke Putrajaya bermula dari Pulau Indah.

Alang alang sudah nampak jambatan maka selepas berada di pengkalan Simpang Telok wa terus saja ke Pulau Carey. Wa sebenarnya pun sudah kehabisan modal nak merayau ke mana lagi….

Image

Di pulau ini banyak terdapat ladang ladang kelapa sawit kepunyaan Sime Darby Plantations.

Image

Masa tidak mengizinkan wa meneroka pengkalan Sg. Judah. Ketika melalui simpang ini wa teruskan memandu arah pantai. Mungkin lain kali wa akan cuba rayau pada sebelah pagi.

Image

Seronok nye memandu di pulau ini adalah kerana jalan nye sentiasa clear dari kesesakan trafik. Dan kita pula akan melalui permandangan yang menarik.

Image

Image

Image

Image

Image

Ketika wa sampai di pantai penghujung pulau, ..air laut semakin pasang.

Wa jadi asyik memerhatikan ombak yang memukul menghempas hempas batu tambak di pantai itu berulang ulang kali.

Hempasan hempasan ombak itu, lu ingat ingat laa  ..apa kah yang boleh kita kaitkan nya dengan kehidupan seharian kita, secara falasafah nya…?

Image

ImageImage

Image

Image

Image

Ini udang yang wa beli di jeti Simpang Telok tadi. Ketika tiba dirumah separuh dari nye masih hidup….wa cakap luu…

Image

Setelah mem wa menggoreng nya ..cuba lu teka..

Sedap atau tidak .. hehe.

Advertisements

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “lu teka la..

  • nite

    aiseh…dulu sampai kat jambatan yang ada restoren kang guan sebelah kiri tu aje…teringin gak nak teroka masuk pulau tu, dulu tak lepas…. kampung aku pun bersepadanan dengan pulau tu dengan dipisahkan sungai yg sama…biasa lepak kat pengkalan yg dekat dengan ngv tech…

    Like

    • theolrascal

      nite,

      pengkalan yg kamu maksudkan tempat kamu lepak tu pun boleh tahan gak,..cantik kawasan tuu..

      nampak nye saya dok meneroka kampung kamu ….dah tu kamu dok honeymoon di pulau mutiara je…ekeke….

      Like

  • PakMail

    Saudara olrascal,

    Di pulau ini tak ada pasar ‘bisik-bisik’ ke…..

    Like

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Saya pun suka untuk bermesra dengan alam. Bagaimanapun, disebabkan halangan-halangan yang tidak beberapa kukuh, hobi untuk bermesra dengan alam tidak menjadi kenyataan.

    Bagaimanapun, jika ada kelapangan saya akan ke tempat yang saudara tunjukkan- Ampang – KESAS – Pulau Indah. Saya akan bawa bekas polysterene untuk beli ikan/udang/ segar dari laut. He…he…semoga jadi kenyataan.

    Like

    • theolrascal

      Ujang Kutik,

      Penerokaan haa..hehe..
      jangan lupa bawak kamera ..journal ekeke

      Yang saya pi rayau dalam entri ni ada lah simpang telok di berdekatan jambatan ke pulau carey..

      kalau rayau2 pi pulau indah ..pi lah lawat2 laguna pier ..tempat macing yang tak dapat ikan …kemudian tu pi pengkalan nelayan sg. kembong..sebelum marina menuju pantai aceh…
      jalan ke pengkalan ni takde lagi dalam databank google sapertimana ke pulau carey..google lah ngan orang pulau…

      nelayan2 kecil2an balik ikut pasang surut air laut..

      anyway…..exploring tempat2 yg belum kita sampai ada surprise nye tersendiri….

      good luck…semoga tuan menemui masa nye …hehe

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: