kita sandarkan pada kenangan…?

Sabtu lepas PM Najib pergi Port Dickson.

Pasti lah ape yang di lakukan beliau di sana tak sama dengan ape yang akan wa lakukan setiap kali wa pergi Port Dickson. Sungguhpun wa tidak lagi saperti dulu bergolek golek atas pasir pantai tapi golek bergolek orang lain pulak jadi pemerhatian wa kini…ekeke.

Di Telok Kemang PM Najib telah berkata….

”Saya rasa-rasalah,… dan bila sudah ada rasa tu, bunyinya sudah dekatlah tu..” (merujuk kepada pilihan raya umum)

PM sendiri  yang kata ” sudah dekat ”… Makna nye pilihanraya umum sudah dekat laa… Lalu wa bersoal sendirian, soalan yang sering muncul dalam kepala wa setiap kali wa baca surat khabar.

” ..asik cakap dah dekat je. Dekat tu berape dekat…pada cuti sekolah seterus nye ke…bulan jun?” 

Kalau bulan Jun  wa kira lama lagi lah. Sebab nye wa nak tunggu dapat gaji sebulan pun rasa nye macam dah tak terdaya….huuuaaaaaaaa..

Wa sebenar nye tak  kemaruk sangat lah nak tahu bila tarikh sebenarnye pilihanraya umum kita. Yang lepas lepas pun bukan depa bagi cuti pun.

Unless laa…hehe ..unless jika lu orang pakat2 akan beri undian pada wa jika wa jadi calon..ahaks. Nak tempah bush jacket wa takde hal punye…anytime je ..ngeeeeeee…

Begini lah …ini pesanan dan khidmat sosial wa pada rakyat Malaysia yang wa cintai. Pilihanraya umum itu pasti akan tiba. Esok lusa bila parlimen telah di bubarkan jangan jadi excited sampai lupa diri pulak.

Pasti nye lu orang akan berdebat.  Tidak boleh tidak, pasti di sebut jugak yang parti tu baik..parti ni tak betul. Pemimpin ini jujur dan pemimpin itu pulak tidak amanah.

Kemudian kita juga akan menemui mereka2 yang walaupun tidak cukup fakta…dia hemtam kromo jugak. Kadang2 masa tu lah, ada kawan kita nak tonjolkan diri bahawa dia mengatahui segala nye..hehe.

Untuk menegakan kebenaran nye dia akan tinggikan sedikit suara lalu kenyataan2 nye akan banyak berbentuk soalan. Takpe layan je lah. Kita kan dah matang jadi kita juga tahu bagaimana nak slow down kan suasana apabila ia menjada tegang…bukan begitu?…ecewahhhh.

Wa betul2 berharap apabila dua parti besar yang sebangsa dan seagama yang akan bertanding nanti dan pastilah salah satu nye akan tewas akan bertaut semula demi agama bangsa dan negara kita.

Mengapa kah kita harus bersengketa. Tidak boleh kah kita sandarkan pada kenangan yang satu ketika dulu nenek moyang kita inginkan kita ..sayang menyangi. Mahu kah lu orang melihat  diri wa  yang akan  kehilangan..kehilangan bangsa wa…..

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka “


Usman Awang

Itu nukilan Usman Awang. Ni lu dengar pulak apa kata Jamal Abdillah dan Siti Sarah. Sapertimana puisi diatas lu hayati  jugak lah lirik nye….

akhir kata …jangan lupa undi la wa haaaa….plizzzzzz.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

16 responses to “kita sandarkan pada kenangan…?

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    1. Ya, PRU 13 makin dekat.Happening.Malam ini di Taman Kosas,Ampang ada pesta besar .Ada general dan tokoh dari satu kumpulan orang kita akan datang bercerita. Beberapa malam sebelumnya pun ada tokoh dari kumpulan yang lain juga datang bercerita.

    2. Tuan paparkan puisi tokoh SN Usman Awang.Disini saya juga ingin paparkan puisi dari penyair kerdil dan terpinggir, juga mengenai Melayu. Beliau , Zahari Hasib, baru sahaja meninggal dunia.Al-Fatihah kepada Allahyarham.

    “Panggung Anniversary”

    Ketika bertanya isteriku
    bagaimana Panggung Annivery
    pada malam itu?

    aku cuma menjawab pendek;
    keadaannya macam selalu
    yang ramai datang orang Melayu
    menggendong kekasih
    anak serta cucu

    nasiblah hujan lebat malam itu
    kuranglah untung
    si Cina cincau dan air tebu.

    p/s Mutakhir ini si Cina Cinacau mungkin sahaja Orang Cina atau Indon khususnya.

    3. Berkata Mak Andeh kepada Pak Andeh, “Bukan kita sahaja yang hilang negeri, orang lain juga hilang negeri. Apalah yang dirisaukan.Asalkan kita dapat makan,dapat pergi pasar malam…orang lain lagi susah…..”

    4.Maka, saya mencuri dengar perbualan dua orang otai di sebelah saya.Pada mulanya perbualan mereka berjalan dengan sopan,lemah lembut,saling tidak singgung menyinggung. Perlahan-lahan momentum dan nada percakapan mereka menjadi kuat sehingga mengganggu pelanggan lain. Tahulah saya mereka dari dua kumpulan Orang Melayu yang berlainan kapal. Walaupun saya sama kapal dengan salah daripada mereka, saya malu dengan gelagat hodohnya yang tidak bersedia menjadi pendengar yang baik dan bertamadun. Ya, ini warna warni gelagat manusia di kalangan kita.

    Like

  • Anonymous

    Yang Lalu dijadikan pedoman dan sempadan…

    dalam menimbang baik dan buruk … emosi sering masuk campur ..
    ganuuu tuuu…

    Like

  • Anonymous

    testing … alahaiiiiiiii

    Like

  • Anonymous

    PA,
    apasal jadi mcm ni? tension ler … dah berapa post yg saya tak dapat komen? mesti PA ada buat new formatting … bila komen aje dia pergi ke word press …

    adussss wa takmo cinta sama lu lagi … huhu

    -cintamenora-

    Like

  • Anonymous

    apasal komen saya tadi hilang pulak? dah lah tak boleh komen … bila cuba anon, tadi tu OK aje. bila dah type panjang2 pastu hilang, sakitnya hati ku …

    pssst : wa takmo cinta sama lu lagi … huhu

    -cintamenora-

    Like

    • theolrascal

      cinta menora,

      Macam tu gak wa kena kadang kat blog Ujang Kutik dan kadang kat Pak Mail. Wa senyap sunyi je …tak pun meroyan macam kamu ni…ekekeke.

      Itu kadang2 sebab loading internet, kelajuan nye siput pun boleh potong…

      sapa lu cinta,.. boleh wa larang meh?…huuaaaahahahaha…

      Like

  • Cinta Menora

    PAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ….. tolongggggggggggggggggggggggg

    Like

  • Cik Ayu Coklat

    Tuan Rascal

    Wanita dan Emosi adalah sinonim, baru ku tahu Cinta ada skandal hangat … hahahhahahaha

    Like

    • theolrascal

      Cik Ayu Coklat,

      Lama wa perasan dah, wanita dan emosi itu sinonim…

      Kamu tak komen subjek blog, tapi lu jadi emosi, lu komen pulak komen orang lain…huaaahahahahahaha

      coklat bila nak dapat ni…dah bertahunnn…janji

      Like

  • RHS17

    Sandar kn pada kenangan eh?? i l0ike!! n for sure undian f0r u dear 0l’ chap sudah pasti….ekekeke…
    id0p Ol’ chap!! partai apa kan tuan sertai yer??
    aper lambang??
    tanduk merah?? kihkihkih

    cheers!!

    xox0xo
    RHS17

    Like

  • theolrascal

    RHS17,

    you like it?
    let us all, lean it on the sweet kenangan eh…

    life is short..so be good haaa…

    cheers

    Like

  • aifah

    Pasti lah ape yang di lakukan beliau di sana tak sama dengan ape yang akan wa lakukan setiap kali wa pergi Port Dickson.

    PiEm ke PD mengimbau peristiwa manis semasa jadi ketua pemuda UMNO kerana di PD lah bermulanya hubungan akrab dengan Isa Samad. Susulan dari kenangan itulah Isa yang digantung keahlian diberi talian hayat oleh PiEm…you scratch my back, I scratch your back.

    Like

    • theolrascal

      aifah,

      …wooohh, PM juga mengimbau kenangan di Port Dickson haaa..

      Wa harap PM juga akan scratch my back so that i can scratch his back…ekeke

      Patut kah wa pi tempah bush jacket esok? huuaahahahaha….

      Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: