gaji lu, gaji wa….

Pagi sabtu itu wa hantar anak ke sekolahnya kerana dia ada aktiviti ko-korikulum.

Tiba di simpang  menghala balai polis itu wa terperasan ada kain rentang memaparkan tuntutan gaji minima RM1500.

Ayat selanjut nye menjelaskan bahawa ada elemen politik dalam tuntutan itu.

Sebagai pekerja kilang tuntutan itu menarik perhatian wa. Enak rasa nye jika sebagai pekerja biasa lepas SPM gaji sudah RM1500 sebulan. Rasa nye jumlah yang di tuntut itu  adalah satu peningkatan 100% dari yang di amalkan di kebanyakan kilang kilang pengeluaran masa kini.

Lalu wa terbayangkan anak perempuan wa seorang lepasan diploma yang kini bergaji RM14oo sebulan dan setelah setahun bekerja. Berapa pulak sepatut nya gaji minimum permulaan yang patut diterima nya jika tuntutan ini di laksanakan?

Kemudian wa cuba cuba congak nisbah nya antara pekerja baru lepasan SPM ataupun yang hanya mempunyai sijil secara kasar dan merumuskan bahawa anak wa  itu yang lepasan diploma akan menerima gaji permulaan sebanyak RM1750. Malas lah pulak wa nak bercongak congak untuk mereka mereka yang lepasan ijazah.

Atas kapasiti wa bekerja di kilang dan sedikit pengalaman melalui kerja kerja  penyedian  kos pengeluaran bagi tujuan membida dan sebut harga, wa tidak boleh tidak membayangkan akan  taukay kilang wa yang sememang nya berasal dari pekan di mana kain rentang itu berada, apabila dia melihat nya.

Wa pasti response nya,  dia akan bermula dengan senyum pahit kemudian bila kewarasan dia muncul semula, dia akan gelak besar …haha  haha haha. Lepas gelak dia akan keluarkan kenyataan..

”  lu gila ka? …lu pigi sana Greece kerja…boleh? ”

Wa faham benar sentimen nya apabila kilang beliau juga biasa gagal dalam bidaan atas perbezaan hanya RM1 atau RM2 ! Itu menjelaskan betapa sengit nye persaingan dan betapa kritikal nya akan sesuatu produk itu mencapai harga yang boleh bersaing.

Kalau lah semua para pembekal berpakat menekan pelanggan dan sama sama bersaing  pada paras tinggi …maka end product pelanggan tu pasti lah menjadi lebih mahal lalu pelanggan terakhir beliau  tu akan pasti mencari alternatif  lalu mendapatkan barangan lebih murah dari negara lain, dari China atau Thailand mahupun dari Indonesia sebagai contoh.

Dan contoh paling ketara yang boleh kita ambil  baru baru ini ada lah apabila permintaan gaji minimun RM700 oleh pembantu pembantu rumah dari Indonesia tetapi hanya mahu  melakukan satu satu tugas tertentu sahaja. Lu.. sindri tengok,  riuh rendah orang Malaysia kita.

Tapi kalau pembantu pembantu dari negara jiran kita itu saperti dalam gambar di sebelah ni …wa laratkan juga lah membayor nye.

Tapi wa pastikan lah dulu yang dia itu benar benar produktif.

Untuk itu terpaksa la wa sebelum pembantu rumah wa tu mula bekerja, wa  berjabat tangan dengan Tuan Kadi di pejabat nye dulu untuk dapatkan tauliah.

Kemudian sekira nya berlaku domestic violence, peperangan dunia ke-3 dan pinggan pinggan mangkuk yang akan melayang dalam  rumahtangga wa,  wa anggap macam tak ujud  je laa..  ..huuuaaaahahahahaha.

Berbalik kepada cerita pekerja bergaji minima RM1500 tu tadi. Penyudah nye pelanggan taukay kilang wa itu terpaksa tutup kilang dan…. dan dengan wa dengan pekerja pekerja bergaji minima RM1500 tu tadi sekali …bungkus!  Payslip 2~3 bulan semasa bergaji minima tu lu simpan lah buat kenangan…ekeke

Bagaimanapun RM1500 itu bukan lah satu jumlah yang ganjil atau mustahil. Ramai pun pekerja Bangla  mencapai nye. Weiii….ia mestilah di capai dengan nisbah produktiviti. Lu paham kan..hehe

Makna nye mereka perlu kerja lebih masa dan congakan kasar wa mengikut kadar nya… seseorang pekerja itu semacam akan  ‘ makan tidor ‘ di kilang. Pekerja tempatan tidak mungkin berminat dengan keadaan ini…hehe.

Dalam satu negara  semua orang boleh jadi miskin tapi tidak dalam satu negara semua orang itu semua nye boleh kaya. Kalau semua kaya maka semua pun ada lah orang miskin sebenarnya.

Ideal nye dalam sesebuah negara itu adalah di mana curang perbezaan antara yang termiskin dengan yang terkaya itu tidak terlalu jauh. Makna nye kelas pertengahan itu perlu menjadi majoriti dan itulah tanda keseimbangan.

Yang termiskin itu pulak, paling kurang pun hendak nya mampu lah mempunyai  keperluan asas. Paling kurang pun ada kenderaan sendiri untuk pergi kerja.

Berbalik semula kepada kain rentang tuntutan yang melintang tadi . Lu mintak lah …tak kena duit pun. Duit, dia punye, kederat lu, lu punye.  Dia tak bagi, lu kerja lah sendiri. Kemudian lu pun akan ada pekerja sendiri. Dan pekerja  sendiri yang lu bayar gaji minima RM1500 saperti yang lu mintak dulu…ekeke.

Pagi pagi dah hantar anak pi sekolah, pukul 12.30 jemput balik . Wa ngantuk lah…huuuaaaaa.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “gaji lu, gaji wa….

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Ya, orang biasa seperti saya juga tercongak-congak bagaimana formula gaji minima khususnya di sektor swasta dapat dilaksanakan.

    Like

    • theolrascal

      ujang kutik,

      Kita orang biasa tambah lagi ‘ makan gaji ‘ berteori boleh lah.
      Orang yang membayor gaji ni ..banyak faktor untung rugi nye.

      Itu lah keadaan nye..ada kerja ada gaji …haha.

      Like

  • Anonymous

    nak sangat bergaji besar, kepala otak kenalah kreatif… jgn jadi pekerja, jadilah majikan, silap hari bulan, gaji pekerja dia yang RM1500 tu lagi besar dari gaji majikan…hahahhah (dulu biasa buat payroll utk staf outlet, sekarang dah tak lagi…

    Like

  • Cik Ayu Coklat

    Tuan Rascal…

    Maklumbalas sebagai majikan… kadangkala kami nie para majikan tak bergaji 2-3 bulan kalau dalam keadaaan krisis.. janji pekerja bawahan senyum senang setiap hujung bulan.. tapi yang sedihnya kadang kala pekerja nie tak hargai pengorbanan kami … nak buang pekerja kesian jugakk… overhead makin tinggi .. projek masuk ciput .. camnoo tuuu..

    sapa pula nak dengar rintihan majikan yek?

    Like

    • theolrascal

      Cik Ayu Coklat,

      Alangkah baik nye jika sume majikan berperasaan saperti kamu.

      Tapi hakikat nye kamu mesti juga lah membuat keuntungan kalau tidak, cukai tidak dapat di kutip. Kerajaan tidak dapat mentadbir dengan air liur saja…

      saya sedang mendengar rintihan kamu….

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: