antara dua zaman..

Dalam salah satu dari beberape mesyuarat yang wa hadiri minggu lepas si gadis jurutera  ini ada lah korum nye.

 

Beliau mewakili Jabatan Kejuruteraan Pengeluaran. Pada asas nye beliau bertanggungjawab terhadap segala keperluan alatan demi memastikan proses pemasangan di assembly line menjadi sesempurna mungkin.

Pada usia nye yang sebaya anak wa,  wa kira dia baru beberape tahun saja dalam dunia pekerjaan sedangkan wa pulak sudah berada di penghujung. Melihat dia mencatit sesuatu sambil di tangan kiri  tidak lekang dari telefon bimbit menyedarkan wa akan perbezaan senario ketara antara dua zaman.

Antara zaman wa dulu dan zaman nye kini terbentang satu jarak masa sepanjang 30 tahun.

Seketika,.. wa memerhatikan konsentrasi beliau terhadap perincian yang di bincangkan dalam mesyuarat itu. Lalu fikiran wa  menerewang pada keadaan  nye diri wa sendiri ketika wa se usia si gadis jurutera.

Ketika se usia beliau wa kerja di kilang memproses getah kepunyaan orang putih  dari England. Di kilang ada 3~4 orang putih yang berpakaian  seluar pendek, berkasut kulit dan berstokin hingga paras lutut. Mereka semua tinggal di bungalow yang di selanggara oleh syarikat.

Pengarah Urusan atau MD nye bernama Mr. Wilkinson OBE.

Mr. Wilkinson berbadan besar tinggi dan berkaca mata yang sentiasa terletak atas hidung. Tak pernah sekali wa berseliseh dengan dia sebab dia tidak meronda masuk dalam kilang.  Wa hanye perasan dia dari jauh. Huruf O.B.E. yang ada pada nama nye  itu membawa maksud  Order of the British Empire.

Wa kira banyak jasa nye membawa keuntungan pulang dan pingat dari Queen itu mengesahkan jasa beliau pada negara nye England.

Saperti yang  kita pernah dengar akan cerita2 reputasi dan cara urus tadbir orang putih dari bapa bapa dan atuk2  kita yang jadi askar  ketika berada di bawah tentera British begitu jugalah di kilang wa itu. Mereka agak sistematik dan mematuhi undang2 buruh bahkan pada setengah2 keadaan mereka melebihi keperluan ini.

Semua  pekerja yang berkelamin di sediakan quaters. Dan di hujung quaters ini pulak terletak padang bola yang sentiasa berjaga rapi. Di sebelah padang terletak bangunan  sports club.

Pokok2  jati dan dari spesis Flames of Forest menghiasi persekitaran dan permandangan kawasan kilang. Lantaran itu turn-over pekerja  agak rendah. Ramai yang bekerja  sehingga mencecah umur persaraan.

Maka terdapat lah ramai old timer , otai otai, veteran, sifu yang mempunyai karektor tersendiri yang perlu di layani sebelum mereka mengikut kehendak work order dari kita.

Ketika waktu rehat mereka masing2 ada sudut2 tersendiri di kantin. Jangan ada orang baru tersalah  duduk tempat kebiasaan mereka…mahu menangis kena jerkah. Mereka pula kalau nak tergelak tidak pernah perlahan , butir perbualan seluruh kantin boleh mendengar nye.

Ketika itu, wa muda, innocent dan naif sekali dan wa paling risau kalau2 mereka akan mula berbual tentang perkara2 dalam kelambu.

Pada satu waktu wa telah di upgrade dari mechanical draughtsman menjadi Technical Assistant . Lalu sebahagian mereka akan menerima work order dan melapor pada wa. Kalau yang paling muda dalam seksyen wa tu…diri wa lah.

Sekali peristiwa wa jumpa mereka berjudi daun terup dalam boiler house. Wa tahu yang wa tak boleh menerkam buta.  Wa tendang pintu untuk beritahu mereka yang wa tahu ape mereka buat di dalam.  Lepas tu wa pergi dan wa datang balik setengah jam kemudian. Mereka dah bersurai lalu wa diamkan saja dan menganggap nye telah selesai.

Di  hari  lain,  ada yang mintak kebenaran nak keluar kerana kata nye ” ada hal ”.  Wa tahu dia nak pergi jumpa janda. Serba salah wa, tak bagi wa pun rasa bersalah kerana terhutang budi  menumpang vespa nye  ke kilang sister. Lalu wa bagi time out untuk seketika waktu. Rasa nye wa suka lagi kalau mereka MC dari melepas kan mereka melalui time out yang tidak tentu lagi mereka akan pulang dalam masa.

Satu ketika di hari lain,  kebetulan ada special request  dari pihak atas lalu wa pergi lah ke carpentary workshop wa untuk melihat status work order yang telah di beri. Tiba di bengkel kayu tu wa lihat tukang kayu wa tengah mengukir garpu gergasi!

Dalam almari nye yang sedikit terdedah wa perasan sudah ada senduk gergasi kayu tergantung. Lain wa suruh rupa nye lain pulak yang di buat nye. Dia nampak wa dia sengeh je. Wa cakap …

” …pakcik work order tu tolong siapkan cepat ye…”

Antara lain karenah2 yang wa terpaksa layan bilamana ada yang minta keluar nak ambik anak dari sekolah dan tak kurang juga yang bini nye suruh pergi pasar sekejap.

Mereka juga mengharap overtime di beri setiap hari.  Overtime pada hari biasa tidak lah sensitif.  Wa paling risau bila mereka minta hendak buat overtime pada hari minggu sampai 4 kali sebulan. Kalau tak ada kewajaran nye yang nyata maka naya lah wa tergagap menjawab pada bos wa pulak.

Kemudian tu ada Mr. Scouce.  Wa sehingga kini tidak tahu sama ada Mr. Scouce boleh berbahasa melayu ataupun tidak.  Mr. Scouse ada lah seorang General manager. Dia selalu melakukan kerja pentadbiran secara ‘ management by walking around ‘.  Seingat wa ada lah beberape peristiwa wa tiba tiba  terdengar teguran dari belakang ketika wa berada di site….

” …how is it going.. ”

Masa tu wa masih tak berpengelaman dan tindakbalas wa pun dua patah dan secukup rasa,  asal jangan tidak..

”  ..fine…fine sir ”

So…di sini wa paparkan gambar diri wa pada zaman wa sebaya si gadis jurutera korum mesyuarat wa minggu lepas di atas itu tadi .  Alahaiii…

Ini ada lah senario wa pada hari sabtu. Ber T shirt dan jeans koyak di lutut. Masa ni wa memang trang tang tang. Wa nak pergi mana pun tiada yang melarang. Pada hari jadi wa, ….kerani perempuan india jabatan wa menghadiahkan wa wallet..hehe.

Masa , keadaan dan peristiwa seterusnye  nye menjadi sejarah menyaksikan wa akhir nye berhenti juga dari kilang orang putih ini.

Benar lah kata setengah scientist bahawa ” time is a dimension ” . Masa itu ada  jarak. Wa benar benar  nampak jarak masa terbentang sejauh  tiga puluh tahun yang lampau.

….” back to the future ” …Kini di kilang,  wa tak pasti bagaimana si gadis jurutera dan mat2  spannar yang lain melihat diri wa dari kacamata mereka pada zaman yang wa  terkial kial ingin memahami gadget2 baru yang semakin bertambah pada telefon bimbit.

..itu lah antara dua zaman wa dan si gadis jurutera.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

7 responses to “antara dua zaman..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Tuan,

    Saya tidak tahu budaya berincik bertuan di private sector. Kalau di jabatan kerajaan, orang bawah panggil yg lebih tinggi jawatan dgn panggilan “Encik”.

    Kalau mesra sedikit panggil ‘Kakak’ atau ‘Abang’.Bagaimanapun, setua mana pun kita anak muda tidak akan panggil ‘Pak Cik’ atau ‘Mak Cik’. Masih dipanggil ;Abang’ atau ‘Kakak’.

    Si Gadis Jurutera yang kalau boleh ingin saya buat menantu tu panggil tuan siapa?

    Like

  • PakMail

    Saudara olrascal,

    Lain hulu lain parang
    Lain dulu lain sekarang

    Like

  • Cik Ayu Coklat

    Tuan Rascal,

    Nak lagikk mesra.. cik ayu panggil yang jee… Singkatan pada sayang … namum sebenarnya cik ayu selalu lupa nama… hahahahah susahhh kalau banyak sangat projek yang kena hadiri…

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: